Selasa, 13 Mac 2012

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


INFO GANGGUAN BEKALAN AIR <b>DI</b> TAMPIN, JEMPOL, REMBAU <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 07:42 PM PST

TAMAT

TAMAT

MULA 07/02/12 TAMAT 07/04/12

INFO GANGGUAN BEKALAN AIR DI TAMPIN, JEMPOL, REMBAU DAN SIKAMAT PADA 14 FEBRUARI 2012 | Beberapa kawasan di Tampin , Rembau, Jempol dan Sikamat akan mengalami gangguan bekalan air esok (14 Februari 2012) berikutan kerja-kerja pencucian dan penyelenggaraan kolam serta pengalihan paip.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan bekalan air mulai jam 8 pagi hingga 5 petang di Tampin membabitkan Taman Bukit Tampin, Taman Sri Berlian, Taman Sri Intan, Taman Woon Estet, Jalan Seremban-Tampin, Kampung Ulu Chenderam, Taman Rasa Sayang, Taman Suria dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin.

Di Rembau, gangguan bekalan air mulai jam 9 pagi hingga 3 petang membabitkan sebahagian kawasan perindustrian Chembong iaitu Harmy Dev Sdn Bhd, MMK Engineering Sdn Bhd, FD Industrial Sdn Bhd, Mazumi Industry Sdn Bhd, 3R Quest Sdn Bhd dan Econ Industries Sdn Bhd serta seluruh Kampung Baru Air Hitam, Chembong," katanya di sini, hari ini.

Di Jempol pula, gangguan bekalan air mulai jam 10 pagi hingga 10 malam membabitkan seluruh kawasan Felda Palong 7 dan Palong 8.

Selain itu, gangguan bekalan air mulai jam 10 malam (14 Februari) hingga 10 pagi (15 Februari) di Sikamat di sini membabitkan Rumah Rakyat Sikamat, Kampung Baru Sikamat, Taman Megaway, Taman Desa Kiara, Taman Jujur, Taman Coral Height, Pulai Impian, Taman Sri Pulai 3, Taman Rashibah dan seluruh kawasan Sikamat.

Azlan berkata, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Katanya, beberapa kawasan tinggi juga dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa. Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber : BHarian Online

Incoming search terms:

  • gangguan bekalan air selangor 2012 (5)
  • jadual gangguan air (3)
  • gangguan bekalan air di selangor 2012 (3)
  • jadual gangguan bekalan air (2)
  • jabatan bekalan air selangor (2)
  • jadual gangguan bekalan air 2012 (2)
  • splash gangguan air 2012 (1)
  • jadual gangguan bekalan air di selangor 2012 (1)
  • jadual ganguan air (1)
  • latest news from jabatan air selangor (1)

Tags: ,

Category: INFO SEMASA

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


MAJLIS HIMPUNAN MELAYU <b>JEMPOL</b> – Pribumi Perkasa Negara

Posted: 28 Feb 2012 11:08 AM PST


25 FEBRUARI 2012 : Perkasa Daerah Jempol, Negeri Sembilan telah mengadakan satu majlis Himpunan Melayu Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan. majlis telah diadakan pada jam 9.00 malam bertempat di padang awam Felda Palong 4,5,6.

Majlis dihadiri oleh YB Dato Ibrahim Ali yang juga sebagai penceramah utama disamping Ketua Penerangan Perkasa Pusat saudara Ruslan Kasim.

Turut hadir di Majlis tersebut adalah YB Dato Lillah Mohd Yasin, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Haji Mohd Noor Nordin (YDP Perkasa NS), Syed Hassan ( SUA Perkasa Pusat), Saudara Norlizaizul (PSU Perkasa Pusat), Alias Mohammed (SU Perkasa NS) serta seluruh AJK Perkasa NS.

Sambutan amat menggalakkan dimana kehadiran orang ramai adalah hampir 600 orang.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Sulaiman Nordin selaku Pengerusi Perkasa Daerah Jempol, Tuan Haji Mohd Azam serta seluruh AJK Perkasa Daerah Jempol yang telah berjaya menganjurkan majlis tersebut.

Sekalung budi juga buat Presiden Perkasa dan kepimpinan Pusat yang memberi sokongan dan galakan kepada kami di Negeri Sembilan.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Umno Janji lapangan terbang mainan <b>di Rembau</b>?

Posted: 27 Feb 2012 07:07 PM PST

21 Feb 2008 akhbar Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil, sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Terkini Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin berkata bahawa kerajaan negeri tidak pernah berjanji membina landasan kapalterbang betul tetapi landasan kapalterbang mainan. Itu adalah apa yang dilaporkan dari laman web Pusat Aduan Rakyat Chembong.

Baiklah, jika lapangan terbang mainan, nak buat di mana, berapa kosnya, bila tender akan dikeluarkan?

Dari laman web Pusat Aduan Rakyat Chembong :

Hari ini dekat Pekan Pedas Rembau Negeri Sembilan, berlangsungnya majlis penyampaian duit BR1M, dan yang datang menyampaikan sumbangan adalah Ahli Parlimen Rembau Khairi Jamaluddin.

Di samping itu dalam ceramah Khairi Jamaluddin ada juga beliau sebutkan bahawa janji Umno untuk membina lapangan terbang di Rembau telah diputar belitkan pembangkang, dimana beliau tidak pernah berjanji untuk membina lapangan terbang yang benar di Rembau, sebaliknya beliau hanya berjanji untuk membina lapangan terbang permainan untuk kanak-kanak, bukan lapangan terbang sebenar seperti yang dijaja pembangkang.

Dari Pusat Aduan Rakyat Chembong http://parchembong.blogspot.com/2012/02/janji-lapangan-terbang-oleh-kj-sudah.html

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau

Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Nilai</b>, <b>Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 03:39 PM PST

JAWATAN:
1. Pegawai Undang-Undang Gred L1-1
2. Juruteknik Mekanikal Gred JA3-1
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (Pengawas) Gred N4-1
4. Pembantu Operasi Gred N5-1
5. Pembantu Kemahiran (Elektrik) Gred H4-1
6. Pembantu Awam Gred H5-1
IKLAN JAWATAN & BORANG PERMOHONAN
http://www.mpn.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=e9564f07-23d5-4df5-8c66-0604703354cc&groupId=70726

Tarikh Tutup : 5 Mac 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


GERAKAN ANTI PKR: HIMPUN <b>DI NEGERI SEMBILAN</b>. SEBARKAN

Posted: 04 Jan 2012 07:00 PM PST

.

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


Awas Dimension Hole <b>Di</b> Tengah <b>Ampangan</b> | wootmedia.MY

Posted: 12 Mar 2012 10:02 AM PDT

Sebenarnya bulatan yang ditengah ampangan itu adalah lubang untuk halang daripada banjir. Rasanya di Malaysia tak ada benda alah ni. Tapi agak bahaya juga kalau kita termasuk dalam lubang itu. Agak-agak lubang itu kat mana kesudahannya?

-via  twistedsifter

ads