Khamis, 17 Oktober 2013

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di lenggeng - Google Blog Search

Posted: 14 Oct 2013 09:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di lenggeng - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2013 09:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 di lenggeng - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2013 09:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KERENGGA: Umno lawan Umno di Lenggeng

Posted: 03 May 2013 09:00 PM PDT

Perkara ini umumnya tidak disedari oleh pengundi di luar DUN Lenggeng. Tetapi pengundi di dalam DUN Lenggeng yang tidak ada akses kepada maklumat tepat, barangkali sudah mula pening kepala atau keliru dengan situasi yang luar biasa ini.
Jika di DUN atau Parlimen lain cabaran utama adalah di antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon Pakatan Rakyat (Pakatan). Calon bebas sekadar memeriahkan lagi suasana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.
Bagaimanapun di DUN Lenggeng, calon Umno-BN, Datuk Ishak Ismail bukan sahaja menghadapi saingan sengit daripada calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar tetapi daripada pemimpin Umno Lenggeng sendiri.
Pemimpin Umno Lenggeng yang dimaksudkan ialah calon Bebas, Zulkifli Abdullah.
Walaupun Zulkifli Abdullah menggunakan lambang cermin mata sebagai simbol dalam kempen, banner dan kertas undi nanti, kini sudah mula mengedarkan risalah kempen beliau dengan menggunakan logo 1 Malaysia.
Dalam risalah pertama dipetik berkata:
"Pada PRU13 ini kita menyokong sepenuhnya pemerintah yang memerintah (BN), namun kita perlu melihat kesesuaian calon yang dipilih.
"Khas untuk DUN Lenggeng, kita perlu menyokong sepenuhnya dan memberi undi kepada calon bebas Zulkifli Abdullah kerana calon ini bukannya calon bebas dan serpihan PAS, PKR dan DAP. Ianya datang dari Umno kerana beliau menyelamatkan maruah Umno dan BN.
"Kita perlu calon yang selari dengan pemerintahan pusat dan boleh membawa perubahan dan pembangunan di kawasan yang kita duduki. Kita perlu menolak calon yang lama yang mana cara pemikiran dan ideologinya yang lemah.
Malah biodata beliau dalam risalah yang kedua menyatakan jawatan beliau di dalam Umno walaupun beliau telah dipecat bersama 60 lagi pemimpin dan ahli Umno dari seluruh negara yang bertanding sebagai calon bebas oleh pucuk pimpinan Umno sehari selepas penamaan calon.
Dalam biodata tesebut, penglibatan Zulkifli Abdullah dalam politik disebut: 1988: Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Daching, Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Daching dan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seremban.
Tidak jelas sama ada beliau masih memegang jawatan dalam Umno atau ianya bekas jawatan yang beliau pernah pegang.
Zulkifli Abdullah turut menyatakan penglibatan beliau dalam Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) Wilayah Persekutuan dan Jati (Jalur Tiga) Malaysia.
Namun dari 10 manifesto yang beliau senaraikan sekurang-kurangnya tiga perkara yang Zulkifli Abdullah melabelkan sebagai transformasi kesedaran sudah pasti akan menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan di kalangan pengundi.
Tiga perkara tersebut ialah:
• 1Malaysia – Bersama kita seia sekata. Umno Seremban mahukan perubahan corak dan gaya kepimpinan
• 1Suara – Meremaja dan merombak Umno Seremban. Memilih barisan kepimpinan yang baru.
• 1Undi Calon Bebas (Cermin Mata) – Penentu survival Umno Seremban. Mendapat kepimpinan baru atau di takuk lama.

Perkembangan baru ini mungkin juga satu perkembangan positif kepada calon PAS, Zulkefly Omar.
Senario ini akan menimbulkan kemungkinan undi daripada penyokong BN akan berpecah kepada dua iaitu di antara Ishak dan Zulkifli Abdullah.
Walaupun Zulkefly Omar masih berehat dan menerima rawatan di hospital, sudah tentu perbalahan Umno Lenggeng ini akan menguntungkan beliau dan beliau mempunyai potensi besar untuk memenangi kerusi DUN Lenggeng pada hari Ahad, 5 Mei ini.
Di pihak Umno pula apakah tindakan yang menanti Zulkifli Abdullah? Kalau secara teknikal beliau sudah pun dipecat dari Umno. Tetapi risalah kempen beliau jelas mengambarkan seolah-olah beliau mewakili Umno Bahagian Seremban.
Situasi ini sudah pasti memeningkan lagi kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berhadapan dengan PRU yang paling sengit dalam sejarah tanahair.

Lenggeng, Negeri Sembilan Darul Khusus ~ Jelajah Mahaguru58

Posted: 23 Jun 2013 04:57 AM PDT

Salah satu kegemaran saya adalah untuk menjelajah bumi Semenanjung Tanah Melayu ini dengan memandu melalui jalan jalan persekutuan, berhenti di pekan pekan kecil dan merakamkan suasana sekitar didalam bentuk fotografi dan video.

Hari ini saya berkesempatan singgah di Lenggeng, sebuah pekan kecil lama di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus.

Ikuti lah rakaman spontan saya didalam bentuk video dibawah:

Saya tertarik dengan keadaan beberapa kedai papan lama di pekan Lenggeng ini. Walaupun keadaan kedai2 lama ini sesetengahnya sudah uzur namun ada termeterai keindahan senibina dan peradaban lama padanya.

Corak corak pada tingkap kedai kedai diatas bertarikh dari zaman era British dahulu. Cuma sejak kebelakangan ini dipasang kompresor pendingin hawa menurut keperluan zaman ini.Dulu dulu hanya dibuka sahaja tingkap itu dan angin sepoi sepoi bahasa meniup keseluruh ruang atas kedai tersebut.

Sekarang terpaksa lah ditutup sebab nak dinginkan ruang dan untuk mengelakkan debu dan habuk dari jalan didepan terbang masuk! Mujur lantai ruang atas tu terletak tinggi. Jika tidak adalah nanti 'spiderman' merayap masuk menceroboh! :P

Semasa saya singgah di pekan Lenggeng, keadaan jalan nya berdebu disebabkan laluan lori lori pembinaan yang membawa muatan tanah dan pasir. Itulah puncanya kenapa pekan Lenggeng begitu tercemar dengan debu debu di jalan utamanya.

Di tambah pula dengan keadaan berjerebu yang di sebabkan oleh pembakar2 hutan Sumatera, Indonesia yang tidak peduli akan kesan pencemaran udara serantau.

Phua Kong Hing, mekanik motor di pekan Lenggeng begitu mesra memberikan lambaian 'peace' kepada anda para pembaca blog Mahaguru58 yang budiman. Jika lalu disana, singgah lah sekejap bertanya khabar pada nya.

Alang alang saya dah ada kat Lenggeng, daerah pendalaman Nogori Sembilan, makanya saya pun pergilah singgah makan disalah sebuah warung Masakan Minang di Kampong Katop dihujung pekan Lenggeng.

Inilah makanan tengahari saya di sana. Daging masak lomak cili padi dan sepotong ayam goreng berempah. Sodap!!! Tapi kebanyakan isi ayam tu saya sedekahkan pada dua ekor kucing yang datang merayu mengiau ngiau pada saya. Dah rezeki kucing kucing tersebut. :-)

Insya Allah jika ada masa, mahu saya menjelajah lagi.

05 di seremban - Google Blog Search

di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search

Mati Ditembak Dalam Kereta Di Seremban - MyNewsHub

Posted: 25 Apr 2013 07:01 PM PDT

SEREMBAN – Seorang lelaki sempat memandu kereta sejauh kira-kira 40 meter sebaik saja ditembak dari jarak dekat oleh suspek bermotosikal, sebelum dia meninggal dunia apabila kenderaannya hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan.

Kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi di Jalan Seremban-Tampin, berhampiran kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, di sini apabila mangsa, N. Ragunathan, 39, yang memandu kereta jenis Proton Perdana sedang memandu sendirian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, mangsa dalam perjalanan menghala ke bandar Seremban, sebelum berhenti di tepi jalan berhampiran kompleks JPJ itu.

"Berdasarkan maklumat seorang saksi, kereta mangsa kemudian dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna hitam.

"Pembonceng motosikal itu kemudian melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah cuba memandu untuk melarikan diri, bagaimanapun kira-kira 40 meter dari tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas di tepi jalan.

Menurutnya, tembakan suspek mengenai kepala dan badan mangsa.

"Selepas menembak mangsa, suspek dipercayai melarikan diri ke arah Rahang, di sini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hamdan berkata, polis masih menyiasat motif serangan serta sedang mengenal pasti suspek terlibat berdasarkan maklumat saksi.

Katanya, polis percaya masih ada saksi lain yang melihat kejadian itu kerana ia berlaku pada waktu orang sedang ramai.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang tinggal di daerah ini bekerja sebagai orang tengah bagi membantu orang ramai berurusan dengan JPJ," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis sedang masih menyiasat sama ada serangan itu berkaitan dengan beberapa kes tembakan berlaku di bandar ini baru-baru ini.

"Mayat mangsa di bawa ke Hospital Besar Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat. Kita minta saksi tampil kerana apa sahaja maklumat diperolehi boleh membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang enggan namanya disiarkan berkata, ketika kejadian, dia sedang menunggu bas tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Tapi tiba-tiba saya nampak kereta mangsa yang berhenti ditepi jalan didatangi sebuah motosikal.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi tiba-tiba saya dengar bunyi tembakan dan nampak motosikal itu bergerak laju meninggalkan tempat itu," katanya. – Sinar Harian Online

Mati Ditembak Dalam Kereta Di Serembanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Mati-Ditembak.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Mati-Ditembak-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

SEREMBAN – Seorang lelaki sempat memandu kereta sejauh kira-kira 40 meter sebaik saja ditembak dari jarak dekat oleh suspek bermotosikal, sebelum dia meninggal dunia apabila kenderaannya hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan. Kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi di Jalan Seremban-Tampin, berhampiran kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, di sini...

SEREMBAN – Seorang lelaki sempat memandu kereta sejauh kira-kira 40 meter sebaik saja ditembak dari jarak dekat oleh suspek bermotosikal, sebelum dia meninggal dunia apabila kenderaannya hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan.

Kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi di Jalan Seremban-Tampin, berhampiran kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, di sini apabila mangsa, N. Ragunathan, 39, yang memandu kereta jenis Proton Perdana sedang memandu sendirian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, mangsa dalam perjalanan menghala ke bandar Seremban, sebelum berhenti di tepi jalan berhampiran kompleks JPJ itu.

"Berdasarkan maklumat seorang saksi, kereta mangsa kemudian dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna hitam.

"Pembonceng motosikal itu kemudian melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah cuba memandu untuk melarikan diri, bagaimanapun kira-kira 40 meter dari tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas di tepi jalan.

Menurutnya, tembakan suspek mengenai kepala dan badan mangsa.

"Selepas menembak mangsa, suspek dipercayai melarikan diri ke arah Rahang, di sini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hamdan berkata, polis masih menyiasat motif serangan serta sedang mengenal pasti suspek terlibat berdasarkan maklumat saksi.

Katanya, polis percaya masih ada saksi lain yang melihat kejadian itu kerana ia berlaku pada waktu orang sedang ramai.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang tinggal di daerah ini bekerja sebagai orang tengah bagi membantu orang ramai berurusan dengan JPJ," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis sedang masih menyiasat sama ada serangan itu berkaitan dengan beberapa kes tembakan berlaku di bandar ini baru-baru ini.

"Mayat mangsa di bawa ke Hospital Besar Tuanku Ja'afar, di sini untuk bedah siasat. Kita minta saksi tampil kerana apa sahaja maklumat diperolehi boleh membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang enggan namanya disiarkan berkata, ketika kejadian, dia sedang menunggu bas tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Tapi tiba-tiba saya nampak kereta mangsa yang berhenti ditepi jalan didatangi sebuah motosikal.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi tiba-tiba saya dengar bunyi tembakan dan nampak motosikal itu bergerak laju meninggalkan tempat itu," katanya. - Sinar Harian Online

SEREMBAN 24 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kekal bersaing jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau apabila tempoh bertenang selama 72 jam tamat hari ini.

Beliau dicabar oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, Datuk Mohamad Rais Zainuddin yang juga Ketua UMNO Cawangan Air Hitam, Chembong.

Dengan tamatnya tempoh bertenang itu bermakna kesemua lapan Ketua UMNO bahagian di negeri ini sama ada dicabar secara satu lawan satu atau tiga penjuru dalam pemilihan kali ini.

Hanya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memenangi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau tanpa bertanding. - UTUSAN ONLINE

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search

Ismail Lasim dicabar Samad jawatan ketua di Kuala Pilah | N9 Kini ...

Posted: 21 Sep 2013 02:57 AM PDT

SEREMBAN 21 Sept. – Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim hari ini dicabar Ketua Penerangannya, Datuk Abd. Samad Ibrahim untuk jawatan tersebut pada pemilihan parti itu yang akan diadakan bulan hadapan.

Abd. Samad yang datang sendiri menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian itu di Wisma UMNO pada pukul 11 pagi tadi memberitahu, dia mahu melonjakkan prestasi parti itu khususnya di Kuala Pilah serta menjadikan ia sumber kekuatan bangsa Melayu.

"Saya mahu melakukan transformasi dalam UMNO Bahagian Kuala Pilah ini dan melihat ia relevan kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar di Wisma UMNO di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti memberitahu, selain memperkasakan UMNO, beliau akan bekerja kuat untuk memastikan Kuala Pilah ini menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Jelasnya lagi, UMNO Bahagian Kuala Pilah perlu diberi nafas baharu dan perubahan wajar dilakukan demi memastikan kekuatannya.

"Saya berjanji akan terus berusaha gigih dan memberikan sepenuh komitmen kepada parti. Jika kita tidak berubah dan masih statik seperti biasa, saya bimbang pengundi yang akan berubah nanti," ujarnya. – UTUSAN ONLINE

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search

Pasar Ampangan jadi tumpuan orang ramai menjelang Hari Raya ...

Posted: 14 Oct 2013 11:53 AM PDT

SEREMBAN 14 Okt. - Pasar Ampangan menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli bahan mentah seperti daging, ayam, ikan, santan dan keperluan lain sebagai persiapan juadah sempena menyambut Hari Raya Aidiladha esok.

Walaupun persiapan menyambut Aidiladha tidak sehebat di beberapa kawasan di Pantai Timur, namun tinjauan Utusan Malaysia di pasar Seremban mendapati bekalan daging tidak mencukupi manakala di pasar Ampangan pula, harga santan naik kepada RM8.

Salah seorang pengunjung, Rozilawati Mohd Taib, 45, beliau datang ke pasar Ampangan ini setelah mendapati bekalan daging tidak mencukupi di pasar Seremban.

''Pagi tadi saya ke pasar Seremban untuk membeli barang keperluan terutamanya daging tetapi sudah habis. Pada mulanya saya memang kecewa tetapi saya faham mungkin penjual hanya menjual bekalan secara sederhana," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dekat sini, pagi tadi.

Sementara itu, Dr. Faridah Nazir, 45, berkata, beliau datang awal ke pasar untuk membeli santan sebagai persediaan untuk menyiapkan juadah hari raya.

''Saya datang waktu begini pun sudah ramai yang beratur untuk membeli santan. Hari ini harga santan naik sedikit iaitu sekilo RM8, selalunya hari biasa sekilo RM7," katanya.

Sementara itu, bagi seorang peniaga, Zulkifli Akhir, 50, berkata, bekalan daging ayam untuk menyambut Hari Raya Aidiladha mencukupi memandangkan penggunaan bekalan itu dikatakan tidak begitu tinggi berbanding sambutan Aidilfitri.

''Seperti tahun-tahun sebelum ini, kami hanya mengambil bekalan sebanyak 600 ekor tetapi jika hendak dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri, kami akan menyediakan bekalan dua atau tiga kali ganda," katanya.

Pada hari-hari biasa, mereka menjual ayam sekilo RM8.30 tetapi sempena menyambut hari perayaan, harga ayam turun iaitu RM7.90 sekilo.

ads