Selasa, 23 Oktober 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Pendaftaran Pengundi Baru <b>di</b> Taman <b>Rasah</b> Jaya sempena Majlis ...

Posted: 19 Sep 2012 03:56 PM PDT

2030hrs--18 September 2012, Sempena Majlis sambutan Aidilfitri dan Hari Kebangsaan ke 55,Rukun Tetangga kawasan perumahan Rasah Jaya fasa 1 telah mengadakan Majlis Mesra Bersama pemimpin di gelanggang Bola keranjang Taman Rasah Jaya Fasa 1 Seremban.Antara tetamu hormat yang hadir ke majlis ini adalah Dato Senator Najeeb Bin Abdullah, Dato Dr Yeow Chai Thiam,Dato Rajagopalu dan beberapa ahli Barisan Nasional.

Penasihat Kelab Perhubungan Rakyat 1 Malaysia ( KelabPR1M) dan juga merangkap Ahli Parti Progresif Penduduk NSDK ,Dr Harris Abdullah bersama En Balasandar dan En Lingam telah mendaftar pengundi pengundi baru untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di majlis tersebut. Pendaftaran dan Semakan Pengundi SPR telah diselaraskan dan ditanggung oleh Dr Harris. Mereka telah berjaya mendaftar lebih dari 50 pengundi baru di kawasan tersebut sahaja. Bukan itu sahaja,orang ramai juga mengambil kesempatan ini untuk semak kawasan pengundi secara online.






05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Nasi Lemak <b>Mambau</b>. | arang - arang

Posted: 16 Sep 2012 08:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Seawal pukul 8.30 pagi dah bertolak,hujan lebat pagi tadi.Ajak Zal sebagai teman tapi kena upahlah.Nasi lemak ayam goreng di Mambau.Licin!!!Lapar sungguh kau....lepas tu baru boleh tersenyum. Posted 1 minute ago by ...

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Bersama Aisyah 1 Okt 2012 <b>di</b> DUN <b>Paroi</b> - Mohamad Taufek Abd <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2012 07:53 PM PDT

CERAMAH PERDANA
Bersama : Aisyah (artis/penyanyi), Siti Fareedah, YB Taufek dan Ustaz Kamaruddin Sidek
Tarikh : 1 Okt 2012, Isnin
Tempat : No 537, Taman Seri Pagi, Senawang (berhampiran padang sebelah Sekolah Tmn Seri Pagi)
Maklumat lanjut sila hubungi Hj Fisol 019-3440826

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Daniyar bersembunyi <b>di Port Dickson</b>?

Posted: 29 Jun 2012 01:15 AM PDT

Posted by admin on June 29th, 2012

Beberapa blog dan facebook memberi gambaran Daniyar Nazarbayev – bakal menantu Perdana Menteri, berada di negara ini berdasarkan dua gambar yang tersebar di internet.Ia memaparkan seorang individu lelaki menyerupai Daniyar, menjalani latihan ketenteraan dan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia.Sedangkan, keluarga Daniyar Nazarbayev sebelum ini menyatakan Daniyar mendaftar di Sandhurst Military College, sebuah kolej ketenteraan berprestij.

Namun, gambar itu menunjukkan seolah-olah Daniyar berada di Malaysia, malah ada pendapat menyatakan ia dirakam di kem askar Port Dickson.

Kesahihan gambar berkenaan berkenaan belum dapat dipastikan tetapi Najib sehingga kini tidak pula membuat sebarang penafian.

Sebelum ini, Daniyar – mengikut laporan New York Post dan media antarabangsa lain, menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Mengikut media berkenaan, ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difail di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat manakala Daniyar kemudian dilapor menghilangkan diri.

Daniyar bertunang dengan Nooryana Najwa Jun tahun lalu. Ibunya, Maira Nazarbayev – bakal besan Najib pula dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah.

Sumber yang dipetik portal berita tempatan, Free Malaysia Today melaporkan, Maira ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis daripada Interpol.

Dalam New York Post juga, Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.

Gambar Daniyar yang dikatakan berada di Malaysia boleh diakses di sini

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Program Pelepasan Umum Benih Anak Udang Galah <b>Di</b> Sungai <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 11:41 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Selaras dengan usaha berterusan Jabatan Perikanan melestarikan sumber perikanan, Jabatan Perikanan telah mengadakan satu Program Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Linggi pada hari ini. Sebanyak 110,000 ...

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


INGATKAN UMNO SAHAJA YANG BERMASALAH <b>DI NEGERI</b> <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2012 09:53 PM PDT

Kita ingatkan hanya UMNO sahaja yang mempunyai masalah dalaman di Negeri Sembilan..
rupa-rupanya MIC pun dilanda masalah dalaman jugak...
kalau macam ni lah keadaannya macam mana le BN boleh kata mereka yakin dalam mempertahankan Negeri Sembilan pada PRU 13 nanti..??

Kalau tiada masalah dalaman pun belum tentu lagi BN akan berjaya
mempertahankan Negeri Sembilan, inikan pula dengan masalah dalaman yang sedang melanda UMNO dan MIC..

Sebelum ini,bekas Adun UMNO, Datuk Mohamd Rais Zainuddin  mengugut bahawa UMNO Negeri Sembilan tidak akan mengundi Mohamad Hassan sekiranya Menteri Besar itu bertanding pada PRU 13 nanti, [UMNO NEGERI SEMBILAN UGUT TIDAK MENGUNDI]

Dalam PRU ke 12 yang lalu (2008) BN memenangi 21 kerusi dan Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi dari keseluruhan 36 kerusi Dun..

Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah tidak dibenar masuk pejabat MIC atas arahan Pengerusi MIC negeri, Datuk T Rajagopalu.

Menyorot kembali kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Satish Kumar berkata, dia datang ke bangunan MIC negeri di sini kerana mahu menyerahkan beberapa dokuman penting berhubung masalah rakyat.

"Saya terkejut apabila Setiausaha Kerja Rajagopalu tidak membenarkan saya masuk dan meminta saya pulang. Dia memberitahu arahan itu datang dari Rajagopalu.

"Saya tidak faham kenapa beliau mengeluarkan arahan demikian sedangkan saya tidak mempunyai sebarang rekod buruk atau masalah dengan parti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah berkata, masalah itu mungkin berpunca daripada tindakannya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kuala Pilah, baru-baru ini.

"Tindakan saya itu mungkin dianggap melebihinya selaku ketua dalam MIC. Saya hanya menjalankan peranan saya sebagai pemuda MIC dan isu itu kita perjuangkan sejak 2009 lagi," katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda MIC Negeri, Palani Mahadevan berkata, beliau kesal kejadian tersebut dan akan membawanya kepada Pemuda MIC peringkat pusat untuk dibincangkan.

Dalam pada itu, Rajagopalu ketika dihubungi Sinar Harian, semalam menafikan ada mengeluarkan arahan tersebut.

"Saya tidak bagi arahan seperti itu dan saya rasa telah timbul salah faham kepadanya.

"Sebenarnya dia sendiri bermasalah kerana saya ada terima aduan daripada MIC Bahagian Kuala Pilah berhubung kelakuannya," katanya.

Berikutan itu, Rajagopalu berkata, beliau akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Satish Kumar.

BN yakin menang..?
kah..kah..kah 

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Politik Samseng : Ketua Cabang PKR Jempol <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 08:17 PM PDT

SMS tanpa nama yang diterima beliau pada pukul 07.32 pagi semalam, penghantar mesej yang hanya mahu dikenali sebagai kaum wanita memberi amaran kepada beliau bahawa tidak akan teragak-agak menghapuskannya, keluarga dan ternakan beliau. 
JEMPOL: Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh menerima satu SMS berbentuk ugutan semalam berhubung peranan beliau menganjurkan aktiviti ceramah di kawasan Felda Serting Hilir 5 di sini.
Menurut Karip, SMS tanpa nama yang diterima beliau pada pukul 07.32 pagi semalam, penghantar mesej yang hanya mahu dikenali sebagai kaum wanita memberi amaran kepada beliau bahawa tidak akan teragak-agak menghapuskannya, keluarga  dan ternakan beliau.
"Penghantar SMS itu turut mahu saya menghentikan program ceramah yang dilabelkannya sebagai ceramah pembohongan; kalau saya mahu kelurga saya dan ternakan saya selamat.
"Penghantar SMS itu turut mengingatkan saya jangan selalu anjurkan siri ceramah di Serting Hilir kalau saya mahu selamat dan memberitahu bahawa kaum wanita tidak akan berubah dan berani memusnahkan saya," dakwa Karip.

Justeru itu Karip membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di Bandar Baru Serting petang semalam.

`Talian dimatikan'


"Saya cuba menghubungi nombor telefon individu yang menghantar SMS itu namun gagal kerana talian tersebut telah dimatikan.
"Saya berharap polis dapat siasat kes ini dengan serius dan tangkap individu yang menghantar SMS ini kerana menyebabkan keluarga saya berasa tidak selamat.
"Malaysia ini negara demokrasi dan bukan ini caranya untuk menzahirkan rasa tidak puas hati," ujar Karip.
SMS  ini dihantar selepas PKR Jempol mengadakan 'Program Ceramah dan Artis Bersama Rakyat' di Felda Serting Hilir 5 pada malam Selasa yang turut dihadiri oleh bekas penyanyi popular 90an Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali Aishah 'Janji Manismu' dan pelawak Leman Raja Lawak.
Berikut adalah kandungan penuh SMS tersebut tetapi telah diperbetulkan beberapa ejaan dan tatabahasa oleh FMT:
"Saudara Karip, awak saya ingatkan jangan selalu anjurkan Siri Ceramah di Serting Hilir ini kalau mahu selamat. Kami kaum wanita tidak akan berubah dan berani untuk memusnahkan kau. Kami tidak akan teragak-agak untuk menghapuskan kau, keluarga kau dan ternakan kau bila-bila masa sahaja. Jadi kami mahu awak hentikan ceramah pembohongan itu faham, kalau mahu keluarga kau selamat dan ternakan kau."

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


HANANBAKERY GENAP 1 TAHUN <b>DI AMPANGAN</b>

Posted: 17 Oct 2012 06:08 AM PDT

ALHAMDULILAH' percubaan di Tmn Ampangan genap Hanan Bakery berOperasi setahun' walaupun menceburi bidang ni dah lama' tp impian adanya kedai sendiri dh pun tercapai' teringin nak buka walk in shop plak' mungkin kena fikirkan kelainan sedikit' memandangkan bekerja sendiri tanpa pembantu amat la meletihkan biarkan kepuasan itu ada' Genap tahun pertama Hanan Bakery' sy bercadang membuat PROMOSI untuk semua yg telah banyak menyokong' di wall FB 'Hayati' sy dah war-warkan' cuma nak update di blog ni pulak untuk sesiapa yg suka berblog ye'.. ~PROMOSI KELAS MASAKKAN SEMPENA ULANG TAHUN PERTAMA ~ @KELAS ANIKA MUFFIN - 5 jenis ( RM100 ) @KELAS LAPIS CHEEZY/TUTTY FRUITY - Dessert ( RM100 ) @KELAS PIZZA HOMEMADE - (Frozen) RM100 @KELAS FROZEN FOOD - 5 jenis produk ( RM120 ) @KELAS PELBAGAI JENIS BUNGA HIASAN KEK - 25 jenis (RM100) ~Promosi Kelas ini akan bermula dr Nov/Dec sempena ulang tahun pertama' ~ Promosi ini jugak tertakluk kepada beberapa syarat - Minimum peserta 4 Org - Kelas promosi ini juga dijalankan secara hands-On 100% - Resepi, tip dan teknik di sediakan - Terbuka kepada semua yg dah terro @ baru nak mencuba ( insyallah boleh buat ) - Kelas ini bukan tuk kanak-kanak ye' ~Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus 012 343 8896 ( Mood nak jawab cll dah OK )!!!~

ads