Sabtu, 21 Julai 2012

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Inimajalah dot com | Gangguan bekalan air <b>di Tampin</b>, Rembau <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 06:14 PM PST

[unable to retrieve full-text content]SEREMBAN: Beberapa kawasan di Tampin , Rembau, Jempol dan Sikamat akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja-kerja pencucian dan penyelenggaraan kolam serta pengalihan paip.

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


CCTV berjaya rakam Polis mengamuk <b>di Seremban</b> - MiLo SuaM

Posted: 18 Jul 2012 12:08 PM PDT

SEBELUM ini kita digemparkan dengan kejadian amuk lelaki dan wanita bersenjatakan pedang samurai menyerang Bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya rujuk sini [Lelaki mengamuk].

Malam isnin lalu sekali lagi kita digemparkan dengan kejadian amuk, namun kali ini seorang inspektor Polis pula yang mengamuk mencederakan dua orang pekerja sebuah hotel 2 bintang dan memecahkan beberapa buah kereta.

Seorang dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian tengkok dan telinga akibat dihentak bertalu-talu menggunakan pistol milik anggota Polis tersebut [NST].

Di bawah ini rakaman saat kejadian tersebut berlaku yang berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup CCTV yang dipasang pada hotel berkenaan.

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Empat Rentung Dalam Kemalangan <b>Di Jempol</b> – Perak Today

Posted: 20 Jul 2012 08:25 PM PDT

Gambar hiasan.

JEMPOL: Empat rentung selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau, dekat sini, Jumaat.

Dalam kejadian pukul 4.40 petang itu, semua mangsa yang belum dikenalpasti mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian keempat-empat mangsa yang menaiki kenderaan jenis Nissan Navara dikatakan dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke Keratong.

Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai bertembung dengan lori tangki minyak yang datang dari arah bertentangan.

"Pertembungan itu menyebabkan semua mangsa di dalam Nissan Navara berkenaan tersepit dan gagal keluar selepas kenderaan itu dijilat api. "Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang cedera berjaya keluar dari kenderaannya," katanya.

Katanya kedua-dua kenderaan itu hangus sama sekali dan mangsa yang tersepit juga rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti.

Katanya, pemandu lori berkenaan pula mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Jempol untuk mendapat rawatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan memberitahu punca sebenar kejadian masih disiasat.

-BERNAMA

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Zakat Fitrah 1433H RM6.50 <b>di Negeri Sembilan</b> | Anak-Anak Negeri <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2012 06:09 AM PDT

SEREMBAN, 18 Julai – Sidang Media ringkas bersama Menteri Besar hari ini di Bilik Tetamu, Wisma Negeri telah menjelaskan beberapa perkara untuk kefahaman umum.

Terdahulu, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar menghulurkan bantuan sumbangan dari pejabatnya dan bantuan zakat kepada mereka yang memerlukan.


Di mana kefahaman tersebut adalah seperti berikut,

Mantai Ramadhan 1433H

Tidak seperti tahun sebelumnya, tahun ini Kerajaan Negeri hanya menyediakan tapak bagi peniaga menjual daging di Mantai Ramadhan 1433H.

Terdahulu, peniaga mantai Ramadhan bersetuju dengan kos yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri untuk menjual daging lembu mereka dengan harga RM18.00 berbeza dengan harga di pasaran.

Apabila tahun ini tidak ada kata putus dari rundingan para peniaga dan jawatankuasa pertanian, Kerajaan Negeri hanya menyediakan tapak untuk mereka seperti tahun sebelumnya.

"Namun begitu, kemeriahan sambutan Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini pengurusan adalah sepenuhnya oleh Jabatan Vateriner Negeri Sembilan." Ujar Menteri Besar.

Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan

Dari hasil rundingan dan persidangan Majlis Fatwa kebangsaan, serta mendapat persetujuan dari Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan pekenan DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, maka MAINS menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri ini ialah RM6.50 sama seperti tahun sebelumnya.

Penetapan kadar zakat fitrah ini di nilai daripada jenis penggunaan beras rakyat di negeri ini.
MAINS juga telah menyediakan amil yang diberi tauliah olehnya di tempat-tempat terbuka bagi kemudahan orang ramai menunaikan ibadah tersebut yang boleh ditunaikan di awal Ramadhan.

Menteri Besar menasihatkan agar rakyat negeri ini supaya melaksanakan ibadah ini awal bagi mengelakkan diri dari terlupa dan sebagainya.

Prestasi kontinjen SUKMA di Pahang.

Prestasi bagi tahun ini adalah tidak memuaskan berbanding dua tahun lalu, apabila pasukan NS menduduki tempat ketiga.

Walaupun mereka gagal di dalam prestasi sukan kali ini, tidak bermakna mereka tidak berusaha untuk mendapatkan pingat dan mengharumkan nama Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri tetap berbangga kerana mereka telah berjuang sehabis baik.

Sumber: N9kini.com

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

ads