Jumaat, 21 Mac 2014

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Gaya kediaman moden <b>di Bahau</b> - Utusan Online

Posted: 06 Nov 2011 11:14 AM PST

Gaya kediaman moden di Bahau

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

KALAU dulu, jika disebut dekorasi kediaman, golongan luar kota metropolitan atau pinggiran bandar memilih gaya seringkas yang boleh. Menjengah dekorasi kediaman mereka, masih lagi terdapat elemen lama seperti perabot kayu dan rotan.

Tanpa terikat dengan tema tertentu, pemilik kediaman lebih selesa menghias mengikut gaya suka-suka. Konsep ini cenderung kepada kemampuan isi rumah atau sekadar melengkapkan perabot di ruang tamu, dapur mahu pun bilik tidur.

Memadai sekadar memiliki keperluan asas seperti tilam, katil, televisyen dan almari kecil.

Berbeza sekarang, golongan itu juga dilihat semakin peka dengan dunia hiasan dalaman. Bahkan, mereka turut ghairah menata rias rumah dengan memastikan setiap ruang dari dapur hingga ke kamar beradu, tampil menarik hingga sesetengahnya mengalahkan rumah kelamin.

Sama ada memilih gaya moden , retro, Inggeris, tropika, Bali, ala rumah pelancongan dan sebagainya, yang penting dekorasi memenuhi cita rasa dan mengikut trend semasa.

Melewati sebuah pusat perhentian hiasan kediaman di Bahau, Negeri Sembilan, penulis berpendapat penduduk di situ lebih berminat kepada konsep kediaman moden.

Kelengkapan

Pusat sehenti kedai perabot, Ilham Design Furniture (IDF) yang terletak di Bahau memberi ilham kepada penduduk sekitarnya untuk mencari perabot moden dengan warna-warna yang lebih berani.

Bercirikan reka bentuk moden , IDF mencerminkan pemiliknya, Mejar Wan Munadi Wan Mamat (B) yang dinamik dan sofistikated.

Menarik perhatian penduduk di sekitar Bahau , ia menawarkan pelbagai koleksi kelengkapan rumah daripada yang kecil sehinggalah kepada sebesar-besarnya.

Ditambah pula dengan hiasan dalamannya yang sepadan dengan konsep kediaman, pastinya membuatkan tetamu teruja dan kagum dengan sentuhan emas pemiliknya.

Klasik kontemporari dan moden , begitulah konsep percaturan hasil idea kreatif yang popular sekarang.

Bagi yang melangkah ke rumah baru khususnya pasangan pengantin, inilah peluang terbaik untuk menyusun kediaman sendiri menjadi cantik dan kelihatan moden dan bergaya.

Pelbagai pilihan dan idea hiasan untuk kediaman dengan tema kediaman desa Perancis ke Victoria, gaya Timur, Safari Afrika, gabungan kontemporari dan oriental.

Kontemporari

Sofa berciri moden digabungkan dengan fabrik warna terang menepati ciri klasik kontemporari.

Malah setiap perabot membawa konsep berbeza dengan set sofa paling popular ialah bercirikan moden.

Set bilik tidur yang mengetengahkan warna merah misalnya, menyerlahkan elemen moden sesebuah kediaman.

Dalam pada itu, setiap katil yang dijual mempunyai pilihan 15 warna merangkumi keperluan pasangan suami isteri, kanak-kanak, anak gadis dan pengantin baru.

Ruang berehat keluarga seperti sofa boleh direka sendiri menggunakan gabungan warna putih dan hitam amat praktikal.

Secara peribadi, keupayaan Wan Munadi memperkenalkan kediaman mewah khusus untuk warga luar kota metropolitan seperti di Bahau yang inginkan konsep moden dan menawan sememangnya mengkagumkan.

Mengakui dekorasi sentiasa mengikut perubahan semasa, Wan Munadi berpendapat orang ramai mula bijak mencari panduan menghias rumah sama ada yang tinggal di kampung mahupun luar bandar.

Memenuhi hasrat tersebut, IDF yang terletak di Bahau ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai.

Dalam pada itu, cawangan IDF yang baru di buka 23 Oktober lalu menawarkan harga runtuh khususnya untuk penduduk Bahau. Manakala pasangan pengantin baru boleh mendapatkan set kelengkapan bilik tidur dengan harga yang istimewa. Orang ramai yang berbelanja RM 3 ribu ke atas turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah percuma.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Catuan air akan dilaksanakan <b>di</b> Gemas dan <b>Tampin</b>

Posted: 05 Mar 2014 06:51 PM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) akan melaksanakan pelan catuan air di kawasan Gemas dan Tampin berikutan Sungai Muar, yang membekalkan sumber air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Gemas Baru menyusut ke paras kritikal.
  
Menurut kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), pihak Sains telah memohon melaksanakan catuan itu dan akan mengumumkan perincian catuan itu dalam masa terdekat.
  
"LRA Gemas Baru kebiasaannya merawat air sebanyak 27.7 juta liter sehari (JLH), kini hanya mampu mengeluarkan 12 JLH sahaja iaitu pengurangan sebanyak 15.7 JLH atau 57 peratus," kata kenyataan itu.
  
Pengurangan pengeluaran air di loji itu akan memberi kesan kepada pengguna-pengguna di Daerah Jempol dan Tampin khususnya di kawasan Felda Palong, Felda Bukit Jalur serta sebahagian kawasan Gemas dan Tampin.
  
"Adalah dianggarkan sebanyak 13,263 akaun pengguna akan terjejas bekalan air," kata kenyataan itu.
  
Menurut kenyataan itu Sains mencadangkan supaya kawasan-kawasan di daerah Jempol dan Tampin dibahagikan kepada empat zon dan setiap dua zon akan menerima bekalan air selama 24 jam secara berselang iaitu sehari mendapat bekalan air dan sehari dicatu sehingga diberitahu kelak.
  

"Sains akan mengumumkan perincian catuan seperti senarai kawasan yang terlibat, jadual catuan serta lain-lain maklumat penting di media massa dalam masa terdekat," kata kenyataan itu.
  
Tambah kenyataan itu, Sains juga memaklumkan bahawa Empangan Gemenceh kini menyusut dengan kadar yang membimbangkan.
  
Sains sedang memantau rapi paras air di empangan itu dan akan merujuk kepada Span sekiranya catuan di daerah Rembau diperlukan, kata kenyataan itu. – Bernama

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Empat beranak maut dalam nahas <b>di Jempol</b> ABN News | BM

Posted: 26 Feb 2014 10:23 PM PST

JEMPOL – Sepasang suami isteri dan dua anak mereka maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Km 22, Jalan Bahau-Keratong dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata mangsa ialah Mohd Fauzan Abu Bakar, 33, Nurhidayah Ngah, 29, Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 bulan.

"Semua mangsa yang tersepit mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Terengganu ke Port Dickson.

"Dipercayai kereta yang dipandu Mohd Fauzan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta lain yang pemandunya Muhammad Fairahall Abbas, 45, patah kaki kanan," katanya.

Mayat mangsa dikeluarkan pihak bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat. – Bernama

Catuan bekalan air di beberapa kawasan <b>di Jempol</b> dan Gemas <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 10:43 PM PST

Sumber : Sinar Harian

SEREMBAN: Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas sudah kering.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera Syed Sirajuddin yang membabitkan 3,000 pengguna.

"Catuan ini dilakukan berselang hari iaitu satu hari ada, satu hari tiada. Bagi kawasan Jempol kita akan mengambil air dari loji di Jempol manakala, kawasan Gemas dari loji Sawah Raja, Rembau.

 "Bekalan air ini akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas. Oleh kerana perjalanan itu jauh, seboleh mungkin kita nak gunakan sebanyak lori tangki yang ada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya walaupun sudah menggerakkan bilik gerakan kemarau dengan semua jabatan dan agensi kerajaan diminta memberikan kerjasama, tetapi pada pandangan beliau ini tidak mencukupi.

"Oleh itu, saya juga telah minta jawatankuasa menangani masalah kemarau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya berbincang dengan persatuan lori-lori tangki Negeri Sembilan untuk kita minta mereka bersama-sama memberikan perkhidmatan secara menyewa lori tangki mereka.

"Saya yakin cara ini lebih berkesan untuk membekalkan air di kawasan terjejas.
"Kita juga akan buat kerahan sukarelawan dengan anggota tentera akan bersama-sama memantau keadaan di kawasan terjejas," katanya.

Sementara itu, katanya catuan bekalan air di beberapa kawasan di Tampin, Gemencheh serta sebahagian Gemas dan Rembau juga akan dilakukan jika hujan tidak turun di empangan Gemencheh mulai 25 Mac ini.

Katanya ia akan melibatkan lebih 30,000 pengguna.

"Bagaimanapun kita berharap hujan turun di empangan berkenaan kerana jika tidak catuan akan dilakukan mulai 25 Mac ini.
"Empangan Gemencheh ini agak unik sikit sebab ada dua sungai sebagai sumber airnya.

"Satu sungai langsung tiada air (kering) manakala satu lagi 90 peratus airnya sudah tiada. Jadi, ini juga merupakan satu masalah yang mencabar kita," katanya. – BERNAMA

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Pelajar trauma diliwat 4 pelajar senior sekolah <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 15 Mar 2014 05:42 PM PDT

KUALA PILAH – Seorang pelajar berusia 15 tahun trauma selepas diliwat empat pelajar tingkatan lima yang menuntut di sekolah yang sama dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, penjaga mangsa berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pengawal keselamatan hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan pihak sekolah.

Menurutnya, dia yang terkejut apabila mengetahui anak tirinya diliwat bertindak membuat laporan polis pada 13 Mac jam 3.15 petang.

"Kejadian liwat itu berlaku sebanyak tiga kali sejak pertengahan Februari dan kali terakhir pada 10 Mac lalu.

"Susulan laporan polis yang dibuat penjaga berkenaan, pada 14 Mac, sepasukan polis yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah, Asisten Superintendan Normanshah Din menahan empat suspek pada hari yang sama di sekolah tersebut.

"Semua suspek tinggal di asrama begitu juga dengan mangsa," katanya.

Tambahnya, keempat-empat suspek ditahan reman selama empat hari mulai 15 Mac dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Azmi menambah, kes liwat merupakan masalah serius yang perlu ditangani dengan segera.

"Pihak sekolah sepatutnya tidak perlu berselindung berhubung perkara ini sebaliknya terus bertindak melaporkan kepada pihak polis serta ibu bapa mangsa.

"Walaupun kes ini boleh mencemarkan imej sekolah namun ia perlu dipandang serius dan diharapkan pihak sekolah dapat memberi kerjasama yang baik kerana melibatkan pelajar mereka," katanya.

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting untuk mengetahui aktiviti dan kegiatan anak-anak mereka sama ada di sekolah mahupun di luar rumah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

ads