Khamis, 18 Oktober 2012

05 di ampangan - Google Blog Search

05 di ampangan - Google Blog Search


HANANBAKERY GENAP 1 TAHUN <b>DI AMPANGAN</b>

Posted: 17 Oct 2012 06:08 AM PDT

ALHAMDULILAH' percubaan di Tmn Ampangan genap Hanan Bakery berOperasi setahun' walaupun menceburi bidang ni dah lama' tp impian adanya kedai sendiri dh pun tercapai' teringin nak buka walk in shop plak' mungkin kena fikirkan kelainan sedikit' memandangkan bekerja sendiri tanpa pembantu amat la meletihkan biarkan kepuasan itu ada' Genap tahun pertama Hanan Bakery' sy bercadang membuat PROMOSI untuk semua yg telah banyak menyokong' di wall FB 'Hayati' sy dah war-warkan' cuma nak update di blog ni pulak untuk sesiapa yg suka berblog ye'.. ~PROMOSI KELAS MASAKKAN SEMPENA ULANG TAHUN PERTAMA ~ @KELAS ANIKA MUFFIN - 5 jenis ( RM100 ) @KELAS LAPIS CHEEZY/TUTTY FRUITY - Dessert ( RM100 ) @KELAS PIZZA HOMEMADE - (Frozen) RM100 @KELAS FROZEN FOOD - 5 jenis produk ( RM120 ) @KELAS PELBAGAI JENIS BUNGA HIASAN KEK - 25 jenis (RM100) ~Promosi Kelas ini akan bermula dr Nov/Dec sempena ulang tahun pertama' ~ Promosi ini jugak tertakluk kepada beberapa syarat - Minimum peserta 4 Org - Kelas promosi ini juga dijalankan secara hands-On 100% - Resepi, tip dan teknik di sediakan - Terbuka kepada semua yg dah terro @ baru nak mencuba ( insyallah boleh buat ) - Kelas ini bukan tuk kanak-kanak ye' ~Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus 012 343 8896 ( Mood nak jawab cll dah OK )!!!~

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


Penyebaran ajaran Syiah <b>di Sikamat</b>, Seremban | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 09:00 PM PDT

Tuan, Memohon pihak Jabatan Agama atau Jakim (kerajaan) mengambil tindakan terhadap ustaz yang berfahaman syiah menyebarkan ajaran syiah di taman kami. Pada mulanya taman kami aman tanpa apa-apa fahaman, selain alul sunnah waljamaah, tetapi sejak dijemput seorang penceramah dari Klang bermula 2010, surau kami terutamanya menjadi semakin malap, dan jemaah berpecah belah pada hakikatnya, disebabkan ustaz itu telah menyebarkan ajaran syiah pada penduduk setiap malam sabtu, selepas kuliah beliau di surau, dia akan mengadakan tazkirah secara tertutup kepada penduduk yang menjadi sasarannya.

Pada mulanya seorang ustaz di taman kami memang berfahaman syiah tetapi beliau pada waktu itu hanya mengamalkan seorang diri. Tetapi sejak kedatangan ustaz dari Klang menyebabkan mereka berganding bahu menyebarkan ajaran syiah dan sehingga sekarang sudah 5 keluarga mengamalkan ajaran syiah secara serious.Lebih diburukkan lagi pengerusi surau kami dan juga beberapa orang ajknya juga sudah terjebak dengan ajaran syiah, manakala ustaz syiah ditaman kami itu diberi slot mentafsir quran pada setiap Ahad malam.

Saya bimbang dimasa akan datang lebih ramai penduduk taman kami akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini. Kerana ajaran Syiah telah di fatwakan sesat oleh kerajaan Selangor pada 30 mei 1996.

Modus operandi mereka pada setiap mlm sabtu guru syiah akan datang dimarkas mereka( bertempat disalah sebuah rumah penduduk( jalan 5 taman kami) )selepas isyak hingga subuh mereka akan dibasuh atau di dedahkan dengan mazhab syiah secara serious ( di drill atau latihtubi).

Berbalik kepada ustaz syiah ditaman kami yang diberi slot memberi kuliah mentafsir quran pada setiap malam ahad, kekadang beliau merendah2kan mazhab shafie,dan mazhab ahli sunnah, merendah2kan sahabat nabi, dan secara kolektifnya dia memang menghina ahlisunnah secara halus, bila diselidiki setiap patah kuliahya baru kita faham isi kuliahnya menghina ahli sunnah, antaranya beliau marah kepada imam-imam ahli sunnah yang sembahyang membaca surah secara tidak penuh iaitu ambil sekerat-sekerat, seperti contoh surah almunafiqun biasanya imam kita tidak baca dari mula ayat izaja…tetapi akan ambil ayat belakang terus ya ayuahlazi naamanu la tulhikum amwalukum…,beliau menyatakan bahawa imam2 ini sombong, berlagak, nak tunjuk pandai, dan dia suruh baca surah kecik sahaja, sembahyang tarawih tiada nas qatie, boleh kawin mutaah, boleh kawin lebih dari 4, dan ambil air sembahyang tidak perlu basuh buku lali, dalam sembahyang tidak perlu paling muka waktu salam, tepuk paha sebelum salam,( walaupun ini bukan rukun sembahyang tetapi menyebabkan orang awam keliru dengan kelakuan mereka) dan pelbagai aktiviti yang menyakitkan hati jemaah mereka lakukan dahulunya secara sembunyi sekarang ini secara terang-terang kerana pengikut mereka sudah bertambah di taman kami. Secara tidak langsung beliau kekadang menghina sahabat nabi terutama sekali Saidina Umar ( dalam kuliah beliau dia menghina secara halus).Juga untuk pengetahuan pihak tuan mereka mengamalkan sembahyang jamak, walau pun tidak dalam mussafir, ini juga telah diluluskan oleh ustaz syiah taman kami menyebabkan pengikut mereka sewenang-wenang menjamakkan sembahyang kekadang disurau,walau mereka ingat kami tidak tahu tp sebenarnya kami sudah tahu.

Dengan serba sedikit penerangan ini saya berharap pihak tuan boleh turun ke taman kami untuk mengambil tindakan keatas mereka, sama ada dengan menangkap atau memberi kaunseling kepada jemaah syiah tadi, sebenarnya aduan telah dibuat kepada pihak Jais, dan pihak nazir masjid,tetapi itu lah semua janji tinggal janji dan amat mendukacitakan kerana tiada tindakan diambil. Apabila kami menghubungi pihak Jais mereka mempermainkan aduan kami, dengan memberi tahu encik perlu telefon orang ini, dan bila telefon orang itu, beliau pula memberi tahu perlu telefon orang lain lagi. Sehinggalah saya diberitahu perlu melaporkan kepada jabatan agama daerah di kawasan kuang, juga apabila surat dihantar pada 2011 tiada tindakan diambil hingga sekarang, dari seorang penganut syiah menjadi 5 keluarga syiah sekarang ini,bayangkanlah dalam masa 2 tahun akan datang makin bertambah pengikut mereka.

Analoginya cuba tuan bayangkan bilangan pengikut mereka bersaman 5 keluarga darab secara purata 7 ahli( anak isteri) bersamaan 35 orang sudah menganut fahaman syiah di taman kami.

Maklumat mengenai taman kami:

Alamat Surau.

Surau Alhidayah

No 20 Persiaran desa puteri 3

Taman Desa Puteri

48020 Tasik Puteri Rawang.

Nama-nama Penganut ajaran Syiah

Pengerusi Surau :

Ajk Surau : siak ( rumah beliau dijadikan markaz syiah kedua dan terbaru pada setiap mlm sabtu, Persiaran desa puteri 5)

Ajk Surau : UStaz Syiah (sumber rujukan syiah dan guru tafsir setiap hari ahad dan sabtu ( Kuliah kitab Alhikam Syeikh Ata'illah-tasawuf )

Naib Bendahari Surau :

Ajk Surau : Bilal (rumahnya dijadikan markaz syiah pertama, dan dipindahkan ke persiaran 5,rumah siak)

By: Mohd Akmal

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

Mohamad Taufek Abd Ghani: Untung orang <b>di</b> DUN <b>Sikamat</b> dan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2012 07:28 PM PDT

Untung betul orang di DUN Sikamat dan DUN Paroi. Orang di DUN Paroi dah dapat Klinik Kesihatan di Senawang. Orang di DUN Sikamat pula akan dapat Klinik Kesihatan juga. Cuma orang di DUN Chembong, DUN Kota dan DUN Rantau masih menantikan bangunan Hospital Rembau. PM pun dah 2 kali melawat di DUN Sikamat dan 1 kali berbuka puasa di DUN Paroi.
CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT
               
Taraf dan Jenis Syarikat : T1 Bumiputra PKK Kelas A Kepala II Sub Kepala 2a
Maklumat Ringkas Tender CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT, SEREMBAN (IBS SEPENUHNYA)(E-TENDERING)YANG MERANGKUMI:
7)Blok TNB (Double Chamber)
8)Garaj Van Dan Bas-4 Bay
9)Garaj Ambulan-3 Bay,1unit Store/Bilik Pemandu
Tarikh dan Waktu Lawatan : 09:30AM, 13 December 2011
Projek RMK 9 sedang dalam pembinaan pada tahun 2008 ini adalah 3 projek Klinik Kesihatan KK3 Lukut, KK2 Senawang dan KK2 Seremban 2, Projek bawah 5 juta Kuarters KK serting Hilir Kuarters 1D KK Gemas, tambahan Bangunan KKIA KK Seremban dan N/T Pergigian Jalan Za'aba serta SCN HTJ.  Manakala 2 projek telah ditender oleh JKR masih belum masuk tapak Pejabat JKNNS dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah.  1 projek sambungan daripada RMK8 iaitu Pusat Harian dan Haemodialysis, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban telah melewati jadual lebih satu tahun sehingga Kontraktor Utama telah ditamatkan perkhidmatannya. 

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Al-Ahmadiyyah-<b>rasah</b>: Kenali Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyyah

Posted: 18 Oct 2012 06:21 PM PDT


KENALI SYEIKH TAREKAT AL-AHMADIYYAH AL-IDRISIYYAH
                      i.        Nama: Dato' Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad
                    ii.        Tarikh lahir : 05.05.1937
                   iii.        Kewarganegaraan:  Malaysia
2.    Maklumat Pendidikan:
                      i.        Ijazah Sarjanamuda Syariah Wal Qanun, Universiti Al-Azhar, Mesir
                    ii.        Maahad Kaherah, Mesir
                   iii.        Madrasah Al-Masyhoor, Pulau Pinang
                   iv.        Madrasah al-Attas, Johor Bahru
                    v.        Madrasah Al- Khairiyah, Singapura
                   vi.        Sekolah Kebangsaan Dato' Bandar Rasah, Seremban, N.Sembilan
3.    Pengalaman Kerja:
                      i.        Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ( 1987 – 2008 )
                    ii.        Kadi Besar Negeri Sembilan merangkap Pegawai Penerangan Agama  ( 1984 – 1987 )
                   iii.        Pegawai Penerangan Agama merangkap Imam Besar ( 1980 – 1984 )
                   iv.        Kadi Daerah Kuala Pilah dan Jempol, Negeri Sembilan ( 1976 - 1980 )
                    v.        Guru Agama di Sekolah Ugama Menengah Tinggi, Seremban, N.S.       ( 1974 - 1976 )
                      i.        Dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan (DKNS) yang membawa gelaran Dato' pada tahun 1988.
                    ii.        Mendapat anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1421H peringkat Negeri Sembilan bersamaan tahun 2000 masihi.
                   iii.        Mendapat anugerah Tokoh Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2004
                   iv.        Mendapat anugerah Tokoh Ulama' sempena Sambutan 100 tahun (1332-1432H) Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor yang dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 29 September 2011.
5.    Perlantikan Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah
Pada 5 Januari tahun 1997, dilantik sebagai Sheikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah bagi kawasan Asia Tenggara oleh Almarhum Sayyidi Ahmad bin Idris bin Sayyidi Muhammad Hassan bin Sayyidi Muhammad Sharif bin Sayyidi al-'Ali bin Sayyidi Ahmad bin Idris al-Idrisi atau lebih dikenali Sayyidi Ibn Idris iaitu merupakan waris kepada pengasas utama Tarekat Ahmadiah. Peristiwa bersejarah ini berlaku bersempena majlis Haul Syeikh Hj Ahmad
Semasa menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan;
                      i.        Beliau berjaya mewujudkan Enakmen Murtad (2004) dan Enakmen Kawalan Tarekat (2007) yang menjadikan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri yang pertama mewujudkan kedua-dua enakmen ini dan enakmen ini telah dijadikan contoh bagi negeri-negeri yang lain.
                    ii.        Menganjurkan Seminar Dakwah Dan Tarekat Tasawuf Peringkat Antarabangsa yang pertama kali diadakan di Malaysia bermula pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007 masihi. 
                            iii.            Beliau juga telah berjaya meyakinkan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman al-Haj untuk menarik diri daripada menjadi penaung pertama ajaran Nasrul Haq seterusnya memastikan arahan daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa ajaran ini telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dilaksanakan dan dikuat-kuasakan di peringkat negeri.
                             iv.            Di bawah pimpinannya, sahabat-sahabat beliau di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya menghasilkan lebih daripada 80 buah buku rujukan dalam bidang agama untuk memberikan panduan, penjelasan dan bimbingan kepada masyarakat.
                      i.        Perlantikan beliau sebagai Kadi Besar Negeri Sembilan (1984-1987)  mendapat sokongan daripada almarhum Prof. Dr. Ahmad Ibrahim dan almarhum Prof. Dr. Mahmud Saedon. Dengan sokongan ini, beliau berjaya mengangkat martabat Mahkamah Syariah kerana beliau memiliki hubungan yang baik dengan semua sahabat beliau yang menjawat jawatan penting dalam urusan agama negeri di seluruh negara.
                    ii.        Mendapat kepercayaan daripada Jabatan Agama Islam Johor untuk mengajar dan berceramah di sekitar negeri Johor dari tahun 1980 hingga kini.
                            iii.            Ahli Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan bersama-sama Sohibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof B. Hj. Ahmad (Mufti Kerajaan Negeri Sembilan), Dato' Hj. Borhan B. Hashim (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan), Tuan Guru Dr. Hj. Jahid B. Hj. Sidek Al-Khalidi (Syeikh Mursyid Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah), Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady (Felo INSTAC), Dr. Abdul Manam B. Mohamad (Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Dr. Sulaiman B. Ibrahim Al-Baruhi (Pensyarah Universiti Brunei Darul Salam).
                   iv.        Membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Manual Amalan Masyarakat Negara Zikir : Satu Pengenalan" di Seminar Negara Zikir sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darul Salam Ke-62 tahun jemputan Yang Mulia Dato Seri Paduka Eussoff Agaki Haji Ismail (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad B. Pengiran Haji Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pendidikan) dan Pehin Dato Seri Setia Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Azizi Juned (Mufti Kerajaan Brunei Darussalam) pada 28-29 Julai 2008 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Brunei Darussalam. Pembentangan ini adalah merupakan usaha Kerajaan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah "Negara Zikir".
                      i.        Menghadiri kursus imam-imam selama 3 bulan di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1986 .  Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
                    ii.        Raja Moroko (Al-Malik Hasan Al-Sani) telah meminta Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menghantar wakil kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Pertama Di Moroko pada tahun 2004, Almarhum Dr. Hamid Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) telah mencadangkan agar Yang Maha Mulia Tuanku untuk memilih Dato' Syeikh Haji Mohd Murtadza sebagai wakil Malaysia. Dato' Syeikh Mohd Murtadza telah berjaya menjadikan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah sebagai contoh terbaik di Malaysia dan kerana ini beliau telah terpilih sekali lagi bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menghadiri Seminar Sufi Peringkat Antarabangsa Kedua Di Moroko pada tahun 2009.
                   iii.        Beliau memiliki pengetahuan di dalam bidang Fiqh dan Tasawuf yang meluas di samping sentiasa mendampingi para ulama' dan mufti-mufti di dalam majlis-majlis ilmu serta mesyuarat Majlis Fatwa kebangsaan.
                   iv.        Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam pentadbiran negeri dan pendidikan kepada masyarakat Islam.
9.    Aktiviti Semasa:
                             i.        Sebagai Syeikh Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah , beliau berusaha memperkasa tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah dan mengembalikan kegemilangan Madrasah As-Saidiyyah di Kampung Pondok Rasah, Seremban sebagai pusat pengamalan tarekat melalui usaha-usaha berikut, antaranya;
a)    Membina bangunan Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah melalui skim wakaf
b)    Menegaskan kepentingan ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis. Oleh itu, kuliah beliau diadakan pada setiap hari Selasa    ( malam ) di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
c)    Menggalakkan budaya membaca kitab-kitab yang muktabar dan bahan-bahan ilmiah dengan menjadikannya sebagai rujukan dalam kuliah-kuliah yang diadakan
d)    Menolak sebarang amalan bid'ah dan khurafat dalam aktiviti tarekat serta  amalan taasub pengikut terhadap pemimpin tarekat kerana pemimpin tarekat adalah manusia biasa yang tidak maksum
e)    Membimbing ahli-ahli tarekat supaya beramal dengan betul mengikut ajaran para syeikh tarekat tanpa tambahan atau melakukan sebarang perubahan.
f)     Memimpin majlis-majlis zikir dan majlis-majlis haul berpandukan prosedur  yang telah diamalkan oleh para syeikh tarekat
g)    Mematuhi Enakmen Tarekat Tasawuf  ( 2005 ) N.Sembilan.
h)   .Menjalin hubungan baik dengan pengamal tarekat yang berdaftar dan diakui sah oleh Jilsah Turuq Sufiyah Negeri Sembilan  dan negeri-negeri lain serta negara-negara lain seluruh dunia
i)     Mempertingkat kefahaman masyarakat tentang tarekat melalui penganjuran program-program keilmuan dan beberapa siri Simposium Tarekat Tasawuf di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah
j)      Menjemput tokoh-tokoh ulama menyampaikan kuliah ilmu di surau Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah, Seremban.
k)    Menerima kunjungan  alim ulama serta rombongan-rombongan pelawat dari dalam dan luar negara. Antara tokoh-tokoh ulama yang telah mengunjungi Dato' Syeikh Hj Mohd Murtadza ialah Syeikh Muhammad bin Ibnu Idris ( Sudan ), Dr.Abdul Latif Farfur ( Syria ), Syeikh Ahmad Dabbagh ( United Kingdom ), Syeikh Asraf ( Imam Masjid Universiti Al-Azhar, Mesir ), Syeikh Walid ( Palestin ), Syeikh Habib Umar ( Yaman ), Syeikh Maan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani, rombongan dari Turki dan beberapa rombongan pelawat dari dalam negeri.
                            ii.        Beliau juga masih mengajar dan berceramah di beberapa buah masjid di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa tempat di Selangor.
                           iii.        Menjadi penaung beberapa organisasi pendidikan dan dakwah seperti Madrasah Tahfiz As-Saidiyyah, Negeri Sembilan

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


Penyebaran ajaran Syiah <b>di Sikamat</b>, Seremban | Aduan Rakyat <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 09:00 PM PDT

Tuan, Memohon pihak Jabatan Agama atau Jakim (kerajaan) mengambil tindakan terhadap ustaz yang berfahaman syiah menyebarkan ajaran syiah di taman kami. Pada mulanya taman kami aman tanpa apa-apa fahaman, selain alul sunnah waljamaah, tetapi sejak dijemput seorang penceramah dari Klang bermula 2010, surau kami terutamanya menjadi semakin malap, dan jemaah berpecah belah pada hakikatnya, disebabkan ustaz itu telah menyebarkan ajaran syiah pada penduduk setiap malam sabtu, selepas kuliah beliau di surau, dia akan mengadakan tazkirah secara tertutup kepada penduduk yang menjadi sasarannya.

Pada mulanya seorang ustaz di taman kami memang berfahaman syiah tetapi beliau pada waktu itu hanya mengamalkan seorang diri. Tetapi sejak kedatangan ustaz dari Klang menyebabkan mereka berganding bahu menyebarkan ajaran syiah dan sehingga sekarang sudah 5 keluarga mengamalkan ajaran syiah secara serious.Lebih diburukkan lagi pengerusi surau kami dan juga beberapa orang ajknya juga sudah terjebak dengan ajaran syiah, manakala ustaz syiah ditaman kami itu diberi slot mentafsir quran pada setiap Ahad malam.

Saya bimbang dimasa akan datang lebih ramai penduduk taman kami akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini. Kerana ajaran Syiah telah di fatwakan sesat oleh kerajaan Selangor pada 30 mei 1996.

Modus operandi mereka pada setiap mlm sabtu guru syiah akan datang dimarkas mereka( bertempat disalah sebuah rumah penduduk( jalan 5 taman kami) )selepas isyak hingga subuh mereka akan dibasuh atau di dedahkan dengan mazhab syiah secara serious ( di drill atau latihtubi).

Berbalik kepada ustaz syiah ditaman kami yang diberi slot memberi kuliah mentafsir quran pada setiap malam ahad, kekadang beliau merendah2kan mazhab shafie,dan mazhab ahli sunnah, merendah2kan sahabat nabi, dan secara kolektifnya dia memang menghina ahlisunnah secara halus, bila diselidiki setiap patah kuliahya baru kita faham isi kuliahnya menghina ahli sunnah, antaranya beliau marah kepada imam-imam ahli sunnah yang sembahyang membaca surah secara tidak penuh iaitu ambil sekerat-sekerat, seperti contoh surah almunafiqun biasanya imam kita tidak baca dari mula ayat izaja…tetapi akan ambil ayat belakang terus ya ayuahlazi naamanu la tulhikum amwalukum…,beliau menyatakan bahawa imam2 ini sombong, berlagak, nak tunjuk pandai, dan dia suruh baca surah kecik sahaja, sembahyang tarawih tiada nas qatie, boleh kawin mutaah, boleh kawin lebih dari 4, dan ambil air sembahyang tidak perlu basuh buku lali, dalam sembahyang tidak perlu paling muka waktu salam, tepuk paha sebelum salam,( walaupun ini bukan rukun sembahyang tetapi menyebabkan orang awam keliru dengan kelakuan mereka) dan pelbagai aktiviti yang menyakitkan hati jemaah mereka lakukan dahulunya secara sembunyi sekarang ini secara terang-terang kerana pengikut mereka sudah bertambah di taman kami. Secara tidak langsung beliau kekadang menghina sahabat nabi terutama sekali Saidina Umar ( dalam kuliah beliau dia menghina secara halus).Juga untuk pengetahuan pihak tuan mereka mengamalkan sembahyang jamak, walau pun tidak dalam mussafir, ini juga telah diluluskan oleh ustaz syiah taman kami menyebabkan pengikut mereka sewenang-wenang menjamakkan sembahyang kekadang disurau,walau mereka ingat kami tidak tahu tp sebenarnya kami sudah tahu.

Dengan serba sedikit penerangan ini saya berharap pihak tuan boleh turun ke taman kami untuk mengambil tindakan keatas mereka, sama ada dengan menangkap atau memberi kaunseling kepada jemaah syiah tadi, sebenarnya aduan telah dibuat kepada pihak Jais, dan pihak nazir masjid,tetapi itu lah semua janji tinggal janji dan amat mendukacitakan kerana tiada tindakan diambil. Apabila kami menghubungi pihak Jais mereka mempermainkan aduan kami, dengan memberi tahu encik perlu telefon orang ini, dan bila telefon orang itu, beliau pula memberi tahu perlu telefon orang lain lagi. Sehinggalah saya diberitahu perlu melaporkan kepada jabatan agama daerah di kawasan kuang, juga apabila surat dihantar pada 2011 tiada tindakan diambil hingga sekarang, dari seorang penganut syiah menjadi 5 keluarga syiah sekarang ini,bayangkanlah dalam masa 2 tahun akan datang makin bertambah pengikut mereka.

Analoginya cuba tuan bayangkan bilangan pengikut mereka bersaman 5 keluarga darab secara purata 7 ahli( anak isteri) bersamaan 35 orang sudah menganut fahaman syiah di taman kami.

Maklumat mengenai taman kami:

Alamat Surau.

Surau Alhidayah

No 20 Persiaran desa puteri 3

Taman Desa Puteri

48020 Tasik Puteri Rawang.

Nama-nama Penganut ajaran Syiah

Pengerusi Surau :

Ajk Surau : siak ( rumah beliau dijadikan markaz syiah kedua dan terbaru pada setiap mlm sabtu, Persiaran desa puteri 5)

Ajk Surau : UStaz Syiah (sumber rujukan syiah dan guru tafsir setiap hari ahad dan sabtu ( Kuliah kitab Alhikam Syeikh Ata'illah-tasawuf )

Naib Bendahari Surau :

Ajk Surau : Bilal (rumahnya dijadikan markaz syiah pertama, dan dipindahkan ke persiaran 5,rumah siak)

By: Mohd Akmal

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

Mohamad Taufek Abd Ghani: Untung orang <b>di</b> DUN <b>Sikamat</b> dan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2012 07:28 PM PDT

Untung betul orang di DUN Sikamat dan DUN Paroi. Orang di DUN Paroi dah dapat Klinik Kesihatan di Senawang. Orang di DUN Sikamat pula akan dapat Klinik Kesihatan juga. Cuma orang di DUN Chembong, DUN Kota dan DUN Rantau masih menantikan bangunan Hospital Rembau. PM pun dah 2 kali melawat di DUN Sikamat dan 1 kali berbuka puasa di DUN Paroi.
CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT
               
Taraf dan Jenis Syarikat : T1 Bumiputra PKK Kelas A Kepala II Sub Kepala 2a
Maklumat Ringkas Tender CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT, SEREMBAN (IBS SEPENUHNYA)(E-TENDERING)YANG MERANGKUMI:
7)Blok TNB (Double Chamber)
8)Garaj Van Dan Bas-4 Bay
9)Garaj Ambulan-3 Bay,1unit Store/Bilik Pemandu
Tarikh dan Waktu Lawatan : 09:30AM, 13 December 2011
Projek RMK 9 sedang dalam pembinaan pada tahun 2008 ini adalah 3 projek Klinik Kesihatan KK3 Lukut, KK2 Senawang dan KK2 Seremban 2, Projek bawah 5 juta Kuarters KK serting Hilir Kuarters 1D KK Gemas, tambahan Bangunan KKIA KK Seremban dan N/T Pergigian Jalan Za'aba serta SCN HTJ.  Manakala 2 projek telah ditender oleh JKR masih belum masuk tapak Pejabat JKNNS dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah.  1 projek sambungan daripada RMK8 iaitu Pusat Harian dan Haemodialysis, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban telah melewati jadual lebih satu tahun sehingga Kontraktor Utama telah ditamatkan perkhidmatannya. 

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Rumah Nabil Raja Lawak <b>di Mambau</b> kena pecah masuk | Chegu <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 01:11 AM PST


Kediaman pelawak terkenal  tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali  sebagai Nabil
dipecah masuk sekumpulan  penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini  hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55  pagi apabila penjenayah itu memecah masuk  rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu  yang kini dihuni oleh bapa saudaranya melalui  bahagian belakang rumah itu.
Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff,  55, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia tiba di  rumah selepas pulang menghantar anak  perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat  beli-belah berhampiran.
"Saya nampak pintu belakang rumah sudah  terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah  sebuah bilik tingkat bawah.
"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam  rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis  semua pakaian sudah bersepah di atas lantai,"  katanya di sini hari ini.
Menurut Rahmat, setelah diperiksa, sebuah  komputer riba jenis Lenovo milik anaknya yang  berharga RM3,000 lesap.
"Ini kali pertama rumah ini dipecah masuk. Saya  kemudian membuat laporan di Balai Polis  Mambau sejurus selepas kejadian," kata Rahmat  yang menetap di rumah itu sejak dua bulan lalu.
Difahamkan, Nabil bersama ahli keluarganya kini  menetap di Kuala Lumpur dan jarang pulang ke  rumah itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten  Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika  dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan  berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457  Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah. 

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Memancing <b>di Lukut</b>

Posted: 22 Feb 2011 07:56 AM PST

Setelah menikmati kejayaan mengapollo pada sessi pertama dengan gilang gemilang bersama bot Samad. Kini pakatan rakyat seramai 4 orang telah membuat rancangan terbaru..."komplot DLukutzzz". Antara salah sorang rakan yang terkene racun tu ialah Hadi..Jeng..jeng..jeng...hehehehe
Hadi(baju hitam,seluar pendek hitam), tenang melayan apollo diatas rumah api diLukut.
Bersama dgn geng2 yg sama waktu dengannya..

So,ari ni gua nak sentuh sikit pasal rakan gua si Hadi nih.
Hadi,kiranya kaki macing jugak. Bermula bab2 pancing lagi lama dari gua, malangnya beliau hanya kaki kolam dan juga pantai.Tapi,diatas beberapa sebab, kali ni beliau termakan racun tuba yg gua dah bagi...Powerrr racun gua tu bro....kekekeke
Gua tukang amik gambar...tapi mane lak gi sorang lagi member gua nih?
Baju putih depan tu Mandor Gua...blkg, Otai Jamal...
Pendek citer, bila tiba ditempat yg dijanjikan,kami semua terus naik atas bot tu. Bot agak kecik dan pendek sikit dari bot Samad Ofb. Gua pun dh lope nama tekong tu. Tapi tekong tu ada sebelah tangan jerr, yg sebelah lagi cacat dari kecik. Memula terasa cuak gak,boleh ke tekong ni handle bot guna sebelah tangan jer. Gua tau, semua geng2 gua dah terasa cuak...tp semuanya dok simpan dlm hati. Lagi satu gua tengok beliau tangkas membuat kerja, tak de ape pun yg menjadi masaalah....seolah2 beliau mempunyai dua tangan seperti manusia normal. Dalam hati gua berkata" walaupun hanya sebelah tangan,tapi gua mmg respek giler arr kat tekong nih"
Ape pun semuanya berjalan lancar, namun bila di boya pertama.....Tak sampai 10 minit....rakan baik gua si Hadi tu dah mula "berdangdut"....yeahhh...mari kita joggett sampaii pagiiii...hehehe...
"Aisehhhh....come on Hadi, jgn layan sangat"....gua sound kat dia. Tapi, bagaikan dunia ni dia yg empunye...Hadi akhirnye melentok jua diatas bot akibat mabuk free..Hanya sempat beberapa kali membuat balingan, Hadi gagal melayan kepeningan/mabuk halal tersebut...
Kerana kesiankan beliau,akhirnya tekong mencari rumah api...rumah yg memang khas utk kaki mabuk jerr(pic kat atas sekali tu)...hahahaha....
Sabo Hadi yerr...lu jangan maree sgt kat gua.....
Tak dak org len dah...ini gua la nih
Tu je la yg gua nak citer..hasil keseluruhan agak kurang memberangsangkan. Lagi teruk dari yang lepas. Ape pun kalau dah takat ni je rezeki kami, kami terima...Alhamdulillah.


Sessi pembahagian harta rampasan...
Ni la rezeki korang...jangan gadoh2 lagi dah

Note: Ini adalah antara permulaan gua dalam bidang pancing memancing ni. Dalam pada tu gua n super friend sempat gak layan kat Kelanang (Morib) tapi lagi kecewa beb!!..
kecewa dengan sikap tekong yang mementingkan diri sendiri. Tobat gua tak turun Kelanang lagi dah.
Pada gua dan rakan2, tekong tu yg menutup pintu rezeki tuk diri sendiri...dan mungkin juga utk keluarga beliau...ape nak buat...pemancing pasti mangharapkan sesuatu, kalau ada usaha tapi hasil tak de tak pe jugak...tapi kalau dah malass...sendiri mau ingat laaa...
Lu tanggung le sendiri..Lu ingat, pemancing skg jalan solo macam dulu2??...pemancing skg dh ade forum,kelab...lu buat taik kompom nama lu panazzzz!!!
Adiozzzzz.....sebelum gua merapu lagi teruk!!!

ads