Rabu, 25 April 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Cemas lepas keluar wang RM47,000 | Anak-Anak Negeri Sembilan

Posted: 25 Apr 2012 03:02 PM PDT


SEREMBAN: Perjalanan seorang ahli perniagaan selepas mengeluarkan wang RM47,000 bertukar detik menakutkan apabila menjadi mangsa langgar dan samun sekumpulan penjenayah bertopeng di Kilometer 259, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Plaza Tol Port Dickson, di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, lelaki berusia 47 tahun terbabit dipercayai baru mengeluarkan wang di sebuah bank di Rasah dalam perjalanan ke Senawang memandu kereta Nissan.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati sejurus tiba di tempat kejadian, mangsa yang memandu bersendirian dilanggar dua kereta masing-masing Toyota dan Mercedes dinaiki tiga lelaki.

"Bagaimanapun, mangsa tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan sebelum suspek menghalang keretanya di hadapan dan belakang di tempat kejadian.

"Berikutan itu, mangsa yang tidak dapat melarikan diri terkejut sejurus melihat tiga suspek bertopeng meluru ke arahnya dipercayai membawa pisau dan memecahkan cermin kereta bahagian penumpang hadapan," katanya, semalam.

Sumber berkata, suspek mengambil wang RM47,000 yang berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan menoreh tayar kereta mangsa menggunakan pisau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima kejadian itu.

Sumber: Harian Metro

05 di seremban - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


Laluan baru bermula 16 April | Anak-Anak Negeri Sembilan

Posted: 11 Apr 2012 12:00 AM PDT

KUALA KLAWANG - Perkhidmatan bas henti-henti di daerah ini akan diperluas di beberapa kawasan baru mulai 16 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Ke­rajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam, Datuk Siow Chen Pin berkata perkhidmatan di daerah Jelebu telah pun diaktifkan pada 2 April lalu.

"Kita menambah lima la­luan baru yang menghubungkan Kampung Chennah dan beberapa kawasan seperti Titi, Kuala Klawang, Simpang Gelami, Simpang Pertang dan Pertang.


"Trip bas ini akan bermula seawal jam 6 pagi dan berakhir pada jam 6 petang setiap hari," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Chen Pin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chennah berkata, la­luan itu melibatkan jarak perjalanan sejauh 56 kilometer. Penumpang dikenakan tambang sebanyak RM2.45 bagi laluan Kampung Chennah ke Titi dan RM3.55 dari Kampung Chennah ke Kuala Klawang.

Manakala tambang dari Kampung Chennah ke Simpang Gelami sebanyak RM4.40 dan RM5 bagi la­luan dari Kampung Chennah ke Pertang.

"Bagi laluan dari Kampung Chennah ke Simpang Pertang, tambang yang dikenakan adalah serbanyak RM6. Kesemua tambang berkenaan adalah bagi laluan perjalanan sehala. Kadar tambang dari kedua-dua arah adalah sama bagi sehala dan dua hala," katanya.

Sementara itu menurutnya, sebelum ini, operasi bas henti-henti telah dimulakan di laluan Pelangai (Pahang) hingga ke Kuala Pilah menerusi Simpang Pertang dan Simpang Durian pada 2 April lalu.

Chen Pin berkata laluan tambahan itu bagi memudahkan perjalanan penduduk di mukim Chennah dan Kuala Klawang.

Sumber: Sinar Harian

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Adam Adli 2 Mac 2012 <b>di Gemas</b>, N.Sembilan - Anak Muda <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 06:36 AM PST


PROGRAM SISWA BANGKIT BERSAMA RAKYAT

Tarikh : 2 Mac 2012, Jumaat

Tempat: Markas PAS Felda Pasir Besar, Gemas, N.Sembilan

Bersama :

~ Sdr Adam Adli , PEMIMPIN Siswa UPSI

~ Sdr Shamsul Bakri , Naib Presiden ANAK

~ Dr Rosli Yaakob , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

~ Hj Razakek Abd Rahim , Naib Yang Dipertua PAS Tampin

Rakaman video Mat Sabu <b>di Gemas</b>: umno-bn flip flop Menang <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 04:12 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim di hadapan puluhan ribu Rakyat di Alor Star · Rakaman ceramah Anwar Ibrahim: Ribuan Rakyat hadir di Rapat Rakyat Gemas NS ». Rakaman video Mat Sabu di Gemas: umno-bn flip ...

ads