Selasa, 11 Mac 2014

05 di jempol - Google Blog Search

di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search

Catuan Air Di Jempol, Gemas Mulai Esok - MYNEWSHUB.MY ...

Posted: 05 Mar 2014 02:55 AM PST

SEREMBAN – Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas telah kering.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera Syed Sirajuddin yang membabitkan 3,000 pengguna.

"Catuan ini dilakukan berselang hari iaitu satu hari ada, satu hari tiada. Bagi kawasan Jempol kita akan mengambil air dari loji di Jempol manakala, kawasan Gemas dari loji Sawah Raja, Rembau.

"Bekalan air ini akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas. Oleh kerana perjalanan itu jauh, seboleh mungkin kita nak gunakan sebanyak lori tangki yang ada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya walaupun sudah menggerakkan bilik gerakan kemarau dengan semua jabatan dan agensi kerajaan diminta memberikan kerjasama, tetapi pada pandangan beliau ini tidak mencukupi.

"Oleh itu, saya juga telah minta jawatankuasa menangani masalah kemarau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya berbincang dengan persatuan lori-lori tangki Negeri Sembilan untuk kita minta mereka bersama-sama memberikan perkhidmatan secara menyewa lori tangki mereka.

"Saya yakin cara ini lebih berkesan untuk membekalkan air di kawasan terjejas.

"Kita juga akan buat kerahan sukarelawan dengan anggota tentera akan bersama-sama memantau keadaan di kawasan terjejas," katanya.

Sementara itu, katanya catuan bekalan air di beberapa kawasan di Tampin, Gemencheh serta sebahagian Gemas dan Rembau juga akan dilakukan jika hujan tidak turun di empangan Gemencheh mulai 25 Mac ini.

Katanya ia akan melibatkan lebih 30,000 pengguna.

"Bagaimanapun kita berharap hujan turun di empangan berkenaan kerana jika tidak catuan akan dilakukan mulai 25 Mac ini.

"Empangan Gemencheh ini agak unik sikit sebab ada dua sungai sebagai sumber airnya.

"Satu sungai langsung tiada air (kering) manakala satu lagi 90 peratus airnya sudah tiada. Jadi, ini juga merupakan satu masalah yang mencabar kita," katanya. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Catuan Air Di Jempol, Gemas Mulai Esokhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Catuan-Air.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Catuan-Air-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

SEREMBAN - Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas telah kering. Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera...

SEREMBAN - Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas telah kering.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera Syed Sirajuddin yang membabitkan 3,000 pengguna.

"Catuan ini dilakukan berselang hari iaitu satu hari ada, satu hari tiada. Bagi kawasan Jempol kita akan mengambil air dari loji di Jempol manakala, kawasan Gemas dari loji Sawah Raja, Rembau.

"Bekalan air ini akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas. Oleh kerana perjalanan itu jauh, seboleh mungkin kita nak gunakan sebanyak lori tangki yang ada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya walaupun sudah menggerakkan bilik gerakan kemarau dengan semua jabatan dan agensi kerajaan diminta memberikan kerjasama, tetapi pada pandangan beliau ini tidak mencukupi.

"Oleh itu, saya juga telah minta jawatankuasa menangani masalah kemarau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya berbincang dengan persatuan lori-lori tangki Negeri Sembilan untuk kita minta mereka bersama-sama memberikan perkhidmatan secara menyewa lori tangki mereka.

"Saya yakin cara ini lebih berkesan untuk membekalkan air di kawasan terjejas.

"Kita juga akan buat kerahan sukarelawan dengan anggota tentera akan bersama-sama memantau keadaan di kawasan terjejas," katanya.

Sementara itu, katanya catuan bekalan air di beberapa kawasan di Tampin, Gemencheh serta sebahagian Gemas dan Rembau juga akan dilakukan jika hujan tidak turun di empangan Gemencheh mulai 25 Mac ini.

Katanya ia akan melibatkan lebih 30,000 pengguna.

"Bagaimanapun kita berharap hujan turun di empangan berkenaan kerana jika tidak catuan akan dilakukan mulai 25 Mac ini.

"Empangan Gemencheh ini agak unik sikit sebab ada dua sungai sebagai sumber airnya.

"Satu sungai langsung tiada air (kering) manakala satu lagi 90 peratus airnya sudah tiada. Jadi, ini juga merupakan satu masalah yang mencabar kita," katanya. - BERNAMA

Gambar di bawah merupakan gambar pelancong – pelancong luar Negara yang ingin melihat lokasi buaya yang mati itu ditemui. Mereka dikatakan telah mendapat maklumat melalui internet dan televisyen TV3.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search

Bekalan air di Kuala Pilah, Seremban dan Jempol ditutup ...

Posted: 10 Mar 2014 12:11 AM PDT

SEREMBAN: Sebahagian kawasan Kuala Pilah, Seremban dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air esok dan lusa berikutan kerja penyelenggaraan loji rawatan air, pemasangan paip dan injap.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Norzita Ismail berkata gangguan bekalan air selama 24 jam itu bermula pukul 8 pagi esok.

Di KUALA PILAH ia melibatkan kawasan Kampung (Kg) Parit, Kg Parit Seberang, Kg Parit Mainau, Jalan Seremban Lama, Taman Bukit Mutiara, Kg Pulau Jelebu, Asrama Jururawat, Taman Sentosa, Taman Waja, Kolej Jururawat, Pusat Kegiatan Kemas, Kg Jawa, Taman Kian Guan, Taman Sema, Taman Kuala Pilah, Taman Bukit Pilah, Taman Pilah Perdana, Jalan (Jln) Melang, Hotel Desa Inn, Sekolah (Sek) Menengah (Men) Tunku Kurshiah, Kg Tebat Kering, Pekan Kuala Pilah, Kg Pulau Pandan, Kg Kubang Rusa, Kg Tanjong Jati, Kg Kuala Dioh, Kg Sungai Dua Kecil, Kg Sawah Lebar, Kg Telok, Kg Acheh, Taman Cita Jaya, Kg Dioh Tengah, Kawasan Perindustrian Dioh, Kg Dioh Besar, Kg Dioh Kecil, Kg Bukit Temensu, Jalan Pekan Lama, Kg Parit Mungkal dan Taman Impian.

"Gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 malam di Seremban melibatkan seluruh kawasan Mantin, Lenggeng, Pajam, Nilai Perdana, Kuarters KLIA, Broga, Sungai Petai, Jalan Labu Batu 4 hingga Batu 10, Kg Gadong (kawasan India, Cina & Melayu), Taman Sendayan Indah, Bukit Sendayan, Taman Gadong Fasa 1-4, Taman Eka Matahari, Kg Pelebar, Felda Sendayan, Taman Sri Sendayan, Techvalley Park.

"Gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 9 pagi di Seremban melibatkan seluruh Seremban 2, Taman Mantau Indah, S2 Height, Taman Arowana Indah, Taman Arowana Impian, Garden Home, Green Technology Park dan Garden Avenue," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya di Jempol, gangguan bekalan air selama 14 jam mulai 10 pagi, melibatkan kawasan Felda Raja Alias (1,2,3 & 4), Air Hitam, Lui Barat, Lui  Selatan dan Sungai Lui.

Menurut Norzita, gangguan bekalan air selama 16 jam pula akan melibatkan kawasan Jempol mulai pukul 8 pagi, meliputi Taman Industri Bahau, Taman Industri Mahsan, Taman Megah, Kg Mahsan, Taman Mahsan, Taman Sri Mahsan, Rumah Murah Mahsan, Kolej Komuniti Mahsan, Feldajaya Selatan, Taman Teratai, Taman Margosa, Taman Sri Serting, Taman Serting Indah, Taman Serting Utama, Taman Serting Perdana, Rumah Kakitangan Felda Wilayah, seluruh kawasan Bandar Seri Jempol, Kg Serampang Indah, Kg Sg Sampo, Felda Serting Hilir, Rumah Kilang Sawit, Batu Caping, Taman Medang, Taman Kwang Hup, Kg Cina Bahau, Hospital Bandar Seri Jempol, Masjid Tuanku Mukhriz, Bandar Seri Jempol, IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Bandar Seri Jempol, Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol dan Pejabat Majlis Daerah Jempol.

Katanya bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

Norzita berkata kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search

fy: Santai Pemuda Gombak di Kelong Fauzi, Lukut...

Posted: 20 Nov 2013 12:30 AM PST

Terlupa pulak aku nak cerita pasal pengembaraan grup pemuda ni di Kelong Fauzi, Lukut. Dok tengok gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan aku, terselak pulak album ni...
Apa pun, aku tetap suka memancing di kelong ni. Walaupun hasil tangkapan tidak berapa, kelong ni tetap menjadi pilihan aku kalau aku nak pi memancing lagi.
Pada brader Fauzi, terima kasih kerana menyediakan tempat untuk aku melampiaskan otak. InsyaAllah aku dan rakan-rakan akan datang lagi.

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search

RAKYAT MARHAEN: Catuan air akan dilaksanakan di Gemas dan ...

Posted: 05 Mar 2014 06:51 PM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) akan melaksanakan pelan catuan air di kawasan Gemas dan Tampin berikutan Sungai Muar, yang membekalkan sumber air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Gemas Baru menyusut ke paras kritikal.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), pihak Sains telah memohon melaksanakan catuan itu dan akan mengumumkan perincian catuan itu dalam masa terdekat.

"LRA Gemas Baru kebiasaannya merawat air sebanyak 27.7 juta liter sehari (JLH), kini hanya mampu mengeluarkan 12 JLH sahaja iaitu pengurangan sebanyak 15.7 JLH atau 57 peratus," kata kenyataan itu.

Pengurangan pengeluaran air di loji itu akan memberi kesan kepada pengguna-pengguna di Daerah Jempol dan Tampin khususnya di kawasan Felda Palong, Felda Bukit Jalur serta sebahagian kawasan Gemas dan Tampin.

"Adalah dianggarkan sebanyak 13,263 akaun pengguna akan terjejas bekalan air," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu Sains mencadangkan supaya kawasan-kawasan di daerah Jempol dan Tampin dibahagikan kepada empat zon dan setiap dua zon akan menerima bekalan air selama 24 jam secara berselang iaitu sehari mendapat bekalan air dan sehari dicatu sehingga diberitahu kelak.

"Sains akan mengumumkan perincian catuan seperti senarai kawasan yang terlibat, jadual catuan serta lain-lain maklumat penting di media massa dalam masa terdekat," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Sains juga memaklumkan bahawa Empangan Gemenceh kini menyusut dengan kadar yang membimbangkan.

Sains sedang memantau rapi paras air di empangan itu dan akan merujuk kepada Span sekiranya catuan di daerah Rembau diperlukan, kata kenyataan itu. – Bernama

ads