Selasa, 7 Mei 2013

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Kempen Terakhir <b>di</b> Dun <b>Juasseh</b> : PakatanRakyatNS

Posted: 04 May 2013 10:33 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SPR tidak telus!katanya dakwat kekal berjam-jam tapi sekali kene sabun abis dah! SELAMAT MENGUNDI KEPADA SETIAP PENGUNDI YANG PERGI MENGUNDI..JANGAN PANGKAH YANG LAIN PASTIKAN PANGKAH ...

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


KERENGGA: Umno lawan Umno <b>di Lenggeng</b>

Posted: 03 May 2013 09:00 PM PDT

Perkara ini umumnya tidak disedari oleh pengundi di luar DUN Lenggeng. Tetapi pengundi di dalam DUN Lenggeng yang tidak ada akses kepada maklumat tepat, barangkali sudah mula pening kepala atau keliru dengan situasi yang luar biasa ini.
Jika di DUN atau Parlimen lain cabaran utama adalah di antara calon Barisan Nasional (BN) dan calon Pakatan Rakyat (Pakatan). Calon bebas sekadar memeriahkan lagi suasana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.
Bagaimanapun di DUN Lenggeng, calon Umno-BN, Datuk Ishak Ismail bukan sahaja menghadapi saingan sengit daripada calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar tetapi daripada pemimpin Umno Lenggeng sendiri.
Pemimpin Umno Lenggeng yang dimaksudkan ialah calon Bebas, Zulkifli Abdullah.
Walaupun Zulkifli Abdullah menggunakan lambang cermin mata sebagai simbol dalam kempen, banner dan kertas undi nanti, kini sudah mula mengedarkan risalah kempen beliau dengan menggunakan logo 1 Malaysia.
Dalam risalah pertama dipetik berkata:
"Pada PRU13 ini kita menyokong sepenuhnya pemerintah yang memerintah (BN), namun kita perlu melihat kesesuaian calon yang dipilih.
"Khas untuk DUN Lenggeng, kita perlu menyokong sepenuhnya dan memberi undi kepada calon bebas Zulkifli Abdullah kerana calon ini bukannya calon bebas dan serpihan PAS, PKR dan DAP. Ianya datang dari Umno kerana beliau menyelamatkan maruah Umno dan BN.
"Kita perlu calon yang selari dengan pemerintahan pusat dan boleh membawa perubahan dan pembangunan di kawasan yang kita duduki. Kita perlu menolak calon yang lama yang mana cara pemikiran dan ideologinya yang lemah.
Malah biodata beliau dalam risalah yang kedua menyatakan jawatan beliau di dalam Umno walaupun beliau telah dipecat bersama 60 lagi pemimpin dan ahli Umno dari seluruh negara yang bertanding sebagai calon bebas oleh pucuk pimpinan Umno sehari selepas penamaan calon.
Dalam biodata tesebut, penglibatan Zulkifli Abdullah dalam politik disebut: 1988: Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Daching, Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Daching dan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seremban.
Tidak jelas sama ada beliau masih memegang jawatan dalam Umno atau ianya bekas jawatan yang beliau pernah pegang.
Zulkifli Abdullah turut menyatakan penglibatan beliau dalam Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) Wilayah Persekutuan dan Jati (Jalur Tiga) Malaysia.
Namun dari 10 manifesto yang beliau senaraikan sekurang-kurangnya tiga perkara yang Zulkifli Abdullah melabelkan sebagai transformasi kesedaran sudah pasti akan menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan di kalangan pengundi.
Tiga perkara tersebut ialah:
  • 1Malaysia – Bersama kita seia sekata. Umno Seremban mahukan perubahan corak dan gaya kepimpinan
  • 1Suara – Meremaja dan merombak Umno Seremban. Memilih barisan kepimpinan yang baru.
  • 1Undi Calon Bebas (Cermin Mata) – Penentu survival Umno Seremban. Mendapat kepimpinan baru atau di takuk lama.

Perkembangan baru ini mungkin juga satu perkembangan positif kepada calon PAS, Zulkefly Omar.
Senario ini akan menimbulkan kemungkinan undi daripada penyokong BN akan berpecah kepada dua iaitu di antara Ishak dan Zulkifli Abdullah.
Walaupun Zulkefly Omar masih berehat dan menerima rawatan di hospital, sudah tentu perbalahan Umno Lenggeng ini akan menguntungkan beliau dan beliau mempunyai potensi besar untuk memenangi kerusi DUN Lenggeng pada hari Ahad, 5 Mei ini.
Di pihak Umno pula apakah tindakan yang menanti Zulkifli Abdullah? Kalau secara teknikal beliau sudah pun dipecat dari Umno. Tetapi risalah kempen beliau jelas mengambarkan seolah-olah beliau mewakili Umno Bahagian Seremban.
Situasi ini sudah pasti memeningkan lagi kepala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berhadapan dengan PRU yang paling sengit dalam sejarah tanahair.

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 May 2013 03:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 03:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2013 03:05 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di mambau</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Feb 2013 03:02 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bantuan Awal Persekolahan 2013 <b>di</b> NS berjumlah RM19.7 juta

Posted: 23 Jan 2013 03:21 PM PST

Mambau, 23 Jan – Dalam belanjawan 2013 lalu, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meluluskan peruntukan RM540 juta pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 sehingga ke tingkatan 5 tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.

Hari ini bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyampaikan kepada 1292 orang pelajar SMK Mambau daripada 831 keluarga. Manakala seramai 560 orang pelajar daripada 350 keluarga dari SRK Mambau.

Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Puan Hjh Kalsom bin Khalid, "di Negeri Sembilan, bantuan yang diterima hampir RM19.7 juta."

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar di dalam ucapannya pula berkata, bantuan dari belanjawan 2013 untuk rakyat ini sahaja menelan perbelanjaan hampir RM8 bilion banyaknya.

Beliau hadir bagi menyampaikan amanah Perdana Menteri kepada pelajar-pelajar seperti yang dijanjikan.

Katanya, "Ini dikatakan bantuan.. ia bukannya rasuah. Jika rasuah, awal-awal lagi tidak dicadangkan di dalam belanjawan 2013. Malah ini merupakan kesinambungan dari bentuk bantuan yang pernah kerajaan Barisan Nasional sempurnakan pada tahun 2012. "

Apabila Perdana Menteri mendapati, kerajaan mampu menghulurkan bantuan ini sekali lagi, maka pada tahun ini ianya diteruskan.

"Inilah keprihatinan pemimpin utama yang memikirkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Oleh itu marilah kita sama-sama bersyukur.." ujar beliau.

Ibu bapa dinasihatkan agar ambil tahu pendidikan anak-anak di sekolah kerana hanya dengan pendidikan sahaja menjamin masa depan generasi ini.

Beliau turut menafikan pihak yang menyatakan bantuan khas dari kerajaan ini berbentuk rasuah. Bantuan seumpama ini jarang ada di negara luar dan mungkin tidak ada.

"Kita perlu bersyukur, sebelum ini kerajaan membantu dari segi bantuan kepada barangan keperluan, seperti petrol, gula, minyak, gas dan sebagainya. Tetapi kebanyakan daripada kita, tidak merasainya."

"Apabila di beri bantuan khas seumpama ini, kita dapat melihat rakyat sedar bahawa kerajaan prihatin ke atas rakyat. " tambah beliau lagi.

Menteri Besar turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar PMR 2012 yang mendapat keputusan cemerlang.

Turut hadir, Puan Hajah Kalsom Mohd Khalid, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

N9 Kini – Portal Berita Negeri Sembilan

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Detikdaily - PAS sengit hadapi BN <b>di Jelebu</b>

Posted: 04 May 2013 12:07 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Wawancara Ikuti temubual wartawan Inikalilah, NYZA AYOB bersama calon PAS di Parlimen Jelebu, Aiman Athirah Al Jundi pada 28 April lalu . Beliau juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Mu slimat PAS Pusat.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


PANEH MIANG©: Pintu Syurga <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 02 May 2013 08:22 PM PDT

ads