Jumaat, 15 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Pemotoran

Posted: 15 Apr 2011 01:02 PM PDT

Kosmo Online - Pemotoran


Rali medan perkukuh jenama

Posted:

Rali medan perkukuh jenama

Rali medan perkukuh jenama

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my



SELAKU pengeluar kenderaan nasional sesebuah negara, organisasi tersebut memikul tanggungjawab besar untuk mengetengahkan nama dan imej negaranya dalam bidang automotif global.

Apatah lagi jika usia pengeluar tersebut masih muda. Ia perlu berhadapan dengan pemain-pemain lama yang lebih berpengalaman mengenai jatuh bangun industri. Dalam kes ini, Proton Holdings Berhad (Proton) tidak terkecuali.

Meningkatkan kapasiti pengeluaran, menembusi pasaran baru atau harga yang kompetitif merupakan isu lazim buat pengeluar yang mahu menguasai pasaran. Itu hanya statistik dan persembahan dalam perniagaan. Bagi saya, itu soal kedua.

Apa yang penting ialah imej dan kepercayaan terhadap sesuatu jenama. Tanpa kepercayaan atau imej yang utuh, soal kedua sukar untuk direalisasi.

Proton pilih rali

Justeru, pemilihan platform untuk membina imej perlu dilakukan sebaik mungkin. Setiap pengeluar ada pilihan tersendiri. Bagi Proton, sukan bermotor khususnya rali menjadi pilihan.

Satu tindakan yang bijak, meskipun ia membabitkan pelaburan besar dalam menyiapkan sebuah jentera perlumbaan. Kosnya mencecah jutaan ringgit.

Rali merupakan perlumbaan mengejar masa terpantas dalam jumlah pusingan terkumpul untuk menentukan siapa layak berdiri di atas podium. Laluan trek yang diredah juga tidak secantik litar Formula 1 (F1).

Tanah merah, gambut, kelikir, salji dan ais, debu serta lumpur adalah dunianya. Inilah makmal eksperimen terbaik untuk menguji kemampuan serta daya tahan sesebuah kenderaan.


BORANG ramai tidak melepaskan peluang melihat sendiri Satria Neo S2000.


"Kami mahu memahami apa yang boleh dipelajari daripada sukan bermotor untuk menjadikan kereta kami lebih baik.

"Bukan kami akan menggunakan semua data yang diperolehi. Tetapi sekurang-kurangnya jurutera kami dapat mendalami apa yang diperlukan untuk menghasilkan kenderaan berprestasi."

Demikian ulasan Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir ketika mengunjungi kem Proton di Kejohanan Rali Malaysia 2011 (MRC 2011) bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru baru-baru ini.

Beliau turut mengakui bahawa sukan rali merupakan pentas yang mampu mengubah persepsi terhadap jenama Proton. Pada masa yang sama bertindak selaku ejen promosi.

"Mungkin ketika ini Proton dilihat sebagai kereta yang rendah, murah dan sebagainya. Kita perlu mengubah persepsi jenama. Pembabitan dalam sukan bermotor adalah satu-satunya cara untuk mengubahnya.

"Sukan bermotor mengaitkan syarikat dengan prestasi, ketepatan dan teknologi tinggi. Pada masa hadapan, apabila umum melihat Proton, ia akan memberi tafsiran berbeza.

"Tanpa kami sedari juga, sudah ada banyak kenderaan Proton dalam rali. Mengapa kenderaan Proton dan bukan kenderaan lain? Mungkin sebab ia mampu dimiliki. Tetapi saya merasakan model Satria Neo dan Putra dibina berdasarkan karakteristik pemanduan dan pengendalian," jelasnya.

MRC 2011 yang berlangsung serentak dengan Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun ini menyaksikan penyertaan sebanyak 18 buah kereta Proton. Empat jentera digunakan oleh pasukan Proton Motorsport dan Proton Cusco. Selebihnya ialah pasukan pesaing.

Kemampuan Neo

Proton Motorsport menggunakan Satria Neo S2000 yang dipandu oleh Chris Atkinson dan Alister McRae. Dua nama yang tidak asing dalam dunia rali. Proton Cusco Rally Team pula menggunakan jentera Satria Neo 1,600cc. Pemandunya ialah Akira Bamba dan Kosuke Takashino.

Penyertaan kedua-dua pasukan dengan model hatchback dua pintu tersebut meningkatkan imej dan jenama Proton. Atkinson bersama juruarah, Stephane Prevot, merekod masa keseluruhan 3 jam 14 minit 49.3 saat dan ditabalkan sebagai juara MRC 2011. Rakan sepasukannya, McRae dan juruarahnya, Bill Hayes pula muncul sebagai pemenang tempat ketiga dengan catatan masa 3'23:37.5s.


PASUKAN Pennzoil GSR Racing Team turut menggunakan model Satria.


Hari kedua kejohanan MRC 2011, Atkinson berlumba tanpa brek tangan. Namun masalah itu berjaya diselesaikan pada keesokan harinya.

Lebih menarik lagi ialah nasib McRae. Keretanya mengalami masalah enjin overheating. Beliau terpaksa menggunakan jentera dengan 278 kuasa kuda itu selama dua hari bersama unit radiator yang rosak. Sebenarnya Neo S2000 menggunakan enjin Waja 1.8L buatan Renault. Agak luar biasa pencapaiannya.

Untuk pasukan Proton Cusco pula, Bamba dan Takashino berjaya menempatkan diri pada kedudukan kelapan dan kesembilan MRC 2011. Meskipun begitu, kedua-dua pemandu Jepun itu muncul juara dan naib juara bagi kategori APRC Junior Cup.

Kenderaan pasukan Proton Cusco menerima sentuhan daripada syarikat talaan (tuner) gergasi Jepun, Cusco. Syarikat yang terkenal dengan produk suspensi itu membeli kereta-kereta standard Satria Neo dan menjadikannya sebagai sebuah kereta rali. Jentera modifikasi Cusco kemudian dijual kepada pasukan-pasukan rali.

Perlu diingat, Proton tidak pernah memasarkan model Neo ke Jepun. Inilah antara kelebihan rali. Kerjasama dapat dijalin, kepercayaan dilahirkan dan pasaran baru berjaya diterokai. Lihat sahaja statistik pencarian Proton S2000 dalam Google, angkanya sudah menghampiri empat juta carian.

Hatchback baru?

Syed Zainal menyatakan menerusi sukan bermotor, banyak anugerah berjaya diraih ekoran penambahbaikan pada model Satria.

Tanpa sukan bermotor atau Satria Neo S2000, perkara ini tidak mungkin berlaku. Mengetengahkan model Satria Neo adalah pilihan logik seperti yang dilakukan oleh pengeluar jentera dua pintu lain termasuk Skoda, Peugeot, Volkswagen dan Ford. Jangan lupa, Satria juga mewarisi DNA pemanduan dan pengendalian Lotus.

"Kami akan membina generasi baru hatchback dan saya tidak mengatakan ia pengganti kepada model Satria Neo. Lihat sahaja pasaran hari ini, ia sudah beralih kepada model sporty hatchback dua pintu. Misalnya Subaru.

"Jika trend itu sudah dikenal pasti, kami sebagai pengeluar kenderaan mesti membangunkannya. Kami tidak mahu bergantung kepada model yang angka jualannya cuma di antara 100 hingga 200 unit sebulan. Tetapi perlu memiliki tarikan kuat untuk pasaran biasa," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Honda lancar pusat 3S ke-59

Posted:

Honda lancar pusat 3S ke-59

Honda lancar pusat 3S ke-59


HONDA komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggannya.


HONDA Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) secara rasminya mengumumkan AutoWorld Asia Sdn. Bhd. (AutoWorld Asia) sebagai pemilik pusat 3S Honda ke-59 di Sungai Buloh, Selangor.

Menjadi pusat 3S kesepuluh di Selangor, ia dirasmikan oleh Pengarah Urusan AutoWorld Asia, Datuk B. Bhaskaran Pillai serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Inisiatif pengembangan rangkaian pengedar dilihat sebagai komitmen Honda Malaysia untuk meneruskan polisi Kepuasan Pelanggan No. 1 di samping mahu memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat.

Sejak Honda Malaysia beroperasi pada tahun 2001, jualan di Selangor tumbuh lebih sepuluh kali ganda. Daripada 1,227 unit pada tahun 2002 kepada 10,034 unit pada tahun 2010. Selangor menyumbang 23 peratus daripada volum jualan keseluruhan iaitu sebanyak 44, 486 unit pada tahun lalu.

"Dengan pengenalan lebih banyak produk pada masa depan dan permintaan di Selangor mula menyamai pengedar di rangkaian lain, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk mengekalkan kualiti jualan dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan di sini," kata Ueno.

"Kami berbangga apabila dilantik sebagai pengedar sah Honda. Apatah lagi Honda ialah antara jenama automotif yang cukup disegani di dunia. Honda juga sangat komited dalam membekalkan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan demi kepuasan pelanggan," kata Bhaskaran Pillai.

Sehingga kini, sudah ada 59 pengedar Honda di seluruh negara dengan 56 daripadanya berstatus pusat 3S. Berminat untuk membuat temu janji dengan Autoworld Asia? Sila hubungi 03-6099 6888 (jualan) dan 03-6099 6999 (servis).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lexus perkenal CT200h

Posted:

Lexus perkenal CT200h

Lexus perkenal CT200h


HARGA, reka bentuk dan teknologi yang ada pada Lexus CT200h dilihat mampu menarik minat golongan muda untuk menimbang memiliki sebuah jentera Lexus.


BARU-BARU ini, Lexus Malaysia memperkenalkan produknya yang paling menarik, Lexus CT200h. Disifatkan sebagai model kereta kompak mewah hibrid sepenuhnya yang pertama di dunia, ia ditawarkan pada harga bawah RM200,000 seunit.

Lexus CT200h dilihat menambah variasi pilihan model hibrid mewah yang ditawarkan oleh Lexus sebelum ini. Ia merupakan model hatchback lima pintu yang mementingkan ciri mesra alam termaju, pemanduan dinamik dan sporty.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Presiden UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Ismet Suki. Turut hadir, Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Tan Sri Asmat Kamaludin, Timbalan Pengerusi, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Takashi Hibi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Datuk Syed Hashim Syed Wazir serta Penolong Ketua Jurutera, Lexus Development Center, Toyota Motor Corporation Japan, Yukiya Uchimura.

Dalam tempoh kurang dua bulan, Lexus Malaysia telah menerima sebanyak 200 tempahan untuk Lexus CT200h. Ini membuktikan bahawa jenama Lexus kian mendapat perhatian daripada pengguna kenderaan mewah tempatan.

"Sasaran jualan Lexus CT200h ialah sebanyak 800 unit pada tahun ini. Jika pesanan dibuat sekarang, pembeli akan memperolehinya pada bulan Jun nanti. Kami percaya Lexus CT200h mampu menarik minat golongan muda.

"Ia memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan, radikal dan mesra alam. Pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri premium dan mewah yang ada pada setiap kenderaan Lexus," jelas Ismet.



Jentera itu menggunakan enjin sama yang ada pada kereta hibrid Toyota, Prius. Enjin bersesaran 1.8 liter tersebut mematuhi piawaian Euro 5 yang dikatakan paling ketat di dunia. Dilengkapi dengan ciri Drive Mode Select Switch, ia membolehkan pemandu menukar corak pemanduan santai kepada dinamik dengan mudah.

Lexus CT200h hadir dalam dua varian, standard dan mewah. Beza antara kedua-dua model ialah versi mewah memiliki ciri-ciri tambahan seperti lampu utama LED, sistem audio dengan 10 pembesar suara, navigasi, skrin Electro Multi Vision (EMV) dan banyak lagi.

Harganya pula, RM168,000 untuk model standard dan RM196,500 untuk versi mewah (atas jalan tanpa insurans).

Harus diakui bahawa sejak Lexus dilancarkan pada Disember 2006, jenama itu mengalami perkembangan yang memberangsangkan. Sehingga Januari, sebanyak 1,100 unit Lexus sudah berjaya dijual.

Berikutan berkembangan positif itu, Lexus Malaysia telah meluaskan rangkaiannya ke Johor Bahru, Johor. Bilik pameran Lexus terbaru di Taman Sri Tebrau sudah beroperasi sejak akhir bulan lalu.

Sementara pusat servisnya pula terletak di kawasan perindustrian Plentong, Masai Johor. Sebuah lagi bilik pameran Lexus bakal dibuka di Lembah Kelang menjelang akhir tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 15 Apr 2011 11:43 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Kelembutan T-Joue

Posted:

Kelembutan T-Joue

Kelembutan T-Joue

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
pengarang@utusan.com.my


REKAAN T-Joue dengan konsep dua tona dan tema keanggunan 70-an menjadi pilihan untuk musim panas tahun ini.


JENAMA T-Joue cukup terkenal sebagai pengeluar koleksi fesyen pakaian yang menggunakan kaedah pembuatan moden tetapi mengekalkan ciri kelembutan dan kecantikan yang didambakan setiap wanita.

Memahami naluri wanita yang gemarkan kecantikan dan penampilan menarik juga, T-Joue memperkenalkan hampir 30 koleksi terbarunya sempena Musim Panas 2011.

Setiap koleksi eksklusif musim itu direka bagi memenuhi keperluan dan kemahuan wanita merangkumi ciri kesederhanaan, keghairahan, keanggunan, kedudukan dan kualiti.

Menekankan kepada fesyen Mudah-Pakai dan Keanggunan 70-an, ia memfokuskan untuk menjadikan seseorang wanita kelihatan menawan dan merasa cantik.

Bagi koleksi itu, pereka-pereka T-Joue turut menggunakan dua tona dan corak untuk membangkitkan warna natural musim berkenaan yang sederhana, sesuai dengan tema jenama berkenaan iaitu 'kesederhanaan adalah kunci kepada keanggunan'.

Ditambah elemen kasual, klasik dan kontemporari, ia sesuai bagi golongan sasaran koleksi itu, antara 25 dan 35 tahun.

Semua koleksi yang cukup menawan dan elegan itu dipertontonkan pada acara Pertunjukan Fesyen T-Joue, Effortless Summer 2011 di Pusat Beli-Belah Mid Valley, baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesona kraf dawai Hayati

Posted:

Pesona kraf dawai Hayati

Pesona kraf dawai Hayati

Oleh SHOLINA OSMAN
pengarang@utusan.com.my


MENERUSI pemasaran secara online, kraf dawai Ainul Hayati kini menembusi Singapura dan Indonesia.


KALAU kreatif, apa sahaja yang nampak di depan mata boleh digubah untuk dijadikan sebagai bahan lebih menarik dan indah.

Dawai umpamanya sering digunakan untuk kegunaan bagi perkakasan rumah tetapi bagi yang kreatif ia boleh digubah menjadi aksesori seperti cincin, gelang, rantai, pin tudung untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.

Inilah hasil usaha Ainul Hayati Dahlan, 34, sejak lima tahun lalu. Beliau menukarkan dawai menjadi aksesori.

Memang ciptaan Ainul Hayati mengagumkan. Antara aksesori dihasilkan termasuk kerongsang tudung yang juga boleh dijadikan rantai leher.

Ciptaan kraf dawainya digabungkan dengan kristal Swarovski dan batu permata serta manik, berjaya memberi hasil yang menakjubkan.

"Kalau di Barat aksesori berasaskan dawai telah lama diminati. Ia tahan lama dan boleh didapati dalam pelbagai pilihan yang unik," katanya ketika ditemui S2 di rumahnya di No.9, Jalan 1/9A, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

Beliau lulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pada peringkat awal dalam seni kraf dawai, Ainul Hayati terpaksa menempah dawai dan keperluan lain dari luar negara yang dibeli secara online.

Kata Ainul Hayati, beliau mengambil masa setahun untuk mahir dan akhirnya memilih berniaga secara online.

"Bagi saya, berniaga secara online lebih mudah kerana kita menjual apa yang diperlukan pelanggan. Secara tak langsung akan merangsang kita untuk lebih kreatif dalam memenuhi cita rasa mereka," katanya.

Menurutnya, biasanya aksesori dihasilkan atas kemahuan pelanggan untuk disesuaikan dengan majlis dan warna pakaian.

Beliau berinteraksi dengan pelanggan di laman web www.riqzmiecreation.com untuk berbincang jenis aksesori yang diingin ditempah.

Jelas Ainul Hayati, setiap tempahan mengambil masa seminggu untuk disiapkan tidak termasuk penghantaran.

Pelanggannya kini bukan sahaja dari seluruh negara malah luar negara termasuk Singapura dan Indonesia.

Aksesori yang dihasilkan dijual pada harga serendah RM8 sehingga RM350 bergantung kepada kehalusan setiap rekaan dan batu permata yang digunakannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 15 Apr 2011 11:35 AM PDT

Kosmo Online - Varia


'Menang-Menang' makan ikan bakar

Posted:

'Menang-Menang' makan ikan bakar

'Menang-Menang' makan ikan bakar

Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR


PARA pelanggan boleh memilih sendiri jenis dan kuantiti ikan dan makanan laut lain untuk dibakar.


SATU persatu cawangan RSIB kini dibuka di sekitar Lembah Klang. Baru sahaja membuka cawangan ketujuh di Kajang Mac lalu, RSIB terus memperkenalkan cawangan seterusnya di Balakong pada 1 April lalu.

Walaupun lapan lokasi sudah ditakluk RSIB, namun masih ada 22 cawangan yang bakal dibuka bagi menggenapkan sasaran 30 cawangan keseluruhan di seluruh negara. Selain Lembah Klang, RSIB turut mengintai peluang dengan mengembangkan sayap perniagaan mereka ke negeri-negeri lain seperti Melaka dan Johor.

Dalam pada sibuk membayangkan keuntungan yang dikaut pemilik restoran, kita sering terlepas pandang aspek keuntungan bersama yang diperoleh individu-individu lain. Mereka yang terlibat secara tidak langsung itu ialah golongan petani dan pengusaha ikan.

Memahami akan kesusahan hidup petani dan pengusaha ikan mendapatkan mata pencarian bulanan, Pengasas dan Pengarah Urusan RSIB, Datuk Jamil Md. Yunos memberitahu, projek penubuhan cawangan-cawangan RSIB itu juga merupakan satu bentuk sokongan kepada golongan tersebut.

"Setakat ini, kesemua lapan cawangan yang kita ada memerlukan sekurang-kurangnya dua tan serai dan ikan sehari. Secara tidak langsung, kita memberikan peluang kepada petani-petani untuk menanam serai dan juga tanaman lain.


CAWANGAN RSIB di Balakong adalah yang ketujuh dalam rangkaiannya.


"Pengusaha ikan pula kita fokus kepada mereka di Sekinchan memandangkan bekalan ikan RSIB didatangkan terus dari sana," kata beliau.

Peluang miliki cawangan

Selain mendatangkan keuntungan kepada golongan tersebut, usahawan-usahawan yang mempunyai modal tetapi kurang arif dalam bidang perniagaan turut berpeluang memiliki cawangan RSIB sendiri dengan bermodalkan RM500,000.

Usahawan-usahawan yang melabur akan diberikan lokasi yang dipilih sendiri oleh pihak RSIB dan jika cawangan yang dibuka itu tidak memberikan pulangan memuaskan kepada pemilik, pihak RSIB akan mengambil alih operasi tersebut serta memberi lokasi baru kepada pemilik tanpa sebarang modal.

Jamil memberitahu, pembukaan cawangan-cawangan tersebut memberikan faedah kepada banyak pihak dan tidak hanya kepada pihak urusannya sahaja.

Tambahan lagi, orang ramai mendapat kesenangan apabila tidak perlu lagi menuju ke satu-satu lokasi bagi merasa resipi ikan bakar Sekinchan kerana kewujudan cawangan yang kini berada di serata Lembah Klang.

"Bagi memudahkan orang ramai, kita akan membuka cawangan RSIB di Danga Bay, Johor Bahru khusus buat mereka di selatan tanah air serta Singapura menjelang Mei ini.

"Cawangan di Melaka juga dalam proses pengubahsuaian dan akan menyusul tidak lama lagi.


IKAN bakar yang telah siap dihidang di atas pinggan beralas daun pisang.


"Menerusi pembukaan cawangan di luar Lembah Klang ini, orang ramai tidak perlu datang ke Kuala Lumpur dan Selangor bagi merasai ikan bakar kita," ujar Jamil.

Jaminan

Apabila semakin banyak cawangan dibuka, kebimbangan orang ramai terhadap mutu dan keaslian rasa ikan bakar RSIB mungkin menjadi persoalan, namun Jamil memberi jaminan bahawa pelanggan tidak perlu khuatir akan hal tersebut.

Menggunakan pendekatan dapur pusat, RSIB menjanjikan kualiti dan rasa yang sama di kesemua cawangan dengan pengekalan resipi asal. Rata-rata bahan masakan yang digunakan didatangkan khas dari Sekinchan.

Cawangan di Taman Dutamas, Balakong yang dibuka baru-baru ini juga mempertaruhkan menu serupa berkonsepkan makanan laut segar yang dibakar. Sajian itu ditambah dengan menu sampingan yang menyelerakan seperti nasi lemak, ulam, rendang kerang, paru goreng bercili dan pelbagai lagi makanan tradisi Melayu.

Sehingga hari ini, setiap cawangan RSIB terus menjadi tarikan dalam kalangan penggemar ikan bakar apabila menerima lebih 200 hingga 400 pengunjung sehari.

Cawangan RSIB kini berada di Centrum Setiawangsa, Kota Damansara, Prima Sri Gombak, Puchong, Cheras, Taipan, Kajang dan Balakong. Cawangan di Segambut dan Kepong pula akan dirasmikan dalam bulan ini. – MOHD. ALIF ABU BAKAR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nestle penggerak inovasi makanan

Posted:

Nestle penggerak inovasi makanan

Nestle penggerak inovasi makanan


PRODUK Nestle untuk pasaran Malaysia mendapat status halal kerana memenuhi syarat-syarat pengesahan yang ditetapkan kerajaan.


PERMINTAAN terhadap makanan sebenarnya bukan sahaja berdasarkan faktor bekalan keperluan asas, mendapatkan kemudahan dan mencari kelazatan. Pengguna pada hari ini mahukan makanan yang mampu meningkatkan tahap kesihatan dan memberi perlindungan daripada penyakit.

Menyedari keperluan dan pilihan pengguna, Nestle menumpukan usaha penyelidikan berkaitan bagi memastikan produk-produk yang dihasilkan sentiasa bersesuaian dengan keperluan dan gaya hidup pengguna.

Menurut Ketua Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Pusat Penyelidikan Nestle (NRC), Dr. Laurent Fay, komitmen Nestle untuk mengeluarkan produk yang lazat dan sihat meliputi empat bidang aktiviti penyelidikan.

"Ia meliputi deria dan pilihan pengguna; kualiti dan keselamatan; sains dan teknologi makanan untuk menghasilkan makanan yang sihat dan seimbang; serta pemakanan serta kesihatan yang memandu penggabungan sains pemakanan dalam produk," terangnya dalam satu majlis yang dianjurkan Nestle bertajuk: Inovasi Makanan untuk Pengguna Abad Ke-21.

Fay menekankan tiga bidang utama dalam produk keluaran Nestle iaitu pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan.

Bidang pertama menumpukan Sistem Pemprofilan Pemakanan Nestle. Ia merupakan komitmen global bagi semua produk Nestle untuk diprofil dan dianalisis nilai pemakanannya.

"Matlamatnya adalah untuk mengoptimumkan profil pemakanan untuk semua kategori makanan. Contohnya dengan memperkayakan produk dengan ramuan berkhasiat seperti sterol tumbuhan dan bijian penuh menerusi mikronutrien," terang Fay.

Mikronutrien

Bidang kedua yang ditekankan oleh Fay adalah kekurangan mikronutrien yang masih merupakan penyebab utama morbiditi dan kematian di seluruh dunia.

"Kekurangan mikronutrien yang lazim dijumpai termasuklah iodin, vitamin A, zink dan zat besi yang kekurangannya boleh mengakibatkan anemia dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

"Bagi mengatasinya, penyelidikan Nestle telah menghasilkan produk susu yang diperkuatkan dengan vitamin dan mineral pada harga yang berpatutan," terang Fay yang turut memaklumkan bahawa pada tahun 2010, Nestle telah membekalkan lebih daripada 20 bilion hidangan susu yang diperkuat dengan khasiat di 75 buah negara.

Contoh susu yang diperkuat di Malaysia adalah Nespray Fortified, Nespray Cergas dan Everyday.

Seterusnya, Fay berkongsi tentang lapan bidang kebaikan pengguna utama yang merupakan penggerak inovasi di Nestle.

Katanya, bidang-bidang kebaikan pengguna ini bergabung dengan rangkaian penyelidikan dan pembangunan syarikat untuk membina jenama-jenama yang berdaya saing serta berjaya pada masa hadapan.


PIHAK Nestle mahu terus memperkayakan rangkaian produknya dengan ramuan yang lebih berkhasiat.


Di antaranya termasuk pengurusan berat badan, perlindungan, prestasi dan kesejahteraan serta topik-topik yang sememangnya telah menjadi perhatian pengguna pada masa kini.

Selain itu, Fay turut menerangkan bahawa setiap orang mempunyai gen yang berbeza yang memberikan mereka jenis metabolisme yang berbeza.

"Penyelidikan dalam bidang ini menunjukkan potensi bidang penyelesaian mengikut individu dari segi pemakanan dan pengurusan kesihatan. Ia dicapai menerusi integrasi pengetahuan tentang gaya hidup, tabiat makan serta metabolisma seseorang," jelasnya.

Selain daripada itu, Fay turut menerangkan bahawa produk keluaran Nestle kini telah dikurangkan kandungan garam, gula dan asid lemak trans (TFA).

"Produk yang lebih berkhasiat ini dirumus khas bagi pengguna terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan. Sebelum ini, makanan berkhasiat tinggi selalunya mahal di pasaran.

"Oleh itu, Nestle mahu membantu pengguna yang kurang berkemampuan agar mendapat nutrisi makanan tinggi pada harga berpatutan," terangnya.

Pengganti MSG

Mengulas mengenai kandungan monosodium glutamat (MSG), Nestle kini sedang melakukan inovasi dengan menggantikan MSG dengan sejenis molekul yang digelar J+.

"Ia merupakan molekul yang dikenal pasti dapat menggantikan MSG untuk memberikan perasa reseptor rasa manusia.

"Molekul itu mempunyai kapasiti untuk menggantikan MSG dan nukleotida yang mempunyai peranan penting dalam metabolisme dan pengisyaratan," terangnya. Malah molekul J+ juga boleh seimbangkan kuantiti garam dalam makanan.

Tambah Fay, antara kebaikan penemuan terbaru itu adalah ia satu penyelesaian yang sihat bagi meningkatkan rasa walaupun dengan mengurangkan penggunaan MSG.

Mengulas dari segi produk yang dipasarkan di Malaysia, Pakar Nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei memberi jaminan bahawa bahan penambah rasa makanan pada setiap produk keluarannya dijamin halal dan selamat dimakan.

"Ramai yang bertanya di talian khidmat pengguna mengenai produk kami yang dikatakan mempunyai kod-kod yang meragukan. Di sini saya ingin tegaskan bahawa, produk keluaran Nestle untuk pasaran Malaysia mendapat logo halal yang telah memenuhi syarat-syarat pengesahan seperti yang ditentukan oleh kerajaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jual produk Avon sara pengajian anak

Posted:

Jual produk Avon sara pengajian anak

Jual produk Avon sara pengajian anak

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


AINI cuma bermodalkan RM500 semasa mula berniaga produk Avon.


MENDEKATI wanita kelahiran Sungai Petani, Kedah ini sungguh tidak menyangka bahawa umurnya sudah menjangkau 56 tahun. Ini disebabkan fizikalnya yang sihat dan cergas selain mudah melontarkan senyuman.

Bagi Aini Abdul Aziz, jenama Avon tidak asing buat dirinya kerana beliau selalu mendengarnya sejak kecil.

Namun, tidak pernah pula terlintas di fikirannya untuk menyertai Avon.

Bagaimanapun, selepas melihat berita kejayaan wanita-wanita Avon melalui akhbar dan majalah, minatnya terhadap produk itu tiba-tiba muncul.

"Kebetulan pada masa itu saya perlu menanggung enam orang anak yang sedang belajar. Suami pula sudah pencen. Jadi, saya tekad menyertai Avon.

"Empat orang anak belajar di universiti dan saya perlu memberikan wang saku sebanyak RM200 seminggu kepada setiap seorang.

"Jadi, setiap minggu saya perlu menyediakan RM800," katanya yang mempunyai empat anak lelaki dan dua perempuan berusia antara 21 hingga 29 tahun.

Tambah Aini, beliau perlu melakukan sesuatu supaya pengajian anak-anaknya tidak terjejas.

"Alhamdulillah, saya mampu menghantar tiga orang anak saya ke Universiti Teknologi Malaysia dan seorang lagi di Universiti Teknologi Mara hasil jualan produk Avon.

"Bagi memulakan perniagaan, modal yang diperlukan tidaklah besar. Malah, Avon turut memberikan pinjaman," katanya yang cuma bermodalkan RM500 untuk mula berniaga.

Aini memberitahu, kehidupannya sebelum menyertai syarikat itu agak susah. Beliau pernah terlibat dalam perniagaan syarikat pemasaran pelbagai peringkat tetapi sering mengalami masalah kewangan.

"Ketika itu untuk bayar duit ansuran bulanan kereta pun susah apatah lagi mahu menyediakan wang pedidikan anak-anak.

"Sebaliknya, produk Avon lebih mudah untuk dijual kerana jenama itu sudah dikenali ramai.


USAHAWAN Avon. Aini (tiga dari kiri) bergambar kenangan dengan wakil-wakil pengedar Avon di Kuala Lumpur baru-baru ini.


"Pada masa yang sama, kami dapat banyak sokongan daripada syarikat Avon sendiri," jelasnya.

Mengapa Avon? Aini memberitahu, selain jenama, Avon memberi peluang kepada mereka yang mahukan pendapatan lumayan.

Memegang teguh prinsip mahu membantu orang lain untuk maju dan dalam masa yang sama memajukan diri sendiri, Aini turut mengajak rakan-rakan lain untuk berjaya sepertinya.

Berjumpa dan melatih barisan pelapis menjadi rutin hariannya. Aini tidak lokek berkongsi ilmu, memberi motivasi tentang promosi jualan dan membimbing mereka supaya meningkatkan status dalam Sales Leadership.

Atas pencapaian cemerlangnya, Aini pernah dibawa Avon melancong ke Bali, Indonesia dan Las Vegas, Amerika Syarikat.

Beliau juga muncul dalam kalangan 10 Sales Leader Terbaik Avon tahun lalu.

Kini, Aini mempunyai lapan Senior Executive Sales Leader dan lima Executive Sales Leader di bawah kumpulan jualannya.

"Saya semakin bersemangat kerana suami saya, Yusari Maslan, 59, sentiasa menyokong penglibatan saya bersama Avon lebih-lebih lagi dia turut meminati bidang perniagaan.

"Walaupun sudah berusia, kami masih bergerak aktif. Jadi, suka saya nasihatkan mereka yang sudah pencen di luar sana supaya aktif berniaga dengan Avon. Sekurang-kurangnya ia dapat menambah pendapatan," katanya.

Aini yang dinobatkan sebagai Sales Leader ketiga negara memberitahu, tanpa sokongan dan kerjasama daripada kumpulan bawahannya, tidak mungkin beliau berjaya seperti hari ini.

Walaupun sudah berjaya, Aini tetap berusaha membantu anak-anak buah untuk turut sama mengikut jejak langkahnya.

Malah, beliau menggalakkan wanita yang memegang status ibu tunggal supaya melibatkan diri dengan Avon kerana ia dapat mengubah hidup mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 15 Apr 2011 10:06 AM PDT

Utusan Online - Johor


Simpang empat ancam nyawa

Posted:

Simpang empat ancam nyawa

Simpang empat ancam nyawa

Oleh RAHIMAH MOHAMED
utusanjohor@utusan.com.my


Kelihatan beberapa kenderaan yang melalui simpang empat berhampiran jalan masuk ke Felda Nitar 2 turut diancam bahaya kerana ketiadaan lampu isyarat dan papan tanda.


MERSING 14 April - Pengguna jalan raya di simpang empat berhampiran jalan masuk ke Felda Nitar 2 dekat sini diancam bahaya ekoran ketiadaan lampu isyarat dan papan tanda sejak sekian lama.

Simpang empat tersebut menghubungkan Felda Nitar 2 dengan laluan ke Kluang, perkampungan Orang Asli Kampung Tanah Abang dan Mersing.

Keadaan itu menyebabkan banyak kemalangan berlaku malah sebilangan daripadanya melibatkan kenderaan berat seperti lori dengan motosikal yang dinaiki penduduk kawasan tanah rancangan tersebut.

Seorang peneroka, Abdul Rahman Kaimi, 55, berkata, dia pernah melihat sebuah lori tersalah arah lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.

"Sebagai penduduk dan peneroka di sini, saya kerap menyaksikan kejadian yang amat menyedihkan iaitu motosikal berlanggar sesama sendiri dan kenderaan bertembung antara satu sama lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Peniaga kedai makan berdekatan simpang empat tersebut, Sutini Saman, 57, memberitahu, kemalangan bagaikan sudah menjadi lumrah di kawasan itu dan nampaknya masih belum ada sebarang tindakan diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

"Pernah sebuah lori terbalik di depan gerai ini kerana tersalah masuk laluan. Ia amat menakutkan," katanya.

Sutini berkata, dia juga berasa penat apabila terpaksa menjawab pertanyaan lebih daripada 10 pemandu yang bertanyakan arah kepadanya hampir setiap hari kerana ketiadaan papan tanda penunjuk jalan di simpang empat tersebut.

Seorang lagi peneroka, Basar Othman, 53, berkata, apa yang lebih membimbangkan jika lampu jalan yang ada rosak atau tidak berfungsi pada waktu malam.

"Keadaan ini paling merumitkan dan amat membimbangkan kami semua kerana kemungkinan kemalangan berlaku sangat tinggi jika tiada cahaya menerangi simpang empat itu," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi yang dimaksudkan mendapati, ramai penunggang motosikal hampir bertembung sesama mereka manakala lori yang penuh muatan pula kerap terbabas kerana tidak pasti arah yang hendak dituju.

Sementara itu, seorang penduduk, Noraziah Osman, 19, berkata, dia serik dan amat takut apabila melihat keadaan simpang empat tersebut yang mengancam nyawa dan keselamatan semua pengguna.

"Saya menjadi tidak berani untuk melalui simpang terbabit, namun apa boleh buat kerana saya juga adalah salah seorang penunggang motosikal yang terpaksa berulang-alik menggunakan jalan itu," katanya.

Penduduk berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya sebelum berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sungai Batu Pahat tercemar teruk

Posted:

Sungai Batu Pahat tercemar teruk

Sungai Batu Pahat tercemar teruk

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


JAMALUDDIN Jamil memberi penerangan kepada pelajar tentang operasi di Loji Rawatan Air Sri Gading, Batu Pahat, semalam.


BATU PAHAT 14 April - "Air, air di mana-mana, tetapi tidak setitik pun dapat diminum''.

Demikian petikan sebahagian puisi The Rime of the Ancient Mariner karya ahli falsafah England, Samuel Taylor Coleridge yang mungkin sesuai digunakan bagi menggambarkan keadaan sungai di daerah ini yang tercemar teruk sehingga terlalu sukar untuk dirawat bagi kegunaan air minuman.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJ), Jamaluddin Jamil, sejak dua tahun lalu, tidak setitik pun air dari sungai di daerah ini, dirawat untuk kegunaan minuman kerana kualitinya yang terlalu rendah akibat pencemaran.

"Air sungai di daerah ini memiliki tahap keasidan yang tinggi iaitu antara pH 3 dan 3.5. Terlalu sukar untuk dirawat bagi mencapai pH yang sesuai antara 6 hingga 7.

"Justeru, air untuk minuman, kita rawat di Empangan Bekok yang mendapat sumber air dari sungai di luar daerah ini iaitu dari Segamat," katanya kepada pemberita pada Hari SAJ bertemu pelanggan di Loji Rawatan Air Sri Gading, di sini hari ini.

Pengunjung termasuk 60 pelajar Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat dan Sekolah Menengah Tinggi Kluang diberi penerangan tentang tugas SAJ.

Jamaluddin berkata, pelbagai punca boleh menyumbang kepada pencemaran sungai antaranya pengaliran baja serta sisa pertanian terutama tanaman sawit, pembuangan sisa kilang dan kedudukan daerah ini yang berada pada kedudukan sama paras dengan laut turut berpotensi menyebabkan kemasukan air laut ke dalam sungai.

"Di Batu Pahat agak unik dan tugas SAJ mencabar di sini kerana kita tidak boleh gunakan sumber air dari sungai di sini.

"Setiap hari, sebanyak 165 juta liter air digunakan di daerah ini. Bagi jangka masa panjang, sungai di daerah ini diperlukan untuk menampung keperluan yang semakin bertambah," katanya.

Menurutnya, dalam tempoh 20 tahun akan datang, kaedah lain perlu digunakan berbanding hanya bergantung pada Empangan Bekok bagi memastikan keperluan air bersih penduduk dapat dipenuhi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Pesona

Posted: 15 Apr 2011 07:01 AM PDT

Kosmo Online - Pesona


Castillo kapten jet wanita pertama Filipina

Posted:

Castillo kapten jet wanita pertama Filipina

Castillo kapten jet wanita pertama Filipina



DI daratan, Brooke Castillo merupakan seorang pemain piano klasikal, pengurus kumpulan rock, ahli sukan elit dan seorang guru, tetapi apabila berada di langit tinggi, dia begitu cemerlang.

Castillo merupakan kapten jet komersial wanita pertama di Filipina, daripada kokpit Penerbangan Airbus Cebu Pacific A319s dan A320s, beliau mempunyai kerjaya yang terbaik di dunia.

"Saya sudah ditakdirkan untuk berada di sini. Saya sahut cabaran dan mendapati ia adalah sesuatu yang saya suka lakukan," kata wanita berusia 41 tahun yang mempunyai sosok tubuh tinggi itu.

Dia yang sebelum ini mempunyai pelbagai bakat mengambil keputusan 'bersara' daripadanya selepas mendaftarkan diri di sekolah penerbangan.

Castillo dibesarkan di kediaman mewah di Manila. Ayahnya merupakan seorang pemilik bank dan ibunya pula menguruskan sebuah kasino sementara tiga abang Castillo membantunya berjinak-jinak dalam bidang sukan.

Zaman kanak-kanaknya banyak diluangkan bersama keluarga di pusat boling. Dengan bakatnya itu Castillo akhirnya mewakili negara untuk pasukan junior dalam sukan boling.

Dia juga merupakan ahli pasukan bola keranjang belia Filipina dan berjaya memenangi pingat perak untuk negaranya selepas menyertai Kejuaraan Taekwando Asia Tenggara.

Dalam banyak-banyak hobi dan bakatnya yang lain, Castillo gemar bermain piano klasikal, menguruskan kumpulan rock alternatif dan pada masa yang sama mempunyai Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Filipina.

Jatuh cinta

Castillo memberitahu, dia tidak pernah berhasrat untuk menjadi seorang juruterbang tetapi mula jatuh cinta dalam industri penerbangan sebaik tamat kolej ketika menemani seorang rakan untuk menghadiri sesi ujian juruterbang bagi mendapatkan biasiswa daripada penerbangan kebangsaan.

Dia turut mengambil ujian tersebut dan berjaya dengan cemerlang sementara rakannya gagal.

"Apabila saya pergi ke sekolah penerbangan, saya dapati semua perkara yang dipelajari sebelum ini seperti muzik, perkara-perkara di sekolah dan sukan, kesemuanya boleh dilakukan lebih daripada subjek yang dipelajari ketika di kolej," ujarnya.

Minatnya untuk menjadi juruterbang membolehkannya menjadi wanita pertama menerbangkan jet komersial pada tahun 1996 dengan Penerbangan Filipina.

Selepas berhijrah ke syarikat pesaing, Cebu Pacific pada tahun 2003, Castillo menjadi kapten jet wanita pertama di Filipina.

Sepanjang kariernya, dia telah membuka ruang kepada wanita lain berkecimpung dalam industri tersebut sehingga menyaksikan seramai 14 juruterbang wanita berkhidmat di Cebu Pacific.


CASTILLO (kiri) mengakui dia begitu seronok dengan kerjayanya sebagai seorang juruterbang jet.


"Saya berharap bilangan juruterbang wanita akan bertambah," katanya.

Castillo juga merupakan seorang jurulatih juruterbang muda Cebu Pacific memberitahu, seseorang ketua penerbangan tidak boleh berkompromi apabila memilih kapten untuk jet mereka.

"Dalam profesion kami, tiada istilah pilih kasih kerana kita tidak boleh meletakkan nyawa seseorang itu dalam bahaya," tegasnya.

Castillo memberitahu, wanita mempunyai kelebihan kerana mereka cenderung menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang kecil. Seseorang juruterbang perlu memeriksa lebih daripada 200 item sebelum penerbangan sebenar dilakukan.

"Mereka mengatakan bahawa wanita lebih teliti dan boleh membuat lebih banyak perkara dalam satu-satu masa. Kemungkinan ia benar kerana ia berlaku di depan mata saya," ujarnya.

Menjadi pelatih Piper Tomahawk atau jet Airbus, Castillo menyifatkan aspek penerbangan yang paling sukar adalah apabila membuat keputusan untuk berlepas dan mendarat kerana perasaan teragak-agak walaupun kecil sekalipun boleh mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Detik mencemaskan buat dirinya apabila dia bertindak sebagai pembantu juruterbang DC-9 sembilan tahun lalu. Pada ketika itu kapal terbang mempunyai masalah tekanan ketika penerbangan berada pada ketinggian yang sederhana. Mujur latihan profesionalnya berjaya membolehkan dia mengawal keadaan dan mendaratkan pesawat DC-9 dengan selamat.

"Perkara yang saya pelajari daripada kejadian tersebut adalah anda tidak akan berasa takut sehinggalah ia sudah berakhir. Selepas mendarat dan semuanya selesai, ketika itulah anda mula berasa takut dan cemas," katanya.

Walaupun apa yang terjadi, Castillo tetap dengan cita-cita untuk menjadi kapten pesawat Airbus yang lebih besar sekali gus merealisasikannya suatu hari nanti.

Kini penerbangan terbesar negara tersebut diperkenalkan secara agresif ke pasaran antarabangsa.

Dia juga mengimpikan untuk berkahwin dan mempunyai anak suatu hari nanti tetapi Castillo berdepan dengan masalah mencari masa untuk hal peribadi.

Dia sendiri melihat dirinya terbang dan mengajar sehingga usia 65 yang merupakan umur persaraan bagi juruterbang yang berkhidmat dengan Cebu Pacific.

"Saya sangat berharap untuk berkahwin dan mempunyai keluarga tetapi saya tidak tahu bagaimana?

"Secara jujur, saya seronok menjadi seorang juruterbang dan mengajar. Menjadi seorang jurulatih secara tidak langsung memberikan kepuasan kepada saya kerana ia membuatkan saya berfikir sama ada mahu mengundur diri atau tidak?" katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bengkel kesihatan untuk media

Posted:

Bengkel kesihatan untuk media

Bengkel kesihatan untuk media

Oleh NURUL IZZA ROSLY


PARA wakil media tidak ketinggalan menyertai bengkel kecantikan dan kesihatan wanita anjuran Bayer di Thistle Spa Resort, Port Dickson, baru-baru ini.


BERSEMPENA sambutan Hari Wanita Sedunia, syarikat farmaseutikal Bayer Healthcare menganjurkan Bengkel Kesihatan dan Pemeliharaan Wanita yang melibatkan para penggiat media cetak dan media baru, awal April lalu.

Para wakil media dibawa ke Port Dickson untuk menyertai bengkel yang bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai beberapa isu utama kesihatan wanita. Bagi para peserta, peluang itu juga digunakan untuk merehatkan diri di tepi pantai.

Pelbagai aktiviti disusun berkaitan ceramah kesihatan bertajuk 50 Tahun Penggunaan Pil oleh Pakar dan Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Helena Lim; Tubuh Anda dan Haid oleh Pakar dan Pensyarah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, UKM, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor dan Nikmati Kewanitaan Tanpa Isu-isu PMS oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Lim Pei Shan.

Ketiga-tiga pakar tersebut membincangkan isu-isu utama kesihatan wanita yang bertumpu kepada tanggapan salah mengenai hormon, pap smear, senaman, diet, pemakanan dan kaedah merancang keluarga.

"Mitos dan persepsi salah mengenai kaedah pencegah kehamilan seperti pil dan alat pencegah kehamilan yang diletakkan di dalam rahim sudah ketinggalan dan tidak boleh diterima lagi.

"Dengan pelbagai jenis kaedah pencegah kehamilan yang ada kini, ia memudahkan wanita membuat pilihan yang bersesuaian dengan mereka," kata Helena.

Tambahnya, pencegah kehamilan kini lebih mudah untuk digunakan, selamat dan mampu dimiliki. Ia memberikan faedah kesihatan tambahan seperti mengawal kitaran haid dan baik untuk kulit serta tulang.


WANITA dan kesihatan tidak boleh dipisahkan. Sama seperti para peserta bengkel anjuran Bayer Healthcare ini yang memulakan hari dengan sesi bersenam di pantai.


Memahami haid

Pei Shan turut memberi penerangan mengenai sindrom sebelum haid (PMS) dan gangguan prahaid disforik (PMDD) yang merupakan PMS yang lebih teruk.

Menurut Pei Shan, simptom PMDD adalah lebih kurang sama seperti PMS tetapi lebih teruk sehingga mengganggu kerja, aktiviti sosial dan pergaulan.

"PMS adalah satu kumpulan simptom yang berkait dengan kitaran haid. PMS boleh menjejaskan haid wanita tidak kira usia dan ia memberi kesan berbeza bagi setiap wanita.

"Bagi sesetengah wanita, PMS adalah sekadar 'gangguan' yang berlaku setiap bulan tetapi bagi sesetengahnya pula ia menyebabkan mereka tidak tahan menghadapi kesakitan sehingga tidak bermaya merana PMS atau PMDD. Kenapa perlu menderita sedangkan ada rawatan efektif bagi menanganinya," ujarnya yang menyarankan wanita sentiasa mendapatkan khidmat nasihat doktor.

Berbicara mengenai topik pengovulan dan haid, Natasha berkongsi mengenai apa yang berlaku sepanjang kitaran haid selama 28 hari.

"Ramai wanita menganggap pengaliran haid yang banyak sebagai aliran yang normal. Namun begitu, kehilangan darah yang banyak dan lama boleh menyebabkan anemia dan kelesuan," jelasnya yang meminta wanita tidak mengambil ringan masalah tersebut.

Bengkel kecantikan

Selain mendengar ceramah kesihatan, rakan-rakan media berpeluang menikmati sesi memanjakan diri di spa, bersenam dengan menari salsa, mengasah kemahiran bermain bola tampar pantai dan menyertai bengkel kecantikan.


PARA peserta tekun mendengar tip kecantikan daripada jurucakap Swedish Skincare System.


Ketua Subkumpulan Bayer Healthcare Malaysia, Catherine Wong memberitahu, Bengkel Kesihatan dan Pemeliharaan Wanita selama dua hari itu bertujuan meraikan wanita dan memberi kuasa kepada mereka menikmati kehidupan.

"Wanita perlu menyayangi diri mereka lebih daripada segala-galanya. Bukan sahaja perlu belajar mengenai isu kesihatan, mereka juga perlu tahu menghargai diri mereka dengan beristirehat dan memanjakan diri.

"Kami berharap untuk menjadikan bengkel ini acara tahunan dan ia merupakan satu sumbangan pendidikan serta tanda penghargaan kepada pihak media yang selama ini menyokong isu mengenai kesihatan wanita," ujarnya.

Selari dengan komitmen jangka panjang bagi meningkatkan kesihatan wanita, Bayer Healthcare memperkenalkan Anugerah Kewartawanan Kesihatan Wanita.

"Kami percaya bahawa media memainkan peranan penting dalam mendidik wanita Malaysia mengenai isu kesihatan seksual, menyangkal mitos dan salah tanggapan mengenai pencegahan hamil serta pencegahan kehamilan moden bagi mengurangkan kehamilan tidak dirancang.

"Anugerah ini menawarkan tiga hadiah utama dan lima hadiah sagu hati berjumlah RM8,500. Pertandingan ini terbuka kepada semua wartawan di Malaysia menulis artikel yang diterbitkan pada 1 Januari hingga 31 Oktober tahun ini di media cetak berlesen sahaja," katanya.

Bengkel media dan Anugerah Kewartawanan Kesihatan Wanita itu merupakan kesinambungan daripada Kempen Ya, Saya Boleh yang bertujuan mendidik wanita mengenai kesihatan seksual dan pilihan pencegahan kehamilan bagi mengurangkan

insiden kehamilan tidak dirancang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kewajipan melangsai hutang

Posted:

Kewajipan melangsai hutang

Kewajipan melangsai hutang

SAYA ada berhutang pembelian perabot dengan seorang pemilik kedai berbangsa Cina lebih kurang 20 tahun lalu. Masalah saya ialah saya sudah tidak dapat menghubungi pemilik kedai tersebut dan kedainya juga sudah tiada lagi.

JAWAPAN: Hikmah syarak membenarkan amalan berhutang cukup jelas untuk merealisasikan kehendak Allah yang mahu mewujudkan suasana tolong-menolong untuk tujuan kebaikan dan ketakwaan sesama umat Islam.

Ia juga mengajak manusia supaya menyelesaikan masalah secara bekerjasama. Namun, jangan jadikan hutang sebagai alat untuk menindas orang lain. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengambil harta benda orang lain dalam keadaan dia mahu membayarnya semula, maka Allah akan membayar untuknya. Sesiapa yang mengambil dengan niat untuk memusnahkannya (untuk tidak membayarnya), maka Allah akan memusnahkannya (di dunia dan di akhirat)." (Riwayat al-Bukhari).

Bagi menguruskan hutang yang tidak diketahui tuannya, sama-sama kita rujuk kepada Syaikh Ibnu 'Uthaimin Rahimahullah. Beliau mengatakan:

"Apabila kamu mempunyai hutang kepada seseorang dan kamu merasa belum membayarnya dan merasa hutang tersebut masih ada sampai orang yang memberi hutang mengambil haknya, dan apabila orang yang memberi hutang tadi telah meninggal, maka hutang tersebut diberikan pada ahli warisnya.

Jika kamu tidak mengetahui ahli warisnya atau tidak mengetahui orang tersebut atau tidak mengetahui di mana dia berada, maka hutang tersebut dapat disedekahkan atas namanya dengan ikhlas. Dan Allah mengetahui hal ini dan akan menunaikan pada orang tersebut." (Syarh Riyadhis Sholihin, Bab Taubat, 1/47)

Sebagai panduan kepada kaedah penyelesaian ini:

1Memastikan bahawa tuan punya hutang itu benar-benar tidak dapat temui setelah pelbagai cara hebahan dilakukan.

2Jika masih tidak kita temui, maka melunaskan hutang itu melalui warisnya.

3Jika masih tidak diketahui warisnya setelah pelbagai cara hebahan dilakukan, maka bolehlah diuruskan harta itu kepada pihak Baitulmal sebagai badan yang berautoriti.

Penyelesaian tersebut menunjukkan betapa pentingnya hutang itu dilangsaikan kerana berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Diampunkan dosa orang yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia". (Riwayat Muslim 6/38).

Jadi marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita seandainya masih lagi mempunyai hutang kerana perkara yang perlu dilaksanakan sebelum pembahagian pusaka adalah melangsaikan hutang si mati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 15 Apr 2011 01:41 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Pertemuan pertama

Posted: 14 Apr 2011 05:41 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]LELAKI control macho (kejantanan), wanita maintain ayu (jaga keayuaan).

Bantu wanita berniaga

Posted: 14 Apr 2011 05:36 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]MENYEDIAKAN bantuan dalam bentuk kemahiran dan ilmu pengetahuan, jauh lebih baik daripada memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai. Ilmu yang dimanfaatkan pula seterusnya membantu memperkukuhkan ekonomi insan ke arah kehidupan lebih sempurna.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 14 Apr 2011 01:39 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Bistro konsep baru

Posted:

Bistro konsep baru

Bistro konsep baru

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar AMIN FARIJ HASSAN


Ruang makan bistro yang luas untuk keselesaan pelanggan.


BUKAN keuntungan semata-mata yang dicari dalam perniagaan yang diusahakan, sebaliknya niat ingin membantu golongan memerlukan menjadi teras utama pembukaan End Lot Bistro yang baru beroperasi awal tahun ini.

Konsep berniaga tetapi pada masa sama mencari keredaan Allah satu amalan yang mungkin patut dicontohi setiap individu.

Menurut Pemilik End Lot Bistro, Assri Ismail atau lebih mesra dengan panggilan ayahanda, terdapat seorang sahabatnya yang dermawan telah melaburkan sejumlah wang dalam perniagaan ini tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.

"Sebanyak 40 peratus hasil daripada keuntungan akan diinfak (disedekah) kepada rumah-rumah kebajikan, anak yatim dan individu yang memerlukan," katanya.

Menurutnya lagi, idea pembukaan restoran yang berkonsep bistro ini terhasil kerana gerai makanan yang dibukanya ketika itu kurang mendapat sambutan.

"Hari ini pelanggan sudah semakin selektif dan beralih arah untuk menikmati makanan di gerai atau restoran berbentuk moden seperti bistro," katanya.

Selain itu, beliau juga mendapati perniagaan makanan ala bistro ini lebih dipelopori orang bukan Melayu.

Justeru, beliau mengambil kesempatan ini untuk membuka bistro yang dimiliki oleh orang Islam kerana betapa pentingnya penyediaan makanan yang halal dan bersih.

Apabila ditanya tentang keuntungan yang akan dimiliki, katanya, beliau tidak berhasrat untuk meraih keuntungan yang keterlaluan, sebaliknya percaya kepada prinsip bahawa rezeki yang diberi Tuhan harus dikongsi bersama.

Oleh itu, sebahagian hasil yang diperoleh daripada restoran tersebut akan disumbangkan kepada individu atau pertubuhan yang layak sama ada dalam bentuk material mahupun kewangan.

"Bantuan akan diberikan berdasarkan jumlah tertentu bersesuaian dengan badan kebajikan yang terpilih."

"Buat masa ini sebanyak 20 batang tiang lampu telah didermakan kepada dua buah masjid dan 10 buah surau.

"Selain itu, pihak kami juga dalam perancangan untuk memberikan sejumlah bantuan kepada Pertubuhan Anak Yatim Rumah Pangsa, Parlimen Bandar Tun Razak," kata Assri.

Selain itu, End Lot Bistro mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana jaminan kesucian makanan yang disediakan adalah halal, bersih, di samping terdapat hampir lima jenis cita rasa makanan dari pelbagai kaum disediakan seperti Melayu, India, Cina, Thailand dan masakan Barat.

Antara menu menarik yang terdapat disini ialah Nasi goreng Ayahanda yang diilhamkan daripada namanya sendiri.

Bistro yang beroperasi dari pukul 3 petang hingga 3 pagi yang terletak berhampiran pusat penjaja Taman Tenaga Cheras, Kuala Lumpur, itu turut dilengkapi dengan perkhidmatan wi-fi percuma.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nasi kandar daun pisang di SDCC

Posted:

Nasi kandar daun pisang di SDCC

Nasi kandar daun pisang di SDCC

Gambar ASREY KHUZAIREY


Zainuddin Abu Hassan bersama hidangan nasi kandar.


SEPANJANG bulan April ini, restoran Halia, di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC), Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, akan menghidangkan menu istimewa, nasi kandar khusus untuk penggemar makanan itu.

Nama nasi kandar mengambil nama sempena peniaga zaman dahulu yang memikul (kandar) dua bekas besar yang mengandungi nasi dan bahan-bahannya untuk jualan.

Kini, nasi kandar merupakan hidangan yang popular untuk seisi keluarga terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Hanya berharga RM18 setiap set, Nasi Kandar Daun Pisang boleh anda miliki di SDCC dengan pilihan mewah dua atau empat lauk digoreng seperti ayam, ikan, udang dan sotong sebagai menu utama.

Hidangan ini juga akan bertemankan perasa seperti sayur-sayuran dan acar bersama kari ayam, ikan dan dalca.

Diketuai Chef Sous Eksekutif, Zainuddin Abu Hassan dan kumpulannya menyediakan hidangan ini menggunakan sentuhan elemen nasi kandar menggunakan daun pisang yang sudah tentu menaikkan aroma hidangan berkenaan.

Dalam pada itu Zainuddin berkata, istimewanya nasi kandar istimewa ini ialah apabila dia menggunakan pisang muda di dalam dalca kambing.

''Tambah lagi bagi kari kepala ikan, kita menggunakan ikan salmon sebagai menggantikan ikan yang biasa digunakan iaitu ikan merah, begitu juga kentang potong bergoreng cili, peria dan perasa-perasa lain.

''Bukan itu sahaja, nasi putih yang dimasak ditumis terlebih dahulu dengan bawang dan daun kari untuk menaikkan rasa dan aroma asli," jelasnya yang berasal dari Pulau Pinang.

Selain hidangan bergoreng seperti ikan, ayam, sotong, ia termasuk juga burung puyuh, ikan tenggiri, ikan selar, ikan kembung, bawal, udang dan sebagainya.

SDCC dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam untuk makan malam dan tengah hari. Jika hendak membuat tempahan anda boleh menghubungi talian 03-20893799 atau emel, halia.sdcc@simedarby.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads