Jumaat, 8 Februari 2013

05 di ampangan - Google Blog Search

05 di ampangan - Google Blog Search


CERITO N9: Penjaja dan peniaga <b>Ampangan</b> puas hati.

Posted: 23 Jan 2013 03:30 AM PST

SEREMBAN - Penjaja dan peniaga kecil Melayu yang menjalankan perniagaan terutamanya kedai makan di Ampangan, dekat sini berpuas hati dengan bangunan sementara yang dibina kerajaan bagi meneruskan operasi harian mereka.
Menurut mereka, bangunan itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti air dan elektrik, selain selesa untuk dikunjungi pelanggan.
Seorang peniaga, Azizah Aziz, 65, berkata, dia merupakan orang pertama yang berpindah ke bangunan sementara itu, selepas kerajaan negeri merobohkan bangunan lama untuk mendirikan sebuah kompleks perniagaan di situ.
"Kita amat menyokong pembangunan ini, apatah lagi memberikan keselesaan pada masa hadapan kepada pengunjung dan peniaga di pusat penjaja Ampangan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tegasnya, biarpun ia cuma bangunan sementara jelas sekali kerajaan tidak melakukannya sambil lewa, sebaliknya telah mengambil kira pelbagai aspek.
"Pusat penjaja yang lama dahulu terlalu sempit dan sebab itulah kerajaan mahu membangunkannya. Lagipun bangunan itu sudah uzur. Terima kasih kerana prihatin dengan nasib peniaga dan penjaja di sini," ujarnya.

Azizah berkata, ketika ini bekalan air dan elektrik diberikan percuma oleh kerajaan sehingga bangunan sebenar siap kelak.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjaja dan Peniaga Cawangan Bandar Baru Ampangan, Zainal Abidin Harun, 54, memberitahu, pihaknya berterima kasih di atas usaha kerajaan membangunkan pusat penjaja di situ, sekali gus memberi imej baru kepada penduduk di Ampangan.

"Kita ketepikan masalah yang dihadapi penjaja. Apa yang perlu dinyatakan ialah rasa syukur dengan usaha kerajaan untuk menaik taraf pusat penjaja di Ampangan ini," katanya.

Bendahari persatuan itu, Aslinah Ali, 50, yang telah berniaga selama 22 tahun di situ melihat perubahan ini sesuatu yang dinantikan ramai peniaga di situ.

"Tempat lama dahulu terlalu banyak masalah, kedai sudah uzur, longkang sering tersumbat, tandas pula tidak berfungsi dengan baik, malah kebersihan juga sukar dijaga sehingga menyebabkan perniagaan kami merosot.

"Kami berharap dengan bangunan sementara serta pembangunan kompleks yang baru kelak, ia akan dapat menarik kehadiran pengunjung yang lebih ramai ke pusat perniagaan ini," katanya.

Bagaimanapun, Aslinah berharap kerajaan dapat membantu menyediakan lebih banyak tong sampah besar dan meletakkan papan tanda yang lebih jelas supaya orang ramai sedar kewujudan bangunan sementara itu.

Pada September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baru Pusat Penjaja Ampangan bernilai RM8.9 juta.

Kerja-kerja pembinaan Kompleks Medan Selera Ampangan yang didirikan di atas tapak berkeluasan 2.2 hektar itu dijangka siap pada April 2014.

Bangunan yang berkonsepkan Istana Lama Seri Menanti itu bakal menempatkan 60 buah lot kedai dengan kemudahan 600 tempat duduk berbanding bangunan lama yang menempatkan 40 gerai dan kurang daripada 500 tempat duduk.


Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


jamilah ujang: anak <b>juasseh</b> sekolahnya <b>di</b> tibies - tampang

Posted: 05 Feb 2013 12:17 PM PST



Bapa saya, Sarjan  Mejar Ujang bin Amin anak orang Kampong Juasseh, Kuala Pilah. Emak saya Halimah bt Anjang berasal dari Kelantan. Mereka berjumpa di Kuala Terengganu semasa bapa saya mula berkhidmat sebagai polis biasa dan emak saya pula tinggal di rumah abangnya, seorang Sarjan Polis. Mereka dirunding-rundingkan dan bernikah pada tahun 1940. Mereka tidak mendapat sebarang anak sehinggalah tahun 1946 apabila saya dilahirkan, semasa bapa saya masih berkhidmat di Terengganu. Saya adalah anak tunggal. Emak saya meninggal di Hospital Besar Melaka pada tahun 1989 semasa berumur 67 tahun. Ketika itu saya telah berkahwin dan  suami saya menjadi Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Melaka.  Bapa saya pula meninggal pada tahun 2007 setelah mencapai usia 87 tahun. 
Saya membesar di berek polis di Terengganu sehingga berumur lapan tahun. Sepanjang saya ingat bapa saya adalah seorang Ketua Balai Polis (OCS) berpangkat Sarjan dan hidup kami selalu sahaja berpindah-randah di tempat yang tidak ada sekolah. Dalam tahun 1953 semasa bapa saya menjadi OCS Balai Polis Air Puteh dalam Daerah Kemaman, Terengganu, dan rumah kami pula bersebelahan dengan Balai Polis, masih segar dalam ingatan saya akan suatu peristiwa yang sangat menyayat hati yang saya tidak akan lupa di sepanjang hayat saya.Tiap kali saya teringatkan peristiwa itu, atau apabila saya bercerita mengenainya, saya akan berasa sebak dan selalunya menitiskan air mata.


 Pada suatu awal pagi semasa kami tiga beranak sedang menikmati sarapan di rumah, tiba-tiba muncul seorang lelaki Melayu dan membisikkan sesuatu kepada bapa saya.Kalau tak silap saya bapa saya dengan cemas menanyakan kenapa lambat sangat?!! Sekarang ini tahulah saya bahwa orang itu adalah seorang "informer". Saya lihat bapa saya dalam keadaan cemas itu terus bergegas mengenakan pakaian unifomnya. Sambil itu dia menyuruh emak dan saya cepat-cepat bersiap untuk masuk ke dalam kubu bawah tanah di bawah rumah kami.Dari dalam rumah saja kami boleh buka pintu di lantai dan terus terjun ke dalam kubu di bawah.Semua bangunan polis dalam perkarangan balai itu masing-masing ada mempunyai kubu dalam tanah di bawahnya. Sambil bapa saya keluar dari rumah, kami dua beranak pun masuk ke dalam kubu. Dari dalam kubu itu saya boleh melihat apa-apa yang berlaku di luar sebab rumah kami itu jenis yang bertiang rendah dan masih ada ruang untuk menjengah keluar.Pada masa itu keadaan sudah mula menjadi kelam kabut kerana bapa saya telah menjeritkan arahan kepada para anggota polis dan Homeguard yang berada di kawasan balai memberi isyarat bahwa balai polis itu akan diserang.
Kalau tak silap saya loceng gila,( iaitu loceng tembaga besar yang digoncang secara manual untuk dibunyikan) juga sempat dibunyikan. Tetapi malangnya pada anggaran saya, belum pun pihak polis sempat bersedia sepenuhnya, mereka telah diserang dengan senjata api oleh kumpulan pengganas komunis dari atas bukit kebun getah kira-kira 200 ke 300 meter di hadapan balai polis itu.Tembak- menembak yang dahsyat bunyinya berlaku antara kedua belah pihak. Dari dalam kubu itu saya dapat melihat beberapa orang anggota polis yang cedera kena tembakan dan diheret ke tepi oleh rakan-rakan lain dengan darah berlumuran. Episod berbalas tembak itu berlarutan untuk beberapa lama sehingga bantuan sampai dari Kemaman lebih kurang 10-15 batu jauhnya dari Air Puteh.Mereka turut terlibat dalam tembak-menembak itu.
Apabila keadaan telah reda dan pihak pengganas berundur dari bukit itu, saya berasa amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana bapa saya terselamat dan balik ke rumah meninjau keaadan kami.Tetapi saya menangis teresak-esak apabila bapa saya memberitahu bahwa Pakcik Homeguard yang selalu memanja-manjakan  saya dulu telah terkoban bersama anak lelakinya yang juga seorang anggota Homeguard. Bapa saya memberitahu bahwa apabila anaknya kena tembakan, Pakcik Homeguard itu telah pergi menghampirinya untuk memberi bantuan. Pada ketika itulah Pakcik Homeguard turut terkena tembakan dan kedua-dua beranak itu menemui ajal mereka di situ juga.
 Saya dapat tahu selanjutnya, bahwa pasukan bantuan yang datang dari Daerah Dungun dan Kuantan telah diserang hendap oleh kumpulan pengganas komunis dan dibom semasa dalam perjalanan ke Air Puteh. Perjalanan mereka telah tergendala dan ada yang turut cedera, walaupun mereka sampai juga ke Air Puteh setelah keadaan reda. Saya tidak ingat berapa orang anggota polis dan Homeguard yang terkorban atau cedera dalam kejadian itu.Apa yang pasti, mereka telah berkhidmat dan terkorban untuk mempertahankan negara. Di pihak pengganas komunis itu tidak ada sebarang kematian kerana mereka berada di atas bukit dan dilindungi oleh pokok-pokok getah. Saya tidak pasti sama ada episod ini terakam atau tidak di dalam sejarah Negara. Yang terkorban itu, malahan semua mereka yang terlibat dalam pertempuran itu tetap terabadi sebagai "the unsung heroes". Kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada semua mereka itu yang kini telah pergi kembali menemui Penciptanya.
Pada tahun 1954 semasa saya berumur lapan tahun bapa saya ditukarkan ke Ladang Geddes di Negeri Sembilan sebgai OCS Balai Polis Ladang Geddes. Di situ juga tidak ada Sekolah Melayu, melainkan sebuah Sekolah Inggeris untuk anak-anak penduduk ladang dan penduduk sekitarnya. Bapa saya tiada pilihan dan masukkan saya ke sekolah Inggeris itu. Antara para penuntut di situ ada murid-murid Melayu, China, India dan juga Inggeris. Di situlah saya mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Di situ juga dikatakan tempat komunis bersarang.Setelah melalui pengalaman pahit di Air Puteh, Terengganu sebelum itu, bapa saya memikirkan strategi bagi mengekalkan keamanan di kawasannya untuk mengelakkan daripada tragedi di Air Puteh itu berulang kembali. Strategi bapa saya ialah mendakati kaum China di kedai-kedai di Ladang Geddes itu, bukan sahaja untuk menjalin perhubungan dan rapport dengan penduduk setempat, tetapi juga untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak polis.Saya kira usaha bapa saya itu sungguh mendalam sehinggakan beliau menjadi sangat fasih berbahasa China. Strategi ini nampak sangat berkesan kerana sepanjang kami berada di Ladang Geddes itu tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kami di Ladang Geddes  lebih kurang setahun sahaja. Pada tahun berikutnya (1955) kami ditukarkan pula ke Rompin, Negeri Sembilan di mana bapa saya menjadi OCS Rompin. Di Rompin juga tidak ada sekolah Melayu. Yang ada cuma Sekolah Cina. Sekali lagi kami tiada pilihan dan saya dimasukkan ke Sekolah Cina. Bila ada peperiksaan saya dapat nombor satu.
Pada hujung tahun 1955 nenek saya datang dari Kampong Juasseh ke Rompin. Saya ingat kata-katanya, berbunyi lebih kurang…. "…Jang, apo nak jadi e kek anak kau ni, dah sekolah Cino pulak. Dah lah anak soghang…Taun dopan kau masukan lah dio sekolah Joseh. Bia dio diam somo omak…"Pada awal tahun 1956 saya masuk Darjah Satu di Sekolah Melayu Juasseh setelah berumur hampir 10 tahun. Oleh kerana saya sudah berumur, apabila ada ujian sekolah saya dapat nombor satu juga. Dalam pada itu bapa dan emak saya tiap-tiap minggu berulang alik dari Rompin ke Juasseh menziarahi saya. Kami berasa amat tidak selesa dalam keadaan sebegini sehingga bapa saya memohon bertukar ke tempat yang ada sekolah Melayu.
Kira-kira bulan Mac tahun 1956 bapa saya bertukar menjadi OCS Air Kuning, Negeri Sembilan  dan dapatlah saya masuk ke Sekolah Umum Air Kuning South masih dalam Darjah Satu.Guru Besar pada masa itu adalah orang Rembau, iaitu Allahyarham Cikgu Ambia, bapa kepada Allahyarham Dato' Ismail Ambia. Apabila saya mendapat keputusan cemerlang di hujung tahun itu saya terus dinaikkan ke Darjah Tiga pada Tahun 1957. Diebabkan saya sudah berumur dan telah melalui banyak pengalaman saya masih dapat nombor satu semasa Darjah Tiga itu, dan sekali lagi saya dilompatkan naik ke Darjah Lima pada tahun berikutnya (1958). Dalam Tahun 1959 semasa dalam Darjah Enam saya menduduki peperiksaan di Sekolah Umum Gemenchih untuk kelayakan masuk ke Form I (Remove) dan saya seorang sahaja yang lulus daripada Sekolah Umum Air Kuning South dalam peperiksaan itu.
Pada tahun 1960 bapa saya ditukarkan ke Gemas, tetapi tidak ada pulak kelas Form I (Remove), maka sayapun terpaksa bersekolah di Tuanku Besar School, Tampin dalam Form I (Remove).Form Teacher saya pada masa itu ialah Mr. Sen. Saya terpaksa berulang alik naik bas dari Gemas ke Tampin selama dua tahun. Pada tahun 1962 bapa saya ditukarkan menjadi OCS Rembau dan saya terus berulang alik pula dari Rembau ke TBS Tampin dengan menaiki bas. Saya bersekolah di TBS sehingga penghujung Tahun 1964 sewaktu dalam Tingkatan Empat. 
TBS Prefects'Board 1962: Kelihatan Head Prefect, S. Parameswaran nombor empat dari kanan di barisan hadapan.Sementara Khalid Rahman nombor limaa dari kiri barisan belakang.
Yang saya masih ingat naik bas bersama dengan saya adalah kawan-kawan seperti Norbaya, Che Om, Napsiah, Faizal Mahmood, Abdul Rahman, Samihah dan yang lain-lain yang saya sudah lupa. Kawan-kawan dalam kelas yang saya tak akan lupa ialah Marzuki Harun yang terkenal dengan kenakalannya. Saya masih ingat juga Rahmah Ali, Sharifah, Azizah Kassim, Allahyarham Ashishah,Nabjeah, Ahmad, Kamariah, Fatimah. Yang lain-lain saya tak ingat nama mereka. Head Boys yang saya ingat ialah Khalid Rahman dan mendiang S. Parameswaran (Param).
 Dara pujaan TIBIES 1964? Baris depan duduk: Dari kiri Azizah Kassim, Jamilah Ujang dan Norbaya Shafie. Jamilah Ujang mungkin boleh kenalkan dara-dara yang berdiri di belakang. 
Khalid Rahman, Head Boy 1963 (kiri) dikunjungi Allahyarham Mohd. Zain Mohd Yassin dan Zahriman Alias di kediaman Khalid di Setiawangsa Hari Raya  yang lalu.
Pada penghujung tahun 1964 bapa saya dinaikkan ke pangkat Sarjan Mejar dan telah ditukarkan ke Daerah Polis Kemaman, Trengganu. Maka baliklah saya bersekolah di Terengganu, iaitu Sekolah Menengah Sultan Ismail Kemaman, Terengganu Tetapi Guru Besar sekolah itu masih orang Negeri Sembilan jugak, iaitu Puan Zaleha Mohd Said dan beliau adalah anak kepada mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu Allahyarham Dr. Mohd Said.
Saya mengenali rapat bakal suami saya semasa saya masih di TBS Tampin dalam Tingkatan Empat.  Komunikasi kami hanyalah melalui surat menyurat dan sekali sekala menerusi telefon. Itu pun saya terpaksa pergi ke Balai Polis Rembau yang berdekatan untuk menuggu panggilan setelah dijanjikan awal-awal lagi. Bakal suami saya pada masa itu adalah seorang Inspektor Percubaan Polis dan beliau menjadi Inspektor Kawasan Parit di Perak di bawah Daerah Polis Batu Gajah. 
Suami JU, Dato' Nordin (kiri) disambut Presiden Alumni TBSST, Zahriman Alias dan Setiausaha Car Lim Aboo di majlis pot luck Kubu Gajh, 3 Fbruari 13 lalu.
Kami berkahwin di Kampong Juasseh pada 12 April 1966 semasa suami saya berkhidmat di Daerah Polis Ipoh. Pada tahun 1967 suami saya diarah berkhidmat sebagai pegawai pinjaman di dalam perkhidmatan Badan Pencegah Rasuah(BPR) yang mula ditubuhkan pada 1hb. Oktober, 1967. Mula-mula kami ditukarkan ke Kota Kinabalu, Sabah selama lebih dari dua tahun. Selepas itu kami telah ditukarkan ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Ibupejabat BPR Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak.
Semasa di Melaka saya telah mengikuti suami ke London kerana beliau ditempatkan di Commonwealth Secretariat, London. Semasa kami duduk di Melaka juga, iaitu antara tahun 1984 dan 1989 saya terjumpa mendiang Param yang menjadi doktor di Hospital Besar Melaka semasa beliau merawat anak lelaki saya yang sakit. Beliau sangat gembira berjumpa saya dan suami saya dan seterusnya kami menjalin perhubungan yang agak rapat. Malangnya semasa kami masih berada di Melaka, Dr. Param telah meninggal dunia kerana serangan jantung dalam usia yang masih muda.
Nabjeah Aziz (kiri) , satu kelas dengan Jamilah (1964) di TBS. Kelihatan Nabjeah bersama Zakaria Osman (1957) di mjlis pot luck Kubu Gajah 3 Fbruari 13.
Selepas Sarawak suami saya telah ditukarkan balik ke Ibupejabat BPR pada tahun 1990 memegang beberapa jawatan sehinggalah beliau menjadi Timbalan Ketua Pengarah dan bersara pada May 1998. Sejak balik dari Sarawak dalam tahun 1990 hinggalah sekarang kami telah menetap dengan tenangnya di Kuala Lumpur, dikelilingi oleh jiran tetangga yang akrab dari berbilang kaum. Anak-anak kami cuma sebanyak tiga orang sahaja dan masing-masing telahpun berumah tangga dan kini kami dihiburkan oleh sebelas orang cucu.  

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


perladangan gaharu <b>di lenggeng</b> - salam dari negeri beradat...

Posted: 01 Sep 2009 02:00 AM PDT

Di ladang gaharu Saudara Zul Kerja-kerja pembajaan
Di sinilah lokasi penanaman gaharu

Sudah sampai masanya saya nak ceritakan projek penanaman gaharu yang saya telah usahakan kira-kira 5 bulan lalu di Kg Jelebu, Lenggeng Negeri Sembilan.

Saya mula mengenali apa itu gaharu ketika mana saya berjumpa secara tak sengaja rakan lama saya Saudara Zulkifli Omar di Bandar Seremban. Apabila bertanyakan perkembangannya dia memberitahu saya projek terkininya sekarang ialah menanam gaharu. Gaharu? Mulanya saya tak berminat tetapi setelah mendengar ceramah beliau tentang gaharu di Sekolah Agama Rakyat Gedung Lalang, Seremban saya mula tertarik dengan potensi gaharu.

Lantas saya terus mencari maklumat gaharu ini di internet dan ternyata gaharu adalah satu anugerah Allah yang sangat bernilai jika kita berusaha dengan gigih dan sabar. Setelah melawat kebun gaharu saudara Zul di Lenggeng saya lantas mengambil keputusan untuk menjadi salah seorang bergelar 'Gaharuman' di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Masalah pertama saya adalah tanah . Nak tanam kat mana gaharu ni tanah tak ada ? Namun dengan pertolongan Saudara Zul beliau telah mencari seekar tanah dari orang kampong di Lenggeng dan akhirnya dapatlah tanah seorang Imam masjid di Kg Jelebu Lenggeng dengan kadar sewa yang berpatutan.

Tanah dah dapat tapi setelah di kaji kos penanaman gaharu untuk seekar tanah adalah 1,000 pokok . Sebatang anak benih gaharu RM 12 kalau 1,000 pokok dah RM 12,000! Tak termasuk kos pembajakan tanah , kos upah penanaman, sewa pajak tanah , buat pagar , pembajaan dan lain-lain. Nak tahu berapa modalnya? Modalnya adalah RM 21,000 untuk seekar bersamaan 1,000 pokok! Mak oii … banyak modal rupanya tanam gaharu ni!

Jadi masalah ke dua adalah modal. Namun kata orang hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Memandangkan kos yang tinggi saya terpaksa mencari partner untuk berkongsi modal. Akhirnya seorang rakan saya yang turut mendengar ceramah Saudara Zul juga berminat , apa lagi kami berkongsi modal untuk memulakan projek 1,000 pokok gaharu yang diimpikan. Bagi saya daripada di simpan duit tu dalam bank tak akan ke mana-mana , lebih baik berusaha sesuatu yang baru walaupun risikonya tetap ada. Mana ada benda tak ada risiko ? Jual burger pun ada risiko… yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal ke hadrat Allah.

Maka hari yang ditunggu telah tiba , kerja hari pertama ialah membajak dan merata tanah. Tanah di situ sebenarnya di tanam dengan pokok pisang, tapi demi projek gaharu pokok-pokok pisang tu terpaksa di sondol oleh traktar , sedih juga tengok pokok-pokok pisang tu rebah tapi apa nak buat, tuan tanah pun dah setuju… redah je! Maka siaplah kerja meratakan tanah. Step seterusnya adalah menggali lubang dan kerja-kerja menggali lubang ini di uruskan oleh pekerja Saudara Zul. Selesai menggali lubang maka anak pokok gaharu mula di tanam maka dengan itu bermulalah usaha-usaha untuk menjaga pokok gaharu tersebut dengan sebaiknya.

Kini setelah 5 bulan penanaman, kami hanya memantau perkembangan pokok gaharu dalam sebulan sekali. Pembajaan juga telah dilakukan dengan menggunakan baja gunung berapi dan baja tahi lembu. Kerja kerja pembajaan ini kami buat sendiri je, keluar jugak la peluh. Badan pun sihat. Tapi kerja-kerja membersihkan lalang-lalang di kebun kami upah Mat Indon di sekitar kampong tu. Yang kesiannya Mat Indon tu membersihkan menggunakan cangkul bukan dengan mesin rumput, sakit-sakit badannya sampai dia kata pada kami – 'kerja gila Pak! capek… ' . Kesian pulak , tapi berbaloi la kami pun bagi upah bukan kerja free!

Di sekitar tempat kami menaman gaharu tu ada sebuah kandang kambing import jenis boer. Nak di jadikan cerita dah beberapa kali kambing jenis Boer tu menceroboh masuk ke dalam kebun gaharu kami. Ini lah yang dikatakan cobaaannn ….. habis gondol daun gaharu kami dikerjakan ! Bukan main berpesta dia 'makan besar' dengan menjadikan daun gaharu makanan lazat nya , kambing ni bukan tau pokok tu harga RM 12.00 sepokok… dihanyaknya semacam. Sedih botul den… Apo nak buek

Walaupun kebun tu dah berpagar tetapi biasalah nama pun kambing, ada lubang sikit je dia dapat menyelinap masuk , terpaksa lah kami membaik taraf pagar kami agar lebih kukuh bagi mengelakan si kambing masuk lagi! Nak tak nak kena keluar lagi modal tambahan. Partner saya punya brutal terus jumpa tuan kambing dan minta tuan kambing tu jaga la baik-baik kambingnya sebelum kami sembelih kambing-kambingnya pula…. Partner saya tu pulak memang suka makan kambing…. Eloklah tu .

Walaubagaimana pun syukur juga pokok-pokok tu tak mati, ada jugalah yang mati tapi tidaklah terlalu banyak. Apa yang penting kita harus berusaha selebihnya bertawakal kepada Allah .
Rasul SAW bersabda yang maksudnya

" Sesiapa yang menanam sepohon pokok , di jaga dengan sabar dan peliharalah ia sehingga ia berhasil, maka Allah akan mengira buahnya , tidak kira siapa pun yang bermanafaat darinya sebagai amalan jariah kepada penanamnya - ( Hadis Riwayat Ahmad)

Ingatlah bahawa di dalam Islam usaha pertanian adalah satu usaha yang mulia dan amat di galakkan. Perdadangan gaharu hari ini bernilai lebih 4 billion dan terus meningkat tanpa reda. Tetapi, masa hadapan gaharu bukan lagi pada pokok gaharu yang tumbuh liar di hutan belantara tetapi pohon gaharu yang di tanam secara perladangan. Kepada pengusaha yang cekal , perusahaan gaharu menawarkan peluang untuk menjadi jutawan dan dengannya nanti bolehlah membayar zakat dengan rezeki kurniaan Allah itu.

Oklah cukup sampai di sini nanti saya akan ceritakan lagi perkembangan gaharu ni dari semasa ke semasa.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Ketua Pemuda @KhairyKj Sampaikan BR1M 2.0 <b>Di Paroi</b> - Unit <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 02:58 PM PST


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu langkah BN untuk membantu rakyat dengan pemberian wang tunai hasil kutipan dan simpanan dari cukai oleh kerajaan. Itu antara isu ucapan Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin semasa majlis penyampaian BR1M 2.0 di Paroi, Negeri Sembilan hari ini.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Kerajaan Nafi Anjur Pesta Seks <b>di Port Dickson</b>.

Posted: 26 Dec 2012 06:00 AM PST

alt

PUTRAJAYA, 26 Mei - Kementerian Pelancongan hari ini menafikan Tourism Malaysia terlibat dalam penganjuran pesta seks di Port Dickson, Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu kesal dengan tindakan sebuah syarikat yang menganjurkan pesta tersebut Sabtu lepas dan memberi gambaran salah bahawa ia disokong Tourism Malaysia.

"Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat tersebut.

"Kementerian serta Tourism Malaysia tidak pernah menyokong kegiatan berkenaan atau memberi kebenaran untuk penggunaan logo pada acara tersebut.

Kementerian juga tidak menyokong kegiatan yang berunsurkan gejala negatif walaupun ia berlandaskan pelancongan," katanya.

Kementerian Pelancongan memandang serius perkara itu dan akan melakukan satu siasatan menyeluruh bagi mengelak insiden sedemikian terus berleluasa, sekaligus memberi persepsi buruk terhadapnya dan Tourism Malaysia.

Sebelum ini, sebuah akhbar tabloid melaporkan polis berjaya menggagalkan penganjuran pesta yang dikenali sebagai 'Moon Soon Beach Party' di Port Dickson yang lengkap dengan pentas dan minuman keras.

Penganjur pesta dikatakan mengguna nama sebuah hotel terkemuka dan Tourism Malaysia untuk menjual tiket secara dalam talian pada harga RM165 seorang.

Malah pihak pengunjung disaran berbikini dan berseluar pendek sebagai tema pakaian pada malam penganjuran tersebut.

Walaubagaimanapun pesta seks yang dirancang sekumpulan remaja diberkas pihak polis, yang dilengkapi dengan pentas dan sistem pembesar suara dihidangkan dengan minuman keras.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Waghih Senaling: YB Khalid Samad <b>di Kuala Pilah</b>! Jemput Hadir <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2013 07:33 AM PST

[unable to retrieve full-text content]YB Khalid Samad di Kuala Pilah! Jemput Hadir Beramai-ramai! Posted by waghih Senaling at 5.2.13 · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook. Labels: 1] CERAMAH dan AKTIVITI ...

ads