Jumaat, 5 Julai 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Gangguan bekalan air di 4 daerah <b>di Negeri Sembilan</b> hari ini - N9Kini

Posted: 01 Jul 2013 05:30 PM PDT

SEREMBAN, 02 Julai : Beberapa kawasan di daerah Rembau, Tampin, Jelebu dan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air esok (hari ini) berikutan kerja penyelenggaraan loji rawatan air, menaik taraf pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di loji dan pemasangan injap.

Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Zulkifli Ibrahim berkata di Rembau, gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi membabitkan Taman Datuk Maharajalela, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sedia Raja, Rumah Rakyat Chembong, Jalan Kampung Chembong, Kampung Berkat, Kampung Ampang Batu, Kampung Masjid Tanah dan Kampung Chembong Air Hitam.

"Selain itu, Kampung Baru Chembong Air Hitam, Kawasan Industri Chembong, Taman Desa Chembong, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Tanjung Sena Ulu, Sekola Teknik ERT Rembau, Kampung Rendah, Kayu Ara, Rumah Undang Rembau, Taman Kebun Kelapa dan KTM Rembau," katanya di sini, semalam.

Katanya di Tampin, gangguan bekalan air juga selama 12 jam mulai 8 pagi membabitkan Felda Sungai Kelamah 1, 2 dan 3, Kampung Sungai Dua, Kampung Tenai, Maju Ternak, Kampung Kurnia Diraja, kilang papan Jalan Gemas, Felda Jelai 1, 2, 3 dan 4, Felda Pasir Besar, Kampung Pasir Besar dan Felda Palong 1.

Di Jelebu, gangguan bekalan air adalah selama sembilan jam mulai 8 pagi membabitkan Pekan Titi, Felda Titi, Sungai Muntoh, Kampung Puom, Kampung Chennah, Penjara Titi dan Perikanan Titi.
Sementara itu, Zulkifli berkata di Seremban, gangguan bekalan air adalah selama 16 jam mulai 8 malam melibatkan seluruh kawasan Seremban 2, Oakland, Jln Labu Batu 2 hingga Batu 10, kawasan rehat dan rawat Seremban, Taman Bukit Kepayang, Taman Bukit Kristal dan Taman Mutiara Galla, Galena, kawasan perindustrian Nilai 2 dan 3, Taman Semarak 1 dan 2, industri ringan Semarak 2, Rumah Rakyat Batang Benar, Taman Mutiara, Sungai Mahang, Taman Murni, Bukit Inai, Taman Melor, Kampung Sungai Mahang, Pekan Nilai, Taman Ban Aik, Taman Ros Merah, Taman Datuk Shahbandar Batu 13 dan Jln Labu Batu 10 hingga Batu 14.

Menurutnya, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. – Bernama

Sumber : Metro

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 03:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 03:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

smk bandar baru <b>serting</b>: Selamat Bertugas <b>Di</b> Tempat Baru...

Posted: 29 Jan 2013 04:15 AM PST

Watak penting di smkbbs iaitu Cikgu Hamdan Husin telah naik pangkat dan bertugas di tempat baru. Sesungguhnya rakan-rakan di smkbbs sangat terharu di atas perpindahan ini.  Terharu kerana  kehilangan seorang guru dan rakan yang baik, pemurah, penyayang, suka belanja rakan-rakan dan sangat mengambil berat. Selain itu, rakan-rakan yang tinggal rasa terharu kerana  'terpaksa' bersama-sama menggalas tugas-tugas yag ditinggalkan. Antara tugas besar yang beliau tinggalkan  ialah Setiausaha PIBG, Bos  Besar Majalah, MC Majlis-majlis Perdana,  Pakar Rujuk PBS, dan kadang-kadang menjadi pakar rujuk apabila rakan-rakan mengalami masalah rumah tangga! 
Sekarang fahamlah kami betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul oleh Cikgu Hamdan selama ini..
Cikgu.... Selamat bertugas di tempat baru. Pandai-pandailah membawa diri.. Didoakan berjaya dan cemerlang di sekolah yang baru.

pistol nakal: GEMPAR! Kenapa Dengan BN Dun <b>Serting</b>? Ramai <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 12:00 AM PST

Menurut sumber yang boleh dipercayai, akan berlaku sesuatu di Dun Serting dan hal ini berkaitan dengan kerajaan Barisan Nasional. Apa tidaknya, satu bantuan kewangan yang dijanjikan atas usaha kerajaan Barisan Nasional ini akan disampaikan kepada masyarakat DUN SERTING.
Maka beramai-ramailah masyarakat di Dun Serting akan keluar untuk menerima bantuan kewangan bernama Bantuan Rakyat 1Malaysia ini. INGAT! Ini BR1M, adalah untuk 1 Malaysia. Sesiapa yang layak memohon dan permohonan diluluskan, akan menerima bantuan ini. Tidak mengira pahaman dan ideologi politik.
MAJLIS PENYAMPAIAN BR1M 2.0
TARIKH : 13 FEBRUARI 2013 (RABU)
TEMPAT : DEWAN KOMPLEKS RAKAN MUDA BANDAR SERI JEMPOL
*SILA BAWA SURAT DAN KAD PENGENALAN

smk bandar baru <b>serting</b>: Pesta Pantun 2013 Daerah Jempol

Posted: 13 Mar 2013 05:42 AM PDT

Tahniah kepada pasukan pemantun smk Bandar Baru Serting kerana telah berjaya menjadi Juara Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Jempol 2013. Pemantun-pemantun sekolah ini telah berjaya mengalahkan pasukan pemantun dari Sekolah Integrasi Jempol (Intej) dalam perlawanan akhir yang diadakan di Dewan Bestari smk Bandar Baru Serting.
Tahniah juga kepada Pasukan Bicara Berirama smkbbs yang juga telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut pada minggu lepas. Tahniah.. Didoakan kedua-dua pasukan akan berjaya dalam pertandingan seterusnya. Insya Allah.

ads