Rabu, 28 November 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Cetusan Mukara: <b>Juasseh</b>: Wajib dimenangi PR kali ini!

Posted: 28 Nov 2012 11:51 PM PST

Menjelang PRU-13 yang mungkin berlaku samada Disember ini atau Mac 2013 akan datang, Dun Juasseh adalah antara kawasan yang wajib dimenangi oleh Pakatan Rakyat kali ini. Juasseh secara hakikatnya bukan lagi kubu kuat Umno-BN di Negeri Sembilan sebagaimana Sungai Lui atau Bagan Pinang atau Kota.
Sejak era Reformasi 99, pengaruh Umno sebenarnya telah merundum dan ditolak oleh majoriti pemilih Melayu di Juasseh. Cuma kelemahan gerakan politik Keadilan selepas tahun 2003 di seluruh Kuala Pilah menyebabkan Umno-BN kembali memperbaiki sokongan rakyat. Lebih 70 peratus pemilih Juasseh adalah kaum Melayu dan gelombang perubahan hasil ledakan Reformasi 99 hampir menjerumuskan Umno kepada kekalahan waktu itu!
Sebagaimana yang disebut dalam analisa terdahulu, PRU 1999 memperlihatkan gelombang perubahan yang luarbiasa di seluruh Parlimen Kuala Pilah. Kawasan ini antara parlimen dalam Negeri Sembilan mencatat kemenangan Umno-BN di bawah majoriti tiga ribu undi selain daripada Rasah. Kuala Pilah juga mencatat sejarah pilihanraya Negeri Sembilan dengan semua calon Umno menang di peringkat dun dengan majoriti hanya bawah 1,100 undi!
Dalam PRU 1999, Umno melalui calonnya Hasan Malek (Ahli Parlimen Kuala Pilah kini) memenangi Juasseh dengan kelebihan kemenangan 985 undi. Ia merupakan majoriti kemenangan terendah yang pernah dicatatkan oleh Umno sejak 1959 (dahulu Juasseh sebahagian daripada dun Ulu Muar dan Terentang). 
Juasseh ketika itu mempunyai 8,736 pemilih berdaftar dengan lebih 73 peratus adalah pemilih Melayu. Ombakan peralihan sokongan pemilih Melayu kepada Barisan Alternatif ketika itu melonjak sehingga 75 peratus. Hasan Malek mendapat undi popular 55.99% manakala calon Keadilan memperolehi 40.21%. Peratus keluar mengundi waktu adalah 71.46% atau 6,242 pemilih. Jika tidak kerana undi bukan yang 80 peratus memihak BN, ada kemungkinan besar Umno tewas di Juasseh. Keadilan diwakili oleh Shamsul Bahri Shamsudin.
Kemerosotan pengaruh Barisan Alternatif khusus Keadilan selepas tahun 2001-2004 memberi ruang terbaik buat Umno-BN memperbaiki sokongan. Jelas ketika itu, kehangatan Reformasi 99 merundum dan hampir sahaja memadam api perjuangan Keadilan.

Kemerosotan pengaruh itu terbukti dalam PRU 2004 dengan Umno memenangi Juasseh melalui Razi Kail dengan majoriti 3,064 undi. Razi mendapat undi sebanyak 4,672 undi (72.58%) manakala calon Keadilan-Roslan Alias mendapat 1,608 undi sahaja atau 24.98%. Jumlah keluar undi adalah 6,437 orang (74.82%).

PRU 2004 benar-benar mengembalikan semula sokongan Melayu kepada Umno di seluruh Kuala Pilah dengan semua dua (kecuali Seri Menanti) mencatat majoriti kemenangan melebihi dua ribu undi.

Suasana kembali berubah pada PRU 2008 apabila perolehan undi Umno-BN sedikit merosot. Razi Kail dikekalkan sebagai calon Umno dan memperolehi 4,169 undi manakala calon Keadilan, Encik Ghazali Othman mendapat 2,101 undi. Kali ini Razi memenangi Juasseh dengan majoriti 2,068 undi. Jumlah keluar mengundi ketika itu adalah 6,430 orang (75.69%). Secara analisa data, berlaku peningkatan atau swing undi yang diterima oleh calon Keadilan sebanyak 31 peratus.

Situasi Semasa

Keributan dalam Umno Kuala Pilah bukan perkara sembunyi-sembunyi lagi. Bak 'tolo tombolang pocah busuk sekampung' inilah yang sedang dialami oleh Umno Kuala Pilah. Pertentangan hebat di antara Ketua Bahagiannya-Ismail Lasim juga Adun Senaling dengan Timbalannya-Hasan Malek yang bercita-cita untuk menjadi MB Negeri Sembilan. Bau 'tolo tombolang pocah' ini sudah menjangkiti dan merebak di pelusuk Kuala Pilah. Mereka bukan berbicara soal untuk menang pilihanraya tetapi berperang untuk mengangkat calon-calon dari pasukan masing-masing!

Hasrat Hasan Malek itu tidak lagi disimpan-simpan malah dengan sengaja digebang-hebah kepada sekalian alam di Kuala Pilah dan Negeri Sembilan. Mengikut perkhabaran yang disampaikan oleh beberapa individu dari Kuala Pilah, dikatakan Ismail Lasim akan bertanding di parlimen manakala Hasan Malek akan kembali ke Juasseh.

Jika benar itu berlaku, maka kedudukan Adun sedia ada kini iaitu Razi Kail bakal dicantas! Malahan Razi sendiri masih menyatakan minat untuk menjadi calon sekali lagi. Umno masih lagi belum menyelesaikan calonnya di Juasseh. Malah ada akar umbi Umno di Juasseh menyatakan jika Hasan Malek bertanding, mereka akan mengundi calon Keadilan!

Keadilan Kuala Pilah juga dikatakan telah menamakan beberapa nama yang berpotensi untuk diangkat sebagai calon di Juasseh. Antara yang disebut-sebut adalah Penyelaras PR Jemapoh, Haji Rosli Omar, Ketua AMK Kuala Pilah-Helmi Maarof dan mantan calon PRU 2004 yang juga Naib Ketua Keadilan Kuala Pilah-Haji Roslan Alias.

Dalam menilai kredibiliti dan keupayaan, Haji Rosli Omar dilihat lebih terkedepan. Malah beliau juga anak tempatan Juasseh dan menetap di situ. Beliau juga telah disebut-sebut sebagai sosok yang layak untuk mewakili Keadilan di Juasseh.

Potensi

Ruang untuk Pakatan Rakyat memenangi Juasseh kali ini nampaknya lebih terbuka berbanding PRU 2008. Selain daripada lambang parti menjadi pilihan pemilih untuk mengundi, faktor calon menjadi penentu kedua yang menarik perhatian pemilih.

Jika Keadilan meletakkan Haji Rosli Omar sebagai calonnya di Juasseh, beliau dilihat mampu untuk memberi saingan yang terbaik kepada Hasan Malek. Ini kerana Haji Rosli berada di sekitar 'telapak' berbanding dengan Hasan Malek. Faktor itu memberi kelebihan kepada beliau selain daripada dikenali masyarakat tempatan.

Andainya lain calon ditampilkan, peluang itu ada namun agak sukar. Ia bermaksud bakal calon itu harus bekerja kuat bagi menghadapi saingan Umno di Juasseh. Sentuhan kepada pengundi wajar dipergiatkan agar keyakinan pemilih itu dapat dijelmakan untuk memilih calon PR.

Pemilih

Berikut pecahan pemilih di Juasseh mengikut Suku Tahun Kedua Tahun 2012 mengikut kaum;

Jumlah Pemilih: 9,411
Melayu: 7,458 (79.25%)  Cina: 1,224 (13.01%)  India: 539 (5.73%)  Orang Asli: 161 (1.71%)

Adalah dijangka pada PRU 13 akan datang, peratus keluar mengundi bagi Juasseh adalah 76 peratus atau 7,153 orang pemilih. Mungkin peratusan sama boleh berlaku sebagaimana PRU 2008 iaitu sekitar 6,500 orang pemilih keluar mengundi.

Jangkaan Penulis:

PR: 51%
BN: 49%

Rujukan data keputusan pilihanraya:

1. http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&pg=keputusan/NegeriSembilan_N15.htm
2. http://web7.bernama.com/events/elect2004/results/2004/negerisembilan.html
3. http://web7.bernama.com/events/elect2004/results/1999/negerisembilan.htm
4. Statistik Daftar Pemilih SPR SKT2 2012.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di</b> Seremban, Jempol, <b>Tampin</b>, Gemencheh <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 12:00 AM PST


SEREMBAN - Beberapa kawasan di Seremban, Jempol, Tampin, Gemencheh dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja pengalihan paip dan penyelenggaraan loji rawatan air.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air itu akan bermula pukul 9 pagi hingga 9 pagi keesokannya (7 Nov) di Seremban melibatkan seluruh bandar Seremban, Temiang, Templer, Lobak, Jalan Rasah, Mambau, Batu-5 Jalan Kuala Sawah, Jalan Sa'ba, Jalan Rahang dan Jalan Labu Lama.

"Di Jempol, gangguan bekalan air bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam melibatkan Felda Sungai Lui dan Felda Lui Barat, manakala gangguan bekalan air mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam di Tampin pula melibatkan Kampung Keru, Taman Repah, Kampung Repah, Kampung Seri Repah, kawasan industri Repah dan Taman Gunung Mas.

"Turut terlibat ialah kawasan industri Gunung Mas, Taman Woon, Taman Bahagia, Taman Tampin, Kampung Baru, Kampung Tampin Tengah, Hospital Baru Tampin, Kampung Dusun, Taman Tampin Jaya, Rumah Rakyat Repah, Kampung Kolam Air, Taman Bukit Tampin, Taman Sri Berlian dan Taman Rasa Sayang," katanya di sini, hari ini.

Azlan berkata di Gemencheh gangguan bekalan air pada waktu yang sama (8 pagi-8 malam)  melibatkan Taman Orkid, Taman Gembira, Taman Gemencheh Baru, Ladang Regent, Taman Regent, Taman Muhibbah, kawasan Batang Melaka dan Kampung Punggor.


   
Sementara itu, gangguan bekalan air di Rembau pada waktu yang sama (8 pagi-8 malam) melibatkan seluruh kawasan Kendong, Kota, Gadong, Legung Ulu, Legung  Hilir, Bongek, Chengkau, Nerasau, Penajis, Miku, Selemak, Astana Raja, Semerbok, Kampung Durian Daun, Kampung Pulau Besar, Kampung Pulau Bukit, Kampung Pulau Mampat, Kampung Fajar Harapan, Kampung Batang Nyamor, Kampung Chenong Ulu dan Kampung Lada.

Selain itu, gangguan juga berlaku di Mukim Tanjung Kerling, Batu Hampar, Taman Seri Rembau, Kampung Chuai, Pekan Rembau, Sena Ulu dan Hilir, Kampung Rendah Kayu Ara, Senama, Desa Permai Mampong, Kampung Mampong, Petronas Rembau, Shell Rembau, Pejabat Daerah Rembau, Majlis Daerah Rembau, Kampung Mulia, Kampung Seberang Sawah, Kampung Perigi Jernih dan Kampung Tebing Tinggi.

Azlan berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat terutama di beberapa kawasan tinggi yang pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Bernama

IKLAN TEKS: Ingin membeli produk insurans Etiqa Takaful? Sekitar Kuala Pilah. Telefon 0123280345 untuk temujanji. Jangan pandang remeh pada sesuatu yang anda rasa tidak perlu sekarang. Suatu hari nanti pasti anda terasa menyesal. Yang anda rasa tidak perlu ini sebenarnya yang akan memberikan sesuatu yang terbaik kala kesempitan.

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Nadi Irfan: KENANGAN BERSAMA ENCIK PARIS <b>DI REMBAU</b>

Posted: 11 Nov 2012 06:40 AM PST

====================Tautkan Kasih==================
Sempat berkunjung ke kediaman en. Paris di Rembau Negeri Sembilan bersama ust. Sheikh Salim, ust. Mohd. Rizuan dan ust. Mohd. Razif.
En. Paris merupakan mantan staf kedutaan semasa kami menuntut di bumi Maghribi dahulu. Beliau amat mengambil berat tentang kebajikan kami , sakit demam, makan dan minum semuanya disoal bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif untuk belajar. Tambahan pula, kesemua kami berjauhan dengan keluarga tersayang.

 RUMAHNYA
Ini kali kedua saya berkunjung ke teratak beliau yang telah berusia hampir 144 tahun. Tarikh tercatat di pintu rumah dalam bentuk ukiran indah 1289H. Namun, kayunya masih kukuh, binaannya masih teguh. Kagum saya.
Sebenarnya saya ada sedikit pengalaman pahit bersama beliau.
Kisahnya bermula apabila saya bersama ust. Dr. Abd. Razak telah memasang niat untuk merantau di utara benua Afrika. Pengembaraan itu menerusi jalan darat yang akan merentasi bumi Algeria, Tunisia, Libya dan terus memasuki Mesir. Dari Mesir, kami akan terbang pulang ke Maghribi. Itu perancangan kami selama sebulan cuti musim panas.
Bagi memohon restu kebenaran pegawai kedutaaan untuk merantau, maka saya bersama sahabat saya ini bertemulah dengan en Paris bagi memaklumkan hasrat di hati, di samping memohon nasihat, barang sepatah dua sepanjang berada di perjalanan itu nanti.
Katanya ringkas, tapi padu dan tepat. Dengan mata memandang ke meja, tangan sibuk mengatur fail, suara antara kedengaran dan tidak, "Jaga paspot tu baik-baik, ia lebih penting dari wang saku yang kamu bawa".
Dipendekkan cerita, kamipun bertolaklah dengan kereta api tepat jam 1 pagi dari stesen Kereta api Kenitra menuju ke Telimsan, Algeria. Petang keesokannya kamipun sampai di sana. Keadaan tanahnya agak berbukit, memang memenatkan kami.
Dikhabarkan penduduk di sini, boleh tahan jelitanya dek siraman salji pada musim sejuk. Bermata biru dan berkulit putih kegebuan, katanya.
Kami diperkenalkan oleh seseorang untuk bermalam di masjid. Petugas masjid itu melayan kami dengan amat mesra. Ikatan ukhuwwah bersama beliaupun terjalin. Sambil menjamah makan malam, kami berbual-bual tentang masyarakat umat Islam di sini. Berkebetulan, pada masa itu, parti Islam baharu sahaja menang pilihan raya.
Beliau memberitahu kami dengan bersungguh-sungguh. Katanya, "Kami menggerakkan tenaga muda dan wanita untuk memberi laluan kepada jemaah Islam bertapak. Akhirnya kami berjaya".

Memang benar kata-katanya itu. Semasa kami bersolat fardhu di salah sebuah masjid di sini, saya perhatikan ahli jemaah masjid yang begitu ramai bersolat jemaah, semacam solat Jumaat ramainya.
  
Pengendali masjid pula, atau kita panggil AJK masjid, semuanya muda-muda dan bergerak pantas. Apa yang menarik perhatian saya, apabila khatibnya itu adalah seorang yang masih muda, dalam lingkungan 40-an. Kelihatan begitu bersemangat sekali. Suaranya amat bertenaga. Penampilannya begitu berani dan berkeyakinan. Patutlah mereka menang.
Nak dijadikan cerita, selesai solat jumaat, saya bersama sahabat saya tadi bersantai de tepi pantai sementara menunggu 'time' untuk bergerak ke Tunisia pada sebelah malamnya. Malang memang sukar berbau. Paspot kami dicuri orang semasa kami asyik bergaya mengambil gambar.
Sedihnya, Tuhan sahaja yang tahu. Apakan tidak, dahlah terpaksa berpatah balik ke Maghribi, dan saya dah agak, mesti en. Paris akan menyinga. Itu yang tak boleh tahan tu.
Dalam situasi ini, ke kiripun salah ke kanan juga salah. Berada setempat, tak bergerak-gerak lagilah salah.
Kamipun bergeraklah ke pejabat polis yang berdekatan bagi membuat laporan kehilangan. Dimintanya kami agar menunggu di tepian pantai, manalah tahu kalau-kalau pencuri tadi membaling paspot kami ke tong-tong sampah. Akhirnya kesemua tong sampah yang berada di persisiran pantai itu diperhatikan. Namun hampa.
Belah malamnya kami menaiki kereta api menuju ke Telimsan lagi sekali untuk kembali ke bumi Maghribi. Sesampainya di sempadan, alangkah hampanya hidup ini, kami tidak dibenarkan melintasi laluan imegresen lantaran tiada paspot.
Lama menunggu di situ. Pening dibuatnya. Macam-macam terfikir. Pegawai itu menyuruh kami kembali ke ibu kota untuk memperolehi paspot dari kedutaan United Kingdom, memandangkan kedutaan Malaysia tiada di Algeria.
Tiba-tiba ada seorang menyapa kami. Beliau mengajak kami menyelusup secara haram mengikuti laluan belakang. Ishh..gerun juga apabila disebut haram. Nanti berlaku apa-apa, lagi kacau dibuatnya.
Akhirnya pilihan kami berpatah balik ke ibu kota Algeria dengan tempoh perjalanan selama satu malam berkereta api. Udahlah badan penat, minda pula tertekan, hati risau tak dapat nak diulaskan lagi. Relakan ajelah apa yang berlaku demi mencari setitis nilai pengalaman yang amat berguna.
Di sana, kami diberi layanan baik. Disiapkan kami paspot 'bertitle' United Kingdom, merah hati warnanya. Wah...warga uklah konon. Namun apabila dilihat status, rupa-rupanya tercatat "commonwealth citizen". Oklah...
Maka pulanglah kami menuju ke Maghribi melalui Telimsan buat kali ketiganya.
Sebaik sahaja tiba di Maghribi, bergeraklah kami ke kedutaan Malaysia di Zanqah Hamzah, Agdal. Sudah pasti insan yang kena temui ialah en. Paris.
En. Parispun, en. Parislah. Apa boleh buat. Terpaksa bertemu dengannya.
Jangkaan kami tepat. Tanpa bermuqaddimah, ditembaknya kami satu persatu. Kami pasrah menadah telinga, meskipun hati dan perasaan, bukan sahaja terhiris, bahkan terbelah dua dek kesengsaraan dan bala yang menimpa.
Walau apapun, kami tetap berterima kasih atas keprihatinan en. Paris dan kesungguhan beliau mengambil berat tentang kami. Seolah-olah, kami ini bagaikan anak-anak beliau.
Kini, apabila bertemu beliau, kenangan lama mengimbau kembali. Seronok juga rasanya. Bukan semua pelajar luar negara melalui situasi ini.
Terima kasih yang tak terhingga buat en. Paris sekeluarga. Semoga sentiasa berada dalam kerahmatan Ilahi jua.

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Cetusan Mukara: Memenangi <b>Gemas</b>: cabaran terbesar PR NS

Posted: 14 Sep 2012 02:10 AM PDT

Gemas merupakan antara kawasan Dun yang berada dalam Parlimen Tampin selain Gemencheh dan Repah.

Kawasan ini boleh dikatakan antara kubu kuat Umno-BN di Negeri Sembilan yang tidak pernah digugat oleh mana-mana parti pembangkang sejak 1970 iaitu selepas 'proses penyusunan semula' politik negara yang dilakukan oleh strategis Umno bagi menyekat pengaruh dan kekuatan politik parti-parti yang berpotensi mengancam Umno dan BN di masa hadapan.

Namun sejarah awal Pilihanraya Umum (PRU) negara pada tahun 1959 telah mencatatkan bahawa Gemas telah dimenangi oleh calon dari Sosialis Front (SF) atau Pakatan Sosialis Malaya yang dianggotai oleh Parti Buruh dan Parti Rakyat. Calon tersebut, Fong Yew Wang telah menjadi wakil rakyat pertama bagi dun Gemas.

Faktor kemenangan calon SF ketika itu turut dipengaruhi oleh komposisi kaum Dun Gemas. Sebelum tahun 1963-1978, belum wujud lagi kawasan petempatan Gugusan Felda Jelai (1-4). Gemas menjadi kawasan yang didominasi oleh penduduk-penduduk Cina, pekerja-perkerja ladang kepunyaan syarikat British dan beberapa kampung tradisional Melayu. Komposisi pemilih kaum Cina di Gemas waktu itu sekitar 60 peratus.

Namun setelah era 1963-1978, kewujudan petempatan Gugusan Felda Jelai telah mengubah komposisi kaum di Gemas yang kini pengundi Melayu meliputi 83 peratus daripada keseluruhan pemilih.


Dominasi Umno

Selepas kewujudan petempatan Gugusan Felda Jelai, Umno terus mendominasi kemenangan dalam pilihanraya di Gemas.

Parti PAS menjadi lawan kepada Umno secara konsisten di kawasan ini namun gagal menyaingi.

Dalam PRU 1986, Umno memenangi Gemas dengan majoriti 4,588 undi, mengalahkan Pas yang memperolehi sebanyak 1,205 undi sahaja berbanding Umno yang mendapat 5,793 undi.

Ketika politik negara dilanda ombakan politik kesan perpecahan Umno pada tahun 1988, parti itu tetap utuh menang di Gemas dengan mengekalkan majoriti besar. PRU 1990 di Gemas, Umno mendapat 7,172 undi berbanding calon Pas yang menerima 1,672 undi. Ombakan politik yang dicetuskan oleh Gagasan Rakyat (Semangat 46, PAS & DAP) gagal mempengaruhi para pemilih di Gemas, seolah-olah tidak terkesan daripada perubahan politik semasa yang sedang berlaku.

Era Reformasi

Hanya dalam tempoh sedekad berlaku sekali ombakan politik negara-Era Reformasi pada tahun 1998 kesan kebangkitan rakyat menentang pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Anwar Ibrahim.

Ombakan politik kali ini benar-benar mempengaruhi para pemilih Melayu secara besar. Hampir 78 peratus pemilih Melayu ketika itu menolak Umno-BN tetapi telah diselamatkan oleh undi bukan Melayu yang kekal kuat menyokong Umno-BN.

Gemas menjadi contoh terbaik kesan ombakan tersebut. Sejak tahun 1970, Umno selesa memenangi Gemas dengan majoriti yang besar melebihi tiga ribu undi tanpa digugat. Namun dalam PRU 1999, Umno hanya memenangi Gemas dengan kelebihan 2,859 undi. Ia merupakan catatan terendah majoriti kemenangan Umno sepanjang sejarah pilihanraya umum sejak 1970. Calon Pas memperolehi 2,775 undi manakala calon Umno mendapat 5,634 undi.

Cabaran PR

Undi Pos

Selepas persempadanan semula pada tahun 2003, petempatan Kem Tentera telah dibuka di Gemas namun tidak berlaku pemindahan tentera dalam jumlah yang besar. Bermula 16 Jun 2005, petempatan tentera di Kem Syed Sirajuddin, Gemas telah memperlihatkan pertambahan undi pos tentera di kawasan ini.

Inilah cabaran yang harus dihadapi oleh PR bagi merealisasikan kemenangan di Gemas. Sudah pasti, Umno-BN akan memanipulasi undi pos untuk memaksimakan kelebihan kemenangan mereka.

PRU 2004 lalu, jumlah undi pos di Gemas adalah 453 undi. Calon Umno telah mendapat 307 undi dan calon Pas menerima 124 undi sahaja. Akan tetapi pada PRU 2008, jumlah undi pos di Gemas adalah 2,932 undi. Pertambahan sebanyak 85 peratus undi pos dari tahun 2004 ke 2008.

Dalam keputusan PRU 2008 bagi undi pos, calon Umno mendapat 2,260 undi (77.08%) manakala calon Pas hanya mendapat 514 undi (17.53%). Parti pemerintah dilihat telah memaksimakan kelebihan kemenangan mereka melalui manipulasi undi pos. Calon Umno-Zainab Nasir memperolehi majoriti kemenangan yang sangat selesa iaitu 7,965 undi yang merupakan antara catatan kemenangan tertinggi Umno-BN di Gemas sejak 1970.

Kawasan Felda

Mengikut daftar pemilih suku tahun pertama 2012, jumlah pemilih di kawasan Felda yang terdapat dalam Gemas adalah seperti berikut;

1. Felda Jelai 1 & 3: 3,679
2. Felda Jalai 2 & 4: 4,022
3. Felda Pasir Besar: 1,686

Secara keseluruhan jumlah pemilih di kawasan Felda yang terdapat dalam Dun Gemas adalah
9,387 orang (42.33%) daripada keseluruhan 22,178 orang pemilih.

PRU 2008 lalu, jumlah undi keseluruhan dari kawasan Felda dalam Dun Gemas adalah 5,814 orang. Mengikut keputusan pilihanraya tersebut, calon PAS hanya memperolehi 916 undi (15.76%) manakala calon Umno mendapat 4,794 undi (82.46%).

Keputusan tersebut membuktikan kawasan felda menjadi deposit tetap kepada kemenangan Umno-BN di Gemas. Faktor calon Pas juga mempengaruhi keyakinan pemilih di kawasan-kawasan Felda yang lebih yakin dan cenderung memilih Umno yang dirasakan lebih berkredibiliti. Ada kemungkinan juga gerak kerja Pas agak lemah di kebanyakan kawasan Felda dan sukar untuk ditembusi.

Kesimpulan

Kali ini untuk PRU-13, Parti KEADILAN Rakyat akan bertanding di Gemas hasil rundingan kerusi yang dilangsungkan pada tahun 2011.

Berdasarkan tinjauan dan kaji selidik, KEADILAN mempunyai potensi menyaingi dominasi Umno di Gemas. Para pemilih bukan Melayu agak cenderung untuk memilih parti ini dan disebut-sebut lebih 70 peratus menyokong KEADILAN bertanding di Gemas.

Cabaran terbesar PKR adalah menembusi kawasan Felda. Namun berdasar sejarah pilihanraya umum terdahulu, Daerah Mengundi Pasir Besar dan Felda pasir Besar dahulu berada dalam Dun Jeram Padang pada PRU 1999. Ketika itu, calon Keadilan telah menang di kedua-dua kawasan ini. Adalah tidak mustahil kemenangan dijana dari kedua-dua daerah mengundi ini.

Jika gerak kerja yang sedang berlangsung di Gemas khususnya di kawasan Felda, KEADILAN berpotensi memperolehi undi popular sekitar 36-38 peratus.

Kenyataan yang hakiki diakui adalah Gemas merupakan kubu kuat Umno, namun ia tidak mustahil untuk ditawan. Ia sukar tetapi tidak mustahil untuk dimenangi!

Jangkaan BN

BN: 80%
PR: 20%

Andaian Penulis

PR: 46%
BN: 54%

ads