Ahad, 12 Jun 2011

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Lupekanje: <b>Linggi</b> 4

Posted: 29 May 2011 10:24 AM PDT

 Adat orang Linggi

Dikatakan asal mereka bukan dari Pagar Ruyung..atau mana-mana kepulauan Sumatera yang mengamalkan adat pepateh...kerana mereka bukan pengamal pepatih...

Mereka bukan bangsa yang mengamalkan pepatah....Biar mati anak, jangan mati adat itu.  Bahkan, mereka lebih longgar dalam pengamalan adat mereka sendiri..

Ada juga yang mengatakan bahawa orang-orang Linggi adalah pengamal adat Temenggong.  Ini juga tidak benar 100% !. Mereka bukan pengamal adat Temenggong...walaupun orang-orang dari kepulauan Riau dikatakan pengamal adat Temenggong..ye..mereka dari kepulauan Riau...tapi bukan pengamal Temenggong.

Habis tu? Apa adat yang diamalkan oleh orang Linggi? Apakah mereka itu orang-orang yang tidak beradat??  Sebut betul2 ye....tidak beradat....bukan tidak beradab...hehhe

Tidakk...tidakkk...neiihi...Orang-orang Linggi ada adat mereka sendiri.

Dikatakan ketika Daeng Kemboja menjemput Tok Awaluddin balik itu, ia ada membuat perjanjian dengan Penghulu Rembau ,
'Jika Orang Kaya mahu Awaluddin ini tinggal bersama-sama orang kaya di Rembau, maka benarkan ia memakai aturan dan adatnya sendiri, tidak boleh ia memakai adat Tok Patih (Perpatih)!!'

Itu cerita dari orang-orang tua Linggi.  Yang sekarang dah tak ada lagi kat donia ni.
Makanya, komferem la bahawa orang Linggi, bukan pengamal Adat perpatih mahupun Temenggung.

Sebaliknya, mereka ada adat sendiri...yang di assamilasikan mengikut cita rasa orang-orang Linggi sendiri, bergantung kepada 'Muafakat dan Kebulatan' dari adat-adat lain yang tidaj bertentangan dengan syariat Islam.
Kiranya adat baru itu bermula apabila Tok Awaluddin melanggar perintah ayahandanya untuk melanggar Sulawesi dahulu...yess...Beliau tidak suka pada pertumpahan darah.  Beliau tidak suka kepada keganasan dan paksaan....dan beliau juga tidak suka kan pangkat dan gelaran.

Adat baru yang mereka itu amalkan, adalah mengikut adat kitab (Al Quran) dan Sunnah. Kemudian orang-orang Linggi itu telah menetapkan 100 peraturan untuk diajar dan diamalkan oleh penduduknya.
Imam Ambak kata, 100 peraturan itu adalah;
20 sifat wajib bagi Allah
20 sifat mustahil bagi Allah
1 sifat yang jaiz bagi Allah
1 sifat lawan bagi sifat jaiz Allah itu
4 sifat yang wajib pada Rasul
4 sifat yang mustahil pada Rasul
1 sifat yang jaiz pada Rasul
1 sifat lawan bagi sifat jaiz Rasul itu.
6 rukun iman
10 syarat rukun iman
4 tandanya
10 yang membinasakannya
5 Rukun Islam
4 syarat rukun Islam
4 tandanya
4 yang membinasakannya
1 Rukun Ihsan

Sebenarnya, acik yakin, tak ramai orang Linggi sekarang ini yang tahu tentang peraturan 100 ini.
Sebab itu acik katakan, bahawa acik amat berbangga dengan kampung kelahiran acik ni.  Semua yang terkandung dalam Peraturan 100 itu ada dalam kitab Tauhid yang kita pelajari di sekolah mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Semuanya adalah merupakan ilmu fardhu ain sebagai amalan dan panduan umat muslimin dan muslimat. Sangat mudah.

Dahlah...letih tau baca kitab yang kelabu nih...

Kesimpulannya, adat orang Linggi di sebut sebagai 'Muafakat Bil Kitab Wassunnati Qabulatan Minel Ustaz ilamanati'.  Adat Linggi adat Bermaharajalela yang berlandaskan hukum syarak.

Banyak lagi kalu nak diceritakan dan dkongsikan kat sini.  Tentang bagaimana Rembau menyerang Linggi...dll. Acik sudah sgt letih otak malam ni.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads