Selasa, 8 Oktober 2013

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lenggeng</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lenggeng</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Sep 2013 09:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Catatan Lama - BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di lenggeng</b> - Google <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2013 09:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Lenggeng</b>, Negeri Sembilan Darul Khusus ~ Jelajah Mahaguru58

Posted: 23 Jun 2013 04:57 AM PDT

Salah satu kegemaran saya adalah untuk menjelajah bumi Semenanjung Tanah Melayu ini dengan memandu melalui jalan jalan persekutuan, berhenti di pekan pekan kecil dan merakamkan suasana sekitar didalam bentuk fotografi dan video.

Hari ini saya berkesempatan singgah di Lenggeng, sebuah pekan kecil lama di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus. 

Ikuti lah rakaman spontan saya didalam bentuk video dibawah:

Saya tertarik dengan keadaan beberapa kedai papan lama di pekan Lenggeng ini. Walaupun keadaan kedai2 lama ini sesetengahnya sudah uzur namun ada termeterai keindahan senibina dan peradaban lama padanya.


Corak corak pada tingkap kedai kedai diatas bertarikh dari zaman era British dahulu. Cuma sejak kebelakangan ini dipasang kompresor pendingin hawa menurut keperluan zaman ini.Dulu dulu hanya dibuka sahaja tingkap itu dan angin sepoi sepoi bahasa meniup keseluruh ruang atas kedai tersebut.

Sekarang terpaksa lah ditutup sebab nak dinginkan ruang dan untuk mengelakkan debu dan habuk dari jalan didepan terbang masuk! Mujur lantai ruang atas tu terletak tinggi. Jika tidak adalah nanti 'spiderman' merayap masuk menceroboh! :P


Semasa saya singgah di pekan Lenggeng, keadaan jalan nya berdebu disebabkan laluan lori lori pembinaan yang membawa muatan tanah dan pasir. Itulah puncanya kenapa pekan Lenggeng begitu tercemar dengan debu debu di jalan utamanya.

Di tambah pula dengan keadaan berjerebu yang di sebabkan oleh pembakar2 hutan Sumatera, Indonesia yang tidak peduli akan kesan pencemaran udara serantau.


Phua Kong Hing, mekanik motor di pekan Lenggeng begitu mesra memberikan lambaian 'peace' kepada anda para pembaca blog Mahaguru58 yang budiman. Jika lalu disana, singgah lah sekejap bertanya khabar pada nya.

Alang alang saya dah ada kat Lenggeng, daerah pendalaman Nogori Sembilan, makanya saya pun pergilah singgah makan disalah sebuah warung Masakan Minang di Kampong Katop dihujung pekan Lenggeng.

Inilah makanan tengahari saya di sana. Daging masak lomak cili padi dan sepotong ayam goreng berempah. Sodap!!! Tapi kebanyakan isi ayam tu saya sedekahkan pada dua ekor kucing yang datang merayu mengiau ngiau pada saya. Dah rezeki kucing kucing tersebut. :-)


Insya Allah jika ada masa, mahu saya menjelajah lagi.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


05 <b>di nilai negeri sembilan</b> - Google Blog Search - BlOG NEGERI <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2013 09:36 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kedahkini: HOT ! 99% PASAR BORONG <b>NILAI</b> 3 DIKUASAI <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2013 02:39 AM PDT


K'jaan NS gagal bela peniaga Bumiputera di Nilai 3

Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh.


SEREMBAN: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), hari ini berang dan mendakwa Kerajaan Negeri Sembilan gagal membela nasib peniaga Bumiputera yang ingin berniaga di Pusat Borong Nilai 3.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata beliau kecewa kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan kerana gagal membuka peluang kepada peniaga Bumiputera untuk berniaga di Pusat Borong Nilai 3.

"Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh.

"Saya mendapat aduan dan saya difahamkan ada yang tidak mempunyai permit. Saya juga tahu peniaga warga asing ini dilindungi oleh seorang yang berpengaruh yang berpangkat Datuk.

"Ramai peniaga Bumiputera yang membuat aduan pada saya, apabila mereka cuba berniaga di Nilai 3, mereka diugut oleh samseng yang dikatakan diupah oleh Datuk tersebut.

"Saya pelik kenapa kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Jabatan Imigresen gagal untuk mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing di Nilai 3.

"Apakah wujud unsur rasuah?



Warga asing

"Jika peniaga tempatan buat silap sikit, mereka dikenakan kompaun dan ada kalanya gerai mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan. Tetapi peniaga warga asing diberi layanan istimewa.


"Kenapa Kerajaan Negeri Sembilan membiarkan peniaga warga asing berleluasa di Nilai 3?, tanya Mohd Ridzuan.

Ridzuan berkata sebelum sambutan Hari Raya, beliau menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung kebanjiran peniaga warga asing di seluruh negara.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengeluarkan kenyataan mengenai seramai 45,000 warga asing dilindungi oleh majikan.

"KDN berkata tangkapan akan dibuat selepas Hari Raya tetapi saya belum nampak lagi sebarang tindakan untuk menangkap peniaga warga asing secara besar-besaran.

"Saya juga akan menghantar satu lagi memorandum kepada KDN dalam masa terdekat berhubung hasrat kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh.

"Angka ini membimbangkan kerana 1.4 juta orang itu merupakan lima peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Ini belum termasuk warga Bangladesh tanpa permit ketika ini.

"Saya menuntut penjelasan dari KDN agar memberi pecahan berapa ramai pekerja Bangladesh yang hendak digunakan mengikut sektor.

"Kerajaan kata mereka mewujudkan projek mega untuk membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

"Jika 1.4 juta pekerja Bangladesh di bawa masuk, apa jaminan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan dalam projek mega? Habis rakyat tempatan nak ke mana?, soal Mohd Ridzuan lagi. ~ fmt


05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


!!..911Bell119..!!: Tautan Mahabbah <b>di Port Dickson</b>

Posted: 29 Sep 2013 07:17 AM PDT

Hamdallah. Segalanya berjalan lancar.
Family besar syariah. Ini cuma sebahagian. Ada sebahagian lagi tertinggal kat UKM. haha

Final year sahaja :) 


Angin sangat kuat. Memang syok main layang2.

Program kali nie happy. Walaupun kali  nie aku ditugaskan dibahagian penerbitan dan dokumentasi, tapi gambar tetap ada sebab kak Ain bawak kamera dia sekali..yeayy!! So..win-win situation. Aku ambik gambar kak Ain, Kak Ain ambik gambar aku. hiks~!
Kak Dayah tak dapat ikut sebab sakit. Kesian kak dayah. Get well soon! Gambate! Final year hampir ke kemuncaknya kak dayah! :)

Seronok giler kacau si bella nie main. haha!


Not my team tapi menyibuk je. Team nie banyak main tipuu..tak acii!! Nasib baik aku tak jadi juri, Kalau tak pening kepala nak bagi markah. Kena berlaku adil gituuu~!
Tak puas bella, nur pun aku kacau. ngeh3x..stress!!


Cukuplah sekadar ini sahaja. Next programme adalah program aku pulak di Terengganu. Serius risau sangat. Berdasarkan masalah yang berlaku pada program-program yang lepas, aku akan ambik iktibar dan cuba improve better untuk program aku kali ini. Bukan setakat bawa nama Universiti, malah kelab, jabatan,fakulti dan imej Islam itu sendiri. Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli dan juga Jabatan Agama Islam Terengganu. InsyaAllah. Doakan segalanya berjalan lancar. 

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Live Streaming Pahang vs <b>Negeri Sembilan</b> 17 September 2013 <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2013 08:16 PM PDT

Live Streaming Pahang vs Negeri Sembilan 17 September 2013 - Piala Malaysia | Hari ini aksi kedua peringkat kumpulan Watson Piala Malaysia 2013 berlangsung di mana semua perlawanan dilangsungkan di sebelah malam di RTM TV 1 yang melibatkan pertembungan antara Pahang vs Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur, Kuantan jam 8.45 malam
LINK LIVE STREAMING PAHANG VS NEGERI SEMBILAN
- | HT | Matias Conti 52' (PHG) | Gopinathan 70' (PHG) | Azidan 84' (PHG) | FT
Hasmizan 29' o.g (KEL) | HT | Indra Putra 59' (KEL) | Ashaari 76' (TER) | Badhri Radzi 86' (KEL) | FT

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


2 Anak Iban dari Sarawak mati lemas <b>di Gemas</b>, Negeri Sembilan <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2013 07:38 PM PDT


Tampin: "Sebelum ke sekolah, kebiasaannya Bibi (Rachellyna Evenis Elvis) akan mencium kedua-dua belah pipi saya, namun semalam (kelmarin) aneh pula, apabila dia hanya keluar rumah dan terus ke sekolah," kata Joblin Umbang, 39, ibu kepada seorang daripada dua kanak-kanak perempuan yang lemas di sebuah kolam pancing berhampiran Taman Rekreasi Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, dua sahabat baik, Rachellyna Evenis Elvis dan Clarise Haizer Endyfim, 11, kedua-duanya murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin, dekat sini, ditemui lemas dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam berkenaan.

Joblin berkata, anak kedua daripada empat beradik itu keluar rumah pada jam 6.30 pagi untuk ke sekolah dan pulang jam 2 petang sebelum keluar semula untuk ke kelas tambahan Bahasa Inggeris dan Matematik di sekolahnya 30 minit kemudian.

"Sebelum ke sekolah pagi semalam (kelmarin), tiba-tiba dia meminta mengetip kuku dan bercerita kisah zaman kanak-kanak antara dia dan kakaknya, Michelle yang berusia 14 tahun.

"Saya hairan kenapa dia berkelakuan aneh, namun tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk akan berlaku," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, kelmarin.

- Mr.J via Hmetro 1/10/2013

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

ads