Khamis, 24 April 2014

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Rasa Nak Berendam <b>Di</b> Wedding <b>Rasah</b> Kemayan

Posted: 04 Feb 2014 10:24 PM PST

Memenuhi salah satu undangan perkahwinan
Jadi Hari Kedua CNY, KA & family bersesak2 ke Seremban
Perjalanan sejam jadi berjam2
Akhirnya sampai jua di Rasah Kemayan
Tengok air tengah2 panas rasa nak terjun masuk dalam kolam...
Gaya Adik sebelum acara makan2...
Apapun terima kasihlah atas jemputan
Dan mudah2an kami sekeluarga mendoakan
Pasangan pengantin Farah & Anas berbahagia & berkekalan...!
( Update :  Gambar pengantin x sempat nak transfer dari tab ... hehehe
layan gambar kecik pengantin pink dari jauh tu udahlah !)

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


05 <b>di nilai negeri sembilan</b> - Google Blog Search - BlOG NEGERI <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2014 09:13 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Seremban, <b>Nilai</b> dan Port Dickson‎ – Tahap jerebu membimbangkan <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2014 01:14 AM PDT

10003465_768610846483321_472392714_ ft

SEREMBAN, 14 Mac – Semakin serius dan menyesakkan hidung. Itulah yang dirasai oleh orang ramai apabila sekeliling mereka dipenuhi debu, asap dan partikel kering yang semakin hari semakin bertambah.

Fenomena jerebu dilihat semakin merunsingkan apabila beberapa buah negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikategorikan sebagai 'sangat tidak sihat'.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), di Negeri Sembilan, tiga daerah mencatatkan IPU tahap tidak sihat dengan bacaan melebihi 130 iaitu Nilai, Seremban dan Port Dickson.

Port Dickson mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada tahap tidak sihat iaitu mencecah 146 sehingga jam 5 petang ini, Seremban (130) dan Nilai (138).

Berikutan keadaan itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menasihatkan agar rakyat di negeri ini mengurangkan aktiviti luar rumah bagi mengelak risiko pelbagai penyakit memandangkan keadaan jerebu yang teruk melanda seluruh negara.

"Indeks jerebu Negeri Sembilan masih terkawal dimana tahap bacaan udara di bawah 200, namun di beberapa kawasan seperti Seremban, Nilai dan Port Dickson mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu melepasi paras indeks 100.

"Pihak sekolah juga dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar serta menangguhkan aktiviti sukan dan kegiatan kokurikulum sehingga masalah jerebu selesai. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dahulu daripada mengadakan kelas Pendidikan Jasmani (PJ) di padang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu  sidang akhbar ketika   menghadiri  majlis penghargaan persara pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan uahun 2013 di Dewan Threatte, Wisma Negeri, pagi tadi.

Dalam pada itu, Menteri Besar juga menasihati orang awam agar sentiasa memakai topeng muka dan  tidak mendedahkan diri pada udara yang berisiko tinggi pada jerebu.

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2014 03:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Mar 2014 03:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2014 03:46 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Dec 2013 03:30 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2013 03:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kota <b>Lukut</b> – Raja <b>Lukut</b> | Wangsa Mahkota Selangor

Posted: 11 Dec 2013 09:58 PM PST

Gambaran Kota Lukut

Raja Juma'at Ibni Raja Ja'afar merupakan cucu kepada Yang Di-Pertuan Muda Riau yakni Paduka Sri Sultan Ali 'Alauddin Shah – menjadi menantu kepada Paduka Sri Sultan Muhammad Shah Ibni Sultan Ibrahim, Sultan Selangor Ketiga (1826-1857). Raja Juma'at merupakan anakanda saudara kepada Paduka Sri Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor Ketiga, 1826-1856.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Lukut membawa maksud sejenis tumbuhan atau pohon renek. Pada awal abad ke-19, Lukut merupakan sebuah wilayah yang berasingan dari Selangor selain Kelang, Bernam dan beberapa tempat lain. Lukut pada asalnya didiami oleh Orang Laut yang menjalani kehidupan sebagai nelayan dan petani (bercucuk tanam).

Menurut catatan sejarah, Raja Juma'at membina istana sekali gus kota pertahanan dan gedung menyimpan bijih timah yang dikuasainya di Lukut. Beliau merupakan salah seorang yang sangat kaya di Selangor kerana kejayaannya menjual hasil jualan bijih timah ke Melaka (Lukut) terletak di bawah kekuasaan Selangor pada 1820-an).

Walaupun sejarah tidak begitu jelas tentang penguasaan Selangor terhadap Lukut, namun di bawah pemerintahan Paduka Sri Sultan Salehuddin (Sultan Selangor yang pertama) sehinggalah ke pemerintahan Sultan Muhammad Shah (Sultan Selangor ke-3), Lukut adalah sebahagian daripada pengaruh penguasaan Selangor. Era pemerintahan Raja Bot merupakan permulaan era kemerosotan Lukut kerana terdapat pelbagai masalah yang dihadapi semasa pemerintahan baginda. Di antaranya adalah tuntutan wilayah Lukut oleh Sungai Ujong, penentangan Raja Sulaiman (Pembesar Sungai Raya), bebanan hutang yang semakin berat dan hasil pengeluaran biji timah yang semakin merosot.

Kota Lukut terletak di Bukit Gajah Mati dekat Lukut, Port Dickson. Ia mula dibina oleh seorang pembesar Melayu dalam tahun 1820-an. Bagaimanapun, Raja Juma'at bukanlah pengasas sebenar Kota Lukut sebaliknya orang yang mula-mula sekali mengasaskan Kota Lukut bernama Raja Busu iaitu salah seorang kerabat Diraja yang berasal dari Selangor. Disebabkan Raja Busu mati dibunuh oleh orang-orang cina dan istananya dibakar dalam satu pergaduhan dalam tahun 1845, peranan beliau di Lukut hilang begitu sahaja. Raja Juma'at lebih dikenali di Lukut kerana ia membina semula kota yang musnah itu dan berjaya memajukan Lukut menjadi sebagai pusat perdagangan yang mashyur lagi terkenal pada zaman itu.

Raja Juma'at terkenal sebagai seorang pengusaha bijih timah terkaya di Lukut pada pertengahan abad kesembilan belas. Malangnya setelah beliau meninggal dunia, puteranya Raja Bot gagal meneruskan kegemilangan Kota Lukut menyebabkan ianya mundur dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Raja Juma'at meninggal dunia dalam tahun 1864 dan disemadikan disatu kawasan tidak jauh dari istananya di Bukit Gajah Mati (sekarang dinamakan Makam Diraja Lukut).
Di sini juga bersemadinya kaum keluarga Raja Juma'at, termasuk permaisuri, bonda dan putera-puterinya.

Termeterainya Perjanjian Persempadanan Selangor – Sungai Ujong pada 31 Julai 1880, menandakan berakhirnya era pemerintahan Raja di Lukut.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lukut</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2014 03:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

fy: Santai Pemuda Gombak <b>di</b> Kelong Fauzi, <b>Lukut</b>...

Posted: 20 Nov 2013 12:30 AM PST

Terlupa pulak aku nak cerita pasal pengembaraan grup pemuda ni di Kelong Fauzi, Lukut. Dok tengok gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan aku, terselak pulak album ni...
Apa pun, aku tetap suka memancing di kelong ni. Walaupun hasil tangkapan tidak berapa, kelong ni tetap menjadi pilihan aku kalau aku nak pi memancing lagi.
Pada brader Fauzi, terima kasih kerana menyediakan tempat untuk aku melampiaskan otak. InsyaAllah aku dan rakan-rakan akan datang lagi.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


menteri besar <b>negeri sembilan</b> naik angin satu bada... - Omak Kau!!!!

Posted: 17 Apr 2014 05:54 PM PDT


Ini bezanya antara pemimpin berjiwa besar dengan pemimpin berjiwa kecil mudah terasa dan teguris hati merajuk .

Tan Sri Khalid Ibrahim menolak pelawaan Mohamad Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan kerana jumlah itu terlalu kecil, taraf celah gigi ... lagi pun Negeri Sembilan pun menghadapi masalah membekalkan air bersih terawat kepada rakyatnya .. bukankah lebih baik jaga dan bela rakyat sendiri dari nak tunjuk jaguh dan perihatin nasib rakyat negeri lain?

Bila ditolak "pelawaan itu" merajuk macam budak-budak tuduh Tan Sri Khalid Ibrahim sombong ... lepas itu siap ugut pula .. lain kali kalau nak minta bantuan mampos dia tidak akan tolong .. pulak dah!!!!! .. Ini jelas membuktikan perangai sebenar pemimpin UMNO berjawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Jika dia seorang pemimpin berjiwa besar dan perihatin rakyat .. jika negeri jiran mohon bantuan tidak sebanyak sedikit berikan bantuan ... itu baru dinamakan pemimpin... Pahang pun ada masalah air begitu juga Melaka ... mengapa negeri-negeri ini tidak ditawarkan bantuan sedangkan negeri-negeri ini diperintah oleh UMNO/BN?????  ... jadi jelaslah tiada niat murni sekelumit pun .. persepsi cuba nak ambil kesempatan batuan politik ... itu saja .. bila tidak menjadi maka apa lagi  .. meroyan, melatah, berang, merajuk dan naik angin satu badan.

SEREMBAN – "Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu.

Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing.

"Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap.

"Saya bagi tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air," katanya.

Menurutnya, setakat ini Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya.

"Saya boleh beri apa yang kita ada. Setakat ini kita ada lebihan 20 juta gelen, kalau tidak dapat liputi seluruh negeri Selangor, sekurang-kurangnya bekalan air itu boleh tampung di mana-mana tempat terdesak, misalnya Shah Alam, Subang atau mana-mana daerah difikirkan perlu," katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, beliau hanya mahu membantu setakat yang mampu dan bukan menyelesaikan masalah air di negeri itu secara keseluruhan.

"Tapi kalau dia sombong sangat, tak kisahlah. Saya pun bukannya terhegeh-hegeh suruh dia beli. Lepas ini kalau dia melutut minta bantuan, saya tak akan bagi dan tidak akan layan. Pintu hati saya sudah tertutup," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mohamad berhubung kesediaan Negeri Sembilan menjualkan air bersih kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan sekiranya bekalan tersebut benar-benar diperlukan kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut Mohamad, kerajaan Negeri Sembilan sedia menjual air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.

Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

"Jumlah 20 juta gelen air itu sangat sikit. Jadi tak payahlah," katanya.

ads